Don't grieve at the shattering, Allah breaks you to build you. Deprives you, to give you.
Tuesday, May 31, 2011
Monday, May 23, 2011
dah 25 tahun.
Tak ingat bila last post entry, tapi rasa macam agak lama jugak tak beronline. Hehehe.. Hari Jumaat yang lepas, ada kenduri akikah di rumah superman. Siang tu, saya ada urusan di Kuantan =) i loike.hehehe... Sampai rumah dalam jam 5 petang, malam tu dah berpakat dengan adik mintak dia teman kan ke rumah superman sebabnya dia terpaksa kerja malam tu. Tup tup jam 6 ptg, dia hantar msj nak dtg ambik sebab xjadi masuk kerja.hihihi.
Bersempena hari tersebut adalah birthday saya, ada lah surprise kat rumah beliau. Pada fikiran saya, jangan anganlah nak surprisee ni kan, almaklumlah malam tu ada kenduri akikah. Bukan sedih tapi tak berharap. Disebabkan malam tu sibuk menolong, saya lupa pasal 'ade ke tak surprise ni?'hehehe. Patutlah, saya disuruh berhenti membasuh pinggan mangkuk dan disuruh makan cepat.. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.
birthday gurl lah sangat kan.hehehe. nway, sangat teruja sebab usia dah 25 tahun.dah separuh abad rupanya!!!
Thursday, May 19, 2011
Monday, May 16, 2011
16 Mei 2010
Firstly, Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia. Pagi-pagi hari kami dah ada sesi gotong royong kat sekolah. Saya ditugaskan mengawasi pelajar di kawasan surau dan kantin. Lets picts talk about the event. Malas eden nak tulis panjang-panjang.
Sunday, May 15, 2011
Siapa kata KAMI tak ada kerja nak buat?
Sila abaikan si jelita di atas.
Gara-gara nak siapkan pendaftaran T-Score pelajar, sanggup bukak lappy tu. Dalam kereta lagi, dan sepatutnya dalam kereta, kami patut berborak dan makan.
Sape kata EIO tak de kerja?
Kerja tu sentiasa ada okey.
Jelitawati kat atas bukan saya, beliau adalah seorang yang bukan saya.
hahahaha.
p/s: Jelitawan untuk lelaki? Lelaki jelita ke? Tak sesueeei.
wedding + camping = bukan honeymoon.
Seminggu dua ni, event hari minggu penuh as i said last last entry.hihi. Kira this entry, saya gabung terus beberapa cerita. Sebenarnya, boleh aje post at last last entry, tapi sebab gambar tak transfer lagi, that is why sekarang baru kome nak crite.
7hb Mei yang lepas, saya ke kenduri Kak Sue. Tema, merah hitam, sangat cun dan megah. Tengok gambar bawah. Cantik kan kak Sue?
Semalam, saya ke kenduri sepupu mak saya. Hasila. Pun cantik. Saya jadi gadis dapur je, tukang kacau air sirap dan buat air gula.Hahaha. Tengok gambar bawah, cantik kan? Wooow, jeles-jeles dengan orang cantik ni..
Ni pulak pengantin yang ke-3. wooot woot.HAHAHA. takde lah, saja menempel muka kat sini, kan jelita.HAHAHA. tak masuk akal.
12- 14hb Mei juga ada perkhemahan badan beruniform di sekolah. Jumaat pagi saya ke sekolah, untuk juri pertandingan memasak.HAHAHA. Jangan tak percaya okey.ni lah sedikit gambar bebudak ni.
antara menu nya..
Menu D' Rimba, tapi siap ada pinggan mangkuk lagi.Hahaha. Gula tempurung kelapa sudaaaah!
Setakat ini sahaja laporan khas dari saya. tata titi tutu.
Thursday, May 12, 2011
Peristiwa 10 Mei 2011
10 Mei yang lepas, saya dikejutkan berita pksu saya accident. Dengar cerita dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu oleh taliban. Eii geram betul saya tengok muka dia, okey je boleh berjalan-jalan, just kuar tanduk je kat kepala. Tak kasi buat report pulak tu. Mksu saya call, mintak tolong bawak pakaian. Then, lepas mintak permission dgn GPK1, terus bergegas ke Hosp Kemaman. Lama jugak tunggu kat situ.Alih-alih, bila dah boleh masuk wad, masa melawat pun habis. Dush! Saya pun time tu dah penat sangat, ngantuk.
Drive balik rumah sempat tido sekejap, then lepas asar mahu pergi jenguk lagi. Waaa, drive dlm keadaan yang sungguh mengantuk. bahaya, tapi saya masih dapat bertahan.
gtg. Pray everything goings OK.daa~
Monday, May 9, 2011
mari dengar ini cerita.
Murid-murid sedang menunggu cikgu diorang masuk. 5 minutes more, cikgu diorang pun masuk lah. Seorang murid lelaki tahun 2 yang kepoh sangat-sangat memberitahu cikgunya:
murid : cikgu, cikgu, anak murid saya 2 orang tidak datang sekolah.
saya dan cikgu : KAHKAHKAHKAH..
Langsung murid tersebut tak faham kenapa kami ketawa.
Cerita Dua
Cikgu diorang sedang menulis di papan putih. Tajuk 'Makanan & Kandungannya'. Saya hanya memandang sepintas lalu, tapi telinga khusyuk je mendengar apa budak-budak ni cakap.
Cikgu : Ini buah apa?
Murid-murid :Epaaaall
Cikgu : Ini?
Murid-murid : Pisaaaang
Cikgu : ini pulak buah apa?
Murid-murid : Jambu golooook
Saya kat belakang KAHKAHKAHKAH...
Cikgu : Ini gajus lah. HAHAHAHA.
Cikgu diorang pun ketawa.
Kadang-kadang seronok dengar budak-budak ni berceloteh. Hilang sikit tekanan kerja.
Layan budak kecik lagi seronok dari layan budak BESAR!
Kamu yang bernama Nur Aisyah
wah wah spesel entry ni er. Siap ada nama kau lagik kan? Tadi saya baca blog Nur Aisyah sekejap, baca-baca kejap entry 'No title' tu. Sekali ada bunyi ntah ape2, menakutkan dan kuat. Bunyi itu seperti kapal terbang ada atas kepala. Sudahlah saya sorang-sorang kat lab. Aih. Last-last tutup je tab tu, baru bunyi hilang.
"Ooo.. rupanya lagu dari blog ni, ingat kapal terbang"
Ecah, kau letak lagu apekah itu? Tukar lagu sekarang!
p/s: pesal saya tak comment kat page ecah je? Tak pasal-pasal nak wat entry Kamu yang bernama Nur Aisyah...
Sunday, May 8, 2011
cerita kosong
ASAL USUL HARI IBU
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?
Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day
-------------------------------------------------------------------------------
Btw, bagi pendapat saya, sambutan hari ibu bergantung kepada niat kita. Hari-hari merupakan hari ibu, bukan setakat 08 Mei sahaja. Jadi, kita sebagai anak, wajar menghormati ibu mahupun bapa kita selagi hayat dikandung badan. Berbuat baiklah kepada ibu bapa setiap hari.
selamat hari ibu kepada 2 ma-ma saya, aunties dan juga rakan2 saya yang momma to be atau pun dah jadi momma! =)
------------------------------------------------------------------------------
Okey ke tak? Saya la, okey ke tak.. Saya diserang selsema lagi, batuk-batuk. Kerap sangat tak sihat. Kalau dulu zaman blaja, saya susah sangat nak kena demam dsb. Ada kaitan dengan hormon jugak ke? hoh, tak pasal-pasal. Jumaat dan sabtu lepas, cuti tapi macam tak cuti. Kalau zaman dolu-dolu, time weekend lah, nak bangun lewat sikit dari biasa. Tapi sekarang langsung takde. Nak tido before zohor pun tak dpt, sedar-sedar dah nak petang.
Honestly, hidup sudah menjadi sedikit kacau bilau. SEDIKIT. Arghhhh! Tengok la sebulan dua lagi, saya pasti saya akan lebih kacau bilau.HAHAHA. Relax, everythings will be okey=)
Wednesday, May 4, 2011
knpa office hour sampai jam 5 sahaja?
baby pun tired, saya apatah lagi.
Kepala saya sekarang dah berdenyut-denyut minta di picit. Makan sambil buat kerja mendorong saya untuk jadi gemuk. Fokus pun hilang, kenikmatan menikmati makanan pun tarak. Saya nak pohon cuti rehat, tapi saya kena simpan cuti tahunan saya. Tak boleh guna sesuka hati kalau tak mustahak. Nak harapkan jumaat dan sabtu, dua minggu berturut-turut saya terlibat dengan kenduri rakan dan saudara mara.
Sekejap je nak pukul 5. Kenapa office hour tak tamat kul 7 ptg?hehe. Tengok, tahu sibuk, tapi masih nak berentry kan? Dimaafkan lah kan sbb untuk hilang stress kan.
Baiklah, saya nak menghabiskan sisa kerja saya dahulu. Keep a gud work gurl! You can do it, just do it:)
Tuesday, May 3, 2011
point sahaja.
A few things:
1) Langsung saya tak ingat surat akuan sumpah, mati setem etc etc. Nasib baik hari ini tiba-tiba recall balik apa yang ada di setiap sudut bilik saya.Tiba-tiba khayalan mata 'terlihat' pada sampul surat berwarna putih yang saya letak atas meja solek. Alhamdulillah. Ingat nak pergi esok ke Kemaman, tapi kena settle dulu sikit kerja dan saya rasa tak boleh kot esok. So, decide nak pergi hari Khamis je lah. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang.
2) Tadi, uncle pa call. Bagitahu procedure. I loike..simple, senang, tak banyak cerita. InsyaAllah, i will settle down by this week.InsyaAllah dengan izinNya.
3) New part time task is waiting me:) Be prepared, cari bahan, doing the discussion, run! InsyaAllah, pasti boleh.
4) Minggu ni, kenduri kahwin Kak Sue, next week my mom's cousin:) lambatnya kenduri saya punye pulak.hihihi. Minggu depan pun ada perkhemahan pulak, seperti biasa saya pun terlibat, fuh fuh, cukuplah hari Khamis & Jumaat sahaja. Sabtu, i nak pergi merewang kat kenduri okey.
A few things yang dah ada dalam kepala, TODAY! Esok tak tahu lagi. Apa apapun, semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok, lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.
Apa-apa pun;it will be YEAY!!! InsyaAllah.