Wednesday, June 30, 2010

Bila

Assalamualaikum wbt.

Sedikit updates untuk hari ini.

:: Ke SMK Kg Baru-untuk urusan EBook. Malam ni pun kena pegi dgn beberapa org guru untuk setting tempat duduk. Tak dapat date ngan family malam ni..Tsk. Esok Majlis Penyerahan EBook kepada semua pelajar tahun 5. Harap semuanya akan OK.

::Abah dah balik. Yeay. Tadi sempat ckap sekejap je gara gara nak pergi kerja pulak. Nak mintak tolong gantikan something pada kereta. hehe..Please abah, ma!!!!

::I miss you! Ntah ntah ntah.

p/s: Bila resah, bila saat indah. Bila Lapar, hati jadi gundah :(

Monday, June 28, 2010

Carikan Jigsaw Puzzle saya.

Assalamualaikum wbt.

Tiga hari bercuti macam sekejap je. Pejam celik pejam celik, dah kembali bekerja. Cuti pun tak pergi mane-mane sangat, just duk rumah. Sekali sekala kuar makan ngan superman. Masuk hari bekerja, superman dah busy bekerja. Shift pulak tu. Ouch! Kenapa harus begini.. Oleh kerana dah tahu jadual beliau awal-awal, so it's okay lah.

Hari Khamis ni ada Majlis Penyampaian E-Book kepada pelajar Tahun 5. Hari Rabu nampak gayenya dah kena standby sbb E-Book dari TOP IT akan sampai. Minggu depan ada induksi pula. Seminggu bagaikan sebulan..lalalala.. Chaiyok, anyway! Di situ segalanya bermula..

Semalam, saya tidur lwt semalam. Lebih kurang pukul 3. Sepupu saya sms cakap tak boleh tidur. Kesian dia. Mesti tak lena tidur sebab tak lama lagi nak balik UiTM.

Thanks to Kak Zira menguruskan hal gaji saya. Tsk. Kesian saya. Benda-benda yang perlu dibayar terpaksa bayar lewat. Banyak kena settle ni! Dah rungsing dah. Huhuhu.

Macam hari tu, saya nak masak. Tapi saya tertidur. Siap masuk mimpi lagi, alkisahnya saya bersusah payah mencari lengkuas dan santan tapi tak jumpa-jumpa. Bangun tidur, terus tension dan malas masak. Betapa kuatnya pengaruh mimpi kepada saya. Hahahaha. Entahlah, saya cepat rungsing, tapi cepat juga settle. Pendek kata, tidak memberi kesan sangat lah. Serupa juga kalau saya marah orang. Sekejap je marah, bagi saya tidur setengah jam, sure boleh senyum balik lepas bangun tidur.

Superman cakap saya suka ketawa. Ada ke patut dia kata saya ketawa macam woody wood pecker?

Tuesday, June 22, 2010

Don't cheat on your wife

Tajuk yang takde kena mengena lagi..

wachaaaa!!!! rasa mcam horrible sangat dis week. i mean my mood is sooo horrible. Saya rasa biarlah mood tak elok plus angin kus kus ni habis untuk minggu ni sahaja. Next week i dah nak bergembira. Mungkin cuti 3 hari weekend ni membantu untuk releasekan sume. Sampai adik ipar saya cakap 'tgk, penyakit ya sudah datang'.. pooodah~

Semalam pula sangat horrible sampai lepas balik kerja terus tertido. Bangun tido, mandi dan rasa nak tido lagi. Tgk tv rasa macam tv tu duk perli saya aje..Then, layankan jugak lah berita tv3 sementara tgu masa nak makan kan. Tangan pegang hp, tapi entah berapa kali hp tu jatuh je. aiseh. Lebih kurang 1/2 jam, hp saya berbunyi..waaaaa....saya bersorak...

yeaa, superman telefon..!!! yea...! -tak pasal-pasal kan? Sungguh menyampahkan keadaan. After that, terus ada selera nak makan. mengada-ngada betul. Semalam before tidur saya set tak nak pikir yang bukan-bukan. Saya tak nak berfikir perkara-perkara di luar jangkaan yang boleh merosakkan perasaan saya. Saya sudah dewasa dan harus berfikir secara waras lagi teratur juga. btw, saya fikir ada beberapa task yang saya perlu lakukan:

Pertama:
Bersikap matang samada dari segi pemikiran atau percakapan. Tiada lagi ketawa-ketawa yang tak bermakna. Pendek kata, ketawa yang menyampahkan org mendengar padahal ketawa itu sengaja dibuat-buat untuk menghilangkan perasaan takut, cuak atau gemuruh.

Kedua:
Bersikap lebih melindungi. Saya harus melindungi perasaan orang-orang yang saya sayang daripada terus terasa hati dengan sikap saya yang sambil lewa ini. Saya perlu mengambil kira apa yang mereka rasa, bukan hanya mementingkan diri saya semata-mata.

Ketiga:
Bersikap professional. Iaitu, tahu membezakan perasaan sendiri dengan nasihat yang orang minta. Jangan mencampur adukkan perasaan sendiri untuk kepentingan diri sendiri. I must be a good listener.

Keempat:
Bersikap lebih jujur. Jujur menyatakan perasaan sendiri. Nak tahu tak, saya banyak melawan arus perasaan saya sendiri. Hati saya cakap YA, tapi bila pikir-pikir balik jawab TIDAK lagi bagus. Pastu mulalah menyesal, pesal lah tak jawab YA je. Sampai one of my best buddy cakap, susah sangat ke nak mengaku???

Kelima:
Memastikan kesemua yang disebut di atas berjaya dilaksanakan. Yeayyy!

Dah nak masuk Bulan July, waduh, banyak benda yang saya kena settle. Banyak janji-janji yang terpaksa saya tunaikan bulan depan nih.. Kenapalah saya ni suka sangat berjanji yang bukan bukan. Haha. Memudaratkan diri betul.

Btw, the rough plan cmni:

dis weekend: i plan to karok/bowling ngan kazen. Sebagai acara penutup minggu bad mood. Get lense and makeup stuff..Ladies Day Out.

1-4hb July: Ebook distribution. Tak dapat specific date lagi.ok takpe. Then, 'i don't think you want me to accompany you-your plan!' Ntah lah..

13-15 July: going to Malacca.

16/17 July: My Special Homemade Dishes. Sedang berfikir lagi.

oh oh oh.... sudah pening... mao makan dahulu..Nti update lagi.

p/s: tajuk takde kena mengena kan???Tsk.

Monday, June 21, 2010

Menjauhkan diri

Ramai yang menyangka kita hidup bahagia
Tetapi sebenarnya pahit kurasakan
Memang dahulu ku bahagia
Tetapi semuanya dah berubah
Bila kau tiada lagi setia kepada ku

Kasih sayangku padamu tidak kau hargai
Seolah aku tidak lagi kau perlukan
Apalah erti kesetiaan jika kau tak pedulikan ku
Sehingga kau tiada masa untuk ku

Walaupun kucuba mempertahankan agar cinta kita berterusan
Tetapi engkau masih menyakiti ku sesuka mu
Dan biarlah aku menjauhkan diri agar tidak mengganggu kebahagiaanmu
Bersama insan baru yang memisahkan cintaku...

By: Fauziah Latiff
OST Gelora Di Hati Sara

Sunday, June 20, 2010

no turning back.

h e l l o

maybe apa yang perlu saya lakukan ialah..let it go..just look forward..pasang strategi baru dan seraaaaaaaaang!yang penting happy go lucky.. saya yang emo-emo semut, adik saya pulak yang mcm serigala naik angin. Lebih lebih aje. Dia cakap, kalau terjadi kat dia, mahu dah kena sembur je org org yang berkenaan. cool babe.

lihat kakak mu ini,
ilek je duk atas bot.

campak dlm sungai je penderitaan tu.
ptuih ptuih ptuih...

*gambar hiasan*

dilema wanita

Fuh. Tajuk macam ape je..

Sungguh, tiada mood membuat kerja. Tapi terpaksa juga mencari mood membuat kerja. Tak nak lah show takde mood pulak kan. =.=' Anggap sahaja takde pape dan teruskan perjalanan hidup. Mungkin ni salah satu dugaan yang harus saya tempuhi.

