Thursday, August 25, 2011

cerita dekat nak raya

hai u'olls...

Mari mari sini beli kuih raya 3 balang sempuluh ringgit nak tak nak tak? Dah siap ke kuih raya, lagi 4 hari lagi mau raya ni. As usual, tahun ini kuih raya di rumah saya turut diimport oleh pembuat kuih raya turun temurun iaitu my dearest aunt forever. Tahun depan ada tak bahagian ya? hahaha. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat online menggunakan lappy baru tapi bukan saya yang punya (sedikit kesedihan di situ). Takpelah. Lepas kahwin saya pau suami saya belikan laptop bari. hahaha, sangat tidak patut dicontohi melainkan hadiah daripada suami kepada isterinya.wahwahwah.

Meh meh nak cerita sedikit persiapan raya tahun ini. Tahun ini saya beraya dengan tersangat lah ala kadar. Bayangkan, baju raya pun tak beli, tapi nasib baik mak saya bermurah hati nak belikan saya baju raya. oh oh timekacih mama. Plus, tahun ini saya sibuk dengan persiapan majlis seumur hidup saya. oh my godness!Hanya tinggal 28 hari lagi saya bergelar isteri, apakah perasaan? Terus terang saya tak rasa apa-apa lagi..hehe. Tempoh hari, saya sakit gigi sampai MC. sampai hati dentist tu tak bagi cabut dahlah saya separuh mati meneran kesakitan gigi. Saya ikut mak saya sampai ke tempat kerja, tidur di situ (tapi tak dapat tidur pun, kesian kan?), bila sakit datang boleh je panggil ma...ma...sakit.. lalu ma pun datang mengurut kepala. alahai syoknya sakit kalau macam ni. Semalam, saya beritahu ma. 'Kalau rasa sakit gini, ma ada, rasa tak payah kahwin kot. Sebab bila kahwin, ma takdok sudah dengan kita.' Ish ish, ma cakap bila ada suami, kita perlukan suami kita lah pulak. Tak kahwin lagi, memang kita pikir macam tu. Eh, tercerita benda lain pulak, takpelah sikit lagi, heh?

Pada suatu petang, saya bersembang-sembang dengan kerani sekolah saya. Dia cakap ubat mujarab sakit gigi ialah rebus daun/ pucuk pokok tembusu (ke tembesu) dengan asam keping dan garam. Ambil air tu untuk berkumur, insyaAllah sakit akan hilang. Gigi yang buruk pun tidak melarat kepada gigi sebelah. Saya pun dengan semangat sms tunang saya, kebetulan beliau ada training hari tersebut. Abang, tolong carikan pucuk tembusu. nak buat ubat. bila-bila pun takpe. Dia sms cakap okey. Dalam jam 5 petang, dia call nak datang rumah hantar pucuk tembusu. cewah cewah berbuat apa sahaja sebelum kahwin, dah kahwin nanti tak tahulah. Nanti saya test bila dah kahwin.haha. Dia pun datang, bersembang-sembang kejap tetiba dia pun cakap eh sayang, tu ha belakang rumah sayang ada pokok ni ha.. ish ish.. saje la tu nak bermanja. Saya pun tak tahu belakang rumah saya ada pokok ni. HAHAHA.

Kembali kepada topik asal iaitu PERSIAPAN RAYA. Tahun ini sepasang sahaja baju raya pemberian ma, insy akan cari lagi sepasang. Tudung tak cari lagi. Duit raya of course kena standby. Dan paling penting tahun ini dapat beraya di rumah sendiri. Tak tahu keseronokannya, tapi mungkin seronok mungkin tak sebab budak-budak sekolah ramai datang rumah..huwaaaa, habislah duit raya kakya.ececeh.

Ala malas lah nak update dah. Nak g office sudah nak buat sikit kerja before balik petang ni ada dinner date pulak.eh petang????

wassalam:-)

Sunday, August 14, 2011

break entry.

Hai!

It just a break entry. lappy rosak. tetiba shutdown. Kalau ebook student yang rosak, pandai aje saya rileks kan diorang, but when mine, gelabah pulak. It just because terlalu banyak harta karun dalam tu. Semalam ma cakap, buat wakaf je lah laptop tu. hehe. Boleh bukan tak boleh, tapi tunggu lah sehingga saya dapat yang baru dulu:)

Entah bila agaknya, but insyaAllah. not too soon.

Wassalam:)

Tuesday, August 9, 2011

Kakitangan Awam dapat bonus raya

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.

Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal
2011/08/09 Berita Harian.

Bestnyer dapat bonus raya. under kerajaan negeri tapi assign as kakitangan swasta ada ke mcm tu? langsung tak faham.. Takde ke sesiapa yang prihatin?

Monday, August 1, 2011

sekejap je

First of all, Salam Ramadhan. Selamat berpuasa semua. Pagi tadi wake up for sahur jam 4.00. Guling kiri, guling kanan, 4.10 bangun. Macam sunyi sepi je rumah, decide untuk bangun dulu takut my mom tak terjaga. Rupanya dah ada kat dapur. Baru nak budget bangun awal..weeeheee~ Saya rasa macam tak lapar sangat, jadi amik 2 gelas air suam + 1 gelas tea panas, makan kurma berbijik-bijik. Setakat tengah hari ni alhamdulillah o.k lagi. Budak besar mana boleh tidak gagah okey.

Sabtