Benar, sudah lumrah setiap makhluk manusia sukakan kecantikan dan keindahan. Kita memang suka tgk pada benda-benda yang cantik, cute dan menyejukkan mata. Ada ke orang sebaliknya? Takde kot. Sume orang suka pada kecantikan, bagaimana cantik tu terpulanglah kepada individu tu sendiri. Ada benda yang kita tengok hodoh, tapi bagi orang tertentu ia kelihatan cantik. So it depends own how we interpreate it.
Saya sendiri sukakan pada kecantikan. Suka lihat benda yang mendamaikan. Saya nak story satu cerita yang terjadi pada diri saya sendiri. Saya mengalami masalah parut di muka. Memang susah nak hilang dan kalau waktu panas tu memang nampak la sebab muka kita berpeluh kan. Waktu segar selepas kita mandi atau cuci muka atau waktu malam, tak de nampak sangat. Dulu, kulit muka saya sangatlah teruk sehingga makcik pun ckp mcm2. Masa tu memang rasa down sangat. Nak bergaul pun rasa mak aih punyelah segan sebab sume orang cantik, sedangkan saya kurang cantik.hehe.
Alhamdulillah, sekarang kuranglah sikit kecacatan pada wajah, tapi still ada. Saya tak pernah di tegur oleh rakan rakan. Maybe diorang takut saya terasa hati. Secara jujurnya, memanglah terdetik sedikit bila di tegur. Mungkin rasa marah sebab orang tegur depan2. Dalam hati pernah jugak terdetik 'aku tahulah...!' Bila start bekerja, saya rasa semangat sikit sbb rakan rakan kat kerja sama ada lelaki atau perempuan tak memandang rupa sebagai ukuran. Tapi tak tahulah dalam hati diorang kan.hihi. Pernah sorang kakak tu cakap 'alah, kalo muka cantik, perangai hodoh buat ape'.. So dari situ saya tak lah terasa down sangat. Er bukanlah bermaksud perangai saya ni comel sangat.hehe. Nway, masing2 ada keunikan dan kelebihan yang membuatkan org selesa berdampingan.
Pecah rekod, akhirnya ada juga yang berani menegur. Seorang lelaki yang menegur saya. Tapi dia menegur saya melalui perbualan telefon kami. Dia cakap "muka tu, jagalah sikit. Pakailah fair & lovely ke. Teruk sangat nampak." Pada mulanya saya rasa macam 'arghhhh!!!', tapi saya tahu dia jujur menegur saya. Dalam hati, saya selalu membandingkan diri saya dengan seseorang. Dia cantik, saya hodoh. Dia lawa, saya tak. Dia ni, saya itu. Sampai saya rasa mahu menangis. Dalam hati saya cakap semua lelaki sama. Saya sampai mengadu kat adik saya. Adik saya cakap, ala semua lelaki memang macam tu. Saya rasa low of self confidence bila dia cakap macam tu. Sampai hati dia cakap macam tu. Tapi bila pikir balik, betul juga.
Suatu hari, Si lelaki itu pun menegur la saya. Katanya muka saya dah semakin elok. Dia tanya pakai ape? Saya cakap saya amik air sembahyang je..kahkahkah. geram jugak. Memang dia tak pernah membandingkan saya dengan sesiapa, tapi saya yang akan membandingkan diri saya dengan seseorang. Siapa seseorang tu? haha tak payah cakap.
Nak cakap kat sini, siapa yang tak nak cantik. Perlu ke usaha keras dicanang seluruh kampung. "Hello semua, saya dah pakai ni. Meh tengok ramai2 nanti kulit muka saya akan jadi cantik tak macam amber chia?" Psikologi namanya ini.
huh! Nanti lah saya dah cantik, saya canang seluruh Malaysia.
Eh taknak lah. Bongkak pula nanti.Tsk.
Saya sedaya upaya berfikir positif. Dia menegur saya mungkin ada sebabnya. Memang dah lumrah, kalau kita ditegur berkaitan dengan fizikal diri, kita akan rasa sedih. Tapi tak pulak kita rasa sedih kalau org tegur baju yang kita pakai tu tak cantik!
Terima kasih kamu!
tata.
alah..mie.just setkan kat mind yang kita sume cantek. bila kita confident kita cantik, maka kita adalah cantik. cantik itu subjektif, mmg rugilah lelaki yang hanya memandang luaran, sedangkan HATI seseorang yg patut kita lihat dlu. bak kata kwan mie, kalu muka cantik cun gilerz, tp hati buruk, nk buat hapa kan??
ReplyDeletebetul jugak ape yg ko ckp=) tapi still nak down jugak.
ReplyDeleteemm, kalo cantik mesti dah jadi model kan.