Nur Aimi Nasihah Zainudin tak pernah patah semangat!

At the moment, terfikir tentang kata kata ma. i know it is not easy forget and deny what i feel. Am I going to love someone and to hate him? As my sister said; "jaga-jaga. Dalam cinta ni ada permainan perasaan yg mana bila kita dah betul2 suka n sayang seseorang tu, satu tahap kita di uji dan masa tu lah kita akan rasa benci sangat-sangat. Masa tu kn lah jaga-jaga sama ada hubungan tu akan stop kat situ sahaja atau gonna be okay!"

Semalam saya menangis. untuk kali ke-3 dpn superman. 2x sebab lain dan semalam sebab dia tapi saya sengaja tukar alasan. Nasib dia tak perasan. Saya bukan ape, kadang2 saya rasa kecik hati dgn dia even saya nampak kuat. Bile dia datang dekat dgn kita, kita pula yang teragak agak dan cuba menjauhkan diri.

Saya tak tahu apa yang berlaku pada diri saya. Kadang nak marah, kadang boleh gelak mcm tak de apa apa berlaku, kadang kadang rasa diri dipergunakan, kadang kadang rasa sayang, kadang2 rasa benci. Konpius.

Orang kata, org konpius tak boleh buat keputusan tepat. Lebih baik saya mengambil tindakan berdiam diri. Kalau saya ada kuasa, saya nak bagi balik apa yang saya rasa, biar dia pulak yang rasa. Masa itu saya akan ketawa, nah padan muka superman. Konon macho, tapi dalam hati ada taman. Dahla tak malu, pakai spentot kat luar..

Huh. Daripada cerita sedih dah boleh jadi cerita kelakar. Tsk.

.hurt.

i will not get hurt today.

i will not get hurt today.

i will not get hurt today.

sobsobsobsob...rasa sangat sedih dan feel dumb! it's hurt me so much..

Thursday, June 17, 2010

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU!!

*cilok gmbar, sori*
Selamat Pengantin Baru to Wan Ainul Nadwa Aida Wan Azman dan Adi..hehe.. Sat g nak g makan kenduri mereka. Semoga kekal bahagia hingga anak cucu dan akhir hayat. InsyaAllah.. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu berdua.

To Adi,
Jaga wa elok elok ok.

p/s: sian saya, di langkah bendul ..Tsk.

Wednesday, June 16, 2010

Just a short one!

Lagi 10 minit nak rehat. Mujurlah perut masih kenyang sbb breakfast lmbt pagi tadi. Nasib baik rumah dekat, so leh balik waktu lunch hour. Dah siapkan sikit keje yang kena beres, petang ni kena create job sendiri pulak. huhu.. Esok kenduri kawen Nadwa, kn pegi carik hadiah petang ni. Mls betul nak kuar..

Lupe! Sbnarnye ade benda nak buat. Read books. i love reading damn much, lol!

Tuesday, June 15, 2010

food & cooking skills

Sangat-sangat mengantuk. So please, bagilah saya tidur sekejap. Warghh, camne lah mahu tidur depan pc nih. How dare you aimi to sleep in the office..! Ni gara gara tidur lewat, 3.00 pagi baru tidur. Aiseh! Ni bukan baru pertama kali saya mengantuk dalam hari ni. Pagi tadi sebenarnya dah mengantuk tapi surf intenet mencari resepi-resepi best nak masak. Hahaha. Btw, saya ada mission which is incomplete mission and promising someone to treat him/her a homemade dishes. Kalau tak, tak de nya saya nak berusaha keras.Tsk.

Orang cakap masak lah paling senang. Betul lah, kalau pandai masak.Hehe. Saya tak pandai? Tipulah kalau cakap tak pandai. Budak darjah 6 reti masak, ni kan budak umo 24 thn. Budak lagi? Tapi untuk serve orang makan, mestilah ada perasaan kurang yakin. Sedap ke tidak kan. Kena pulak orang cerewet. Nak makan, makan. Tak nak makan, sudah. Haih. Mn boleh cakap macam tu kan..

Bercakap pasal makan, ingat roti sardin dan date mlm ni. ♥ .

Monday, June 14, 2010

When You Tell Me That You Love Me♥

Hahaha. Entah pape tajuk kan. Sebenarnya ia adalah tajuk lagu ♫. Dengarkanlah. Lagu zaman 90-an dulu lah. Time saya kecik-kecik dan masih chumel bermain teng-teng. Sekarang kan musim cuti sekolah, ramai sangat orang kahwin. Kawan saya wawa pun nak kawin this coming Thursday.Oh Oh. Musim mengawan plus FIFA. Kesian. Nasib baik saya tak pilih tarikh cuti sekolah tahun ni. Kalau tak naye je.Tsk.

Plus, ade tak yang putus chenta? Baguslah. Bagus? Yelah, daripada jiwa terseksa, baik putus aje. Ingat kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum. Apa apa pun bagi mereka yang putus chenta, kenalah move on. Move on dan move on. Allah itu Maha Mengetahui, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jangan mempertikaikan siapa tak sayang siapa, siapa salah siapa tidak,. Benda yang lepas jangan dikenang, barulah hidup ceria. Jangan bebankan kepala dengan masalah chenta yang telah terputus. Putus, biarlah. Kalau ada jodoh takkan kemana. Takkan lari gunung di kejar.

Urhm? Ade juga yang baru nak belajar berchenta-chenta♥.. Amboi amboi, riang semacam. Tido tak lena, mandi sure lah basah lencun. Ingat, itu baru permulaan. Ada satu kes tu, adik dia dah kawen. Si kakaknya blum. Si Adik ipar boleh pulak cakap "kesian, kakak ipar baru nak belajar berchenta" .. Wakakaka. Boleh cakap macam tu, ni kes perli ke ape nih. Biarlah, ada juga naluri ke arah tu, kalau yang minat pasangan sejenis tu, ape pulak nak di kato. nayo. Bukan mayo.

Apa apa keadaan sekali pun, semoga ukhwah yang dibina berada di atas landasan yang betul. Saling mengingatkan antara satu sama lain. Nak nak yang kawin muda-muda tu, darah tengah panas. Jangan diikutkan sangat perasaan marah. Takkan sebulan kawin, dah ada piring terbang versi mamak jual roti canai kot.

Tepuk dada, tanya minda.

p/s: Tahniah kepada course mate saya, Sofia Hanoum Jamaludin yang sudah selamat menjadi tunangan org. yeay! Sori Sofia, cilok gmbar.


Sunday, June 13, 2010

Blueks!

Kan dah cakap, rajuk saya bukan lama. Marah saya pun sekejap je. Tak sampai 24 jam. Lebih baik mintak maaf. Kalau nyawa saya dicabut sebentar lagi, lagi lah tak sempat nak mintak maaf. Saya dah maafkan dia sebelom tido semalam lagi.hehe..

Ish, tapi xde pape lah. Mcm kartun je kan marah-marah macam nih. Pink Panther.. Mcm klakar pulak orang tua perangai mcm budak budak. Cute semacam je.Blueks!

.ini hanya luahan rasa.

Semalam saya sangat marah. Susah betul cakap dgn org yang tak faham mesej apa yang saya cuba sampaikan. It's simple, i just want you to be happy bukan jadi pura-pura happy. Hipokrit betul. Kalau ye pun nak hepi sebab kononnya nak berkorban demi kebahagiaan org lain, padan-padan patutlah. Ni muka senyum, ketawa tapi macam la saya ni tak tahu yang kamu sedang berpura happy. I hate it damn much.

Siap saya perli lagi "Tgu la sampai 2 tahun lagi, awk pulih kot. Xcukup, saya up lagi 2 tahun..!" Saya pernah rasa sakit tu, tapi saya amik masa just satu tahun. Dan, sekarang saya faham perasaan mereka mereka yang pernah menasihatkan saya supaya move. Especially Kak Fiza. Move la Aimi, move. Dan dulu hati saya terdetik yang orang tak faham saya, senang2 je orang suruh saya move. Tapi sekarang batu saya faham perasaan geram Kak fiza bila dia dia selalu ckap 'rase nak lempang je budak ni'. Sekarang saya pun macam tu, geram! You cares about him/her, but she/he doesn't. So, tak guna kalo bersedih-sedih macam kematian suami atau isteri.

Dan cukup tak berbaloi kalo bersedih sebab dia kalau org tu tak tahu pun yang kamu sedang bersedih. Please please please, i beg u, please be happy. Jgn mulut pandai je tipu nak ketawa, tapi mata tak reti langsung nak menipu. Kalau nak menipu, jadi lah penipu yang proffesional. Biar org tak boleh nak kesan. aih! Saya rasa, tak guna saya ckp panjang lebar mana pun, bertekak pun tak guna kalau pendirian kamu tetap sama 'biarlah dia happy, saya sengsara pun tak ape'. Tahu tak, bila kamu cakap macam ni, saya tak tau nak gambarkan betapa sedihnya hati saya, but i didn't tell you. Jangan sengsara sebab orang lain. Saya pernah rasa sengsara sebab org lain, tapi endingnya bila saya dah pulih, saya rasa how that stupid i am!

Sekarang saya mahu marah (it's more to merajuk actually) sbb kamu tak mahu dgr cakap saya. u ask me more, but i just ask you one. Please be happy, it's not for me. Tahu tak, bila kamu mempersoalkan itu ini kepada saya, ask me to do this and that, saya tanya balik kepada diri, why and why. Saya minta pendapat my mom, and my mom bg green light. Tak cukup dgn itu, saya buat back up reason, why i must change? Kamu nak tahu sebab ape saya buat backup reason, sbb jika sampai masa kamu pergi dari hidup saya, saya tak mahu rasa tertekan dgn perubahan yang saya lakukan.

Saya tak kuasa nak merajuk dan marah lama-lama dengan kamu sbb saya tahu saya bukan kaki rajuk dan akhirnya mesti saya jugak kena mengalah. Tapi tu lah, berubah lah, redha la dgn apa yang berlaku dan yang paling penting jadi gembira sbb diri kamu.

i don't ask more, please be happy.

p/s: Thanks to kak fiza, baru sekarang dapat merasai. Rasa nak lempang je budak yang tak dgr cakap aimi tu.

Saturday, June 12, 2010

Lalai

Takut sangat kalau saya jadi tersesat dan lalai kepadaNya. Tak habis habis mengingatkan diri, istighfar selalu taku lalai dgn suruhanNya. Saya tak mau jadi hambaNya yang lalai. Nauzubillah. Semoga segala kenikmatan yang saya dapat hari ini tidak melalaikan saya.

Amin.

Wednesday, June 9, 2010

demi kamu ubat

Semalam sedang tgu nak masuk toilet, one new message;

superman: A'kum, sy dah beli ubat untuk awk.
me: ooh yeke. Mekasih2 neh.
superman: Jap g saya g antor neh. Awk try dulu mcm mane.
me:hah? hntr kt rmh ke?
superman: yelah, takkan saya nak pos pulok.
me: ok.
superman: O.K, pas smyg sy g.

*gambar hiasan*
Then, superman pun datanglah bwk dua botol ubat RESDUNG..!!! Thanks for the medical treats..hehe.

Dear Superman,

Kalo en superman bagi smarties, lagi saya suka.. Saya segan nak mkn ubat. bukan saya takot, cuma segan je.. segan je okey.


p/s: lepas ni tak tau la ape pulak Cik Superman-immediate-action pulak. Sabo jelah.

Tuesday, June 8, 2010

hati

in love ke?

bukan. ini bukan luv luv ♥.

bff can't be a lover.. fullstop.

*dia & saya*

we are bff

Thursday, June 3, 2010

Lumrah

Benar, sudah lumrah setiap makhluk manusia sukakan kecantikan dan keindahan. Kita memang suka tgk pada benda-benda yang cantik, cute dan menyejukkan mata. Ada ke orang sebaliknya? Takde kot. Sume orang suka pada kecantikan, bagaimana cantik tu terpulanglah kepada individu tu sendiri. Ada benda yang kita tengok hodoh, tapi bagi orang tertentu ia kelihatan cantik. So it depends own how we interpreate it.

Saya sendiri sukakan pada kecantikan. Suka lihat benda yang mendamaikan. Saya nak story satu cerita yang terjadi pada diri saya sendiri. Saya mengalami masalah parut di muka. Memang susah nak hilang dan kalau waktu panas tu memang nampak la sebab muka kita berpeluh kan. Waktu segar selepas kita mandi atau cuci muka atau waktu malam, tak de nampak sangat. Dulu, kulit muka saya sangatlah teruk sehingga makcik pun ckp mcm2. Masa tu memang rasa down sangat. Nak bergaul pun rasa mak aih punyelah segan sebab sume orang cantik, sedangkan saya kurang cantik.hehe.

Alhamdulillah, sekarang kuranglah sikit kecacatan pada wajah, tapi still ada. Saya tak pernah di tegur oleh rakan rakan. Maybe diorang takut saya terasa hati. Secara jujurnya, memanglah terdetik sedikit bila di tegur. Mungkin rasa marah sebab orang tegur depan2. Dalam hati pernah jugak terdetik 'aku tahulah...!' Bila start bekerja, saya rasa semangat sikit sbb rakan rakan kat kerja sama ada lelaki atau perempuan tak memandang rupa sebagai ukuran. Tapi tak tahulah dalam hati diorang kan.hihi. Pernah sorang kakak tu cakap 'alah, kalo muka cantik, perangai hodoh buat ape'.. So dari situ saya tak lah terasa down sangat. Er bukanlah bermaksud perangai saya ni comel sangat.hehe. Nway, masing2 ada keunikan dan kelebihan yang membuatkan org selesa berdampingan.

Pecah rekod, akhirnya ada juga yang berani menegur. Seorang lelaki yang menegur saya. Tapi dia menegur saya melalui perbualan telefon kami. Dia cakap "muka tu, jagalah sikit. Pakailah fair & lovely ke. Teruk sangat nampak." Pada mulanya saya rasa macam 'arghhhh!!!', tapi saya tahu dia jujur menegur saya. Dalam hati, saya selalu membandingkan diri saya dengan seseorang. Dia cantik, saya hodoh. Dia lawa, saya tak. Dia ni, saya itu. Sampai saya rasa mahu menangis. Dalam hati saya cakap semua lelaki sama. Saya sampai mengadu kat adik saya. Adik saya cakap, ala semua lelaki memang macam tu. Saya rasa low of self confidence bila dia cakap macam tu. Sampai hati dia cakap macam tu. Tapi bila pikir balik, betul juga.

Suatu hari, Si lelaki itu pun menegur la saya. Katanya muka saya dah semakin elok. Dia tanya pakai ape? Saya cakap saya amik air sembahyang je..kahkahkah. geram jugak. Memang dia tak pernah membandingkan saya dengan sesiapa, tapi saya yang akan membandingkan diri saya dengan seseorang. Siapa seseorang tu? haha tak payah cakap.

Nak cakap kat sini, siapa yang tak nak cantik. Perlu ke usaha keras dicanang seluruh kampung. "Hello semua, saya dah pakai ni. Meh tengok ramai2 nanti kulit muka saya akan jadi cantik tak macam amber chia?" Psikologi namanya ini.

huh! Nanti lah saya dah cantik, saya canang seluruh Malaysia.

Eh taknak lah. Bongkak pula nanti.Tsk.

Saya sedaya upaya berfikir positif. Dia menegur saya mungkin ada sebabnya. Memang dah lumrah, kalau kita ditegur berkaitan dengan fizikal diri, kita akan rasa sedih. Tapi tak pulak kita rasa sedih kalau org tegur baju yang kita pakai tu tak cantik!

Terima kasih kamu!
tata.

Wednesday, June 2, 2010

good mood

salam.
hi there..
semalam my best buddy ajak pg kuar pegi makan.
dalam 8 lebih dia dtg amik kat rumah.tq2
haha. dapat bonus la kunun kan 6.5 juta.kahkah☺
Thanks thanks thanks.
Next month blanja lagi sampai lah saya boleh jadi gemuk.
huargh...
so kena blanja banyak kali..
haha, padahal saya dah ada trick tak nak jadik gemuk gedebab.
but honestly, i feel good when i spent time with you..
feel better..urhm♥~

*gambar hiasan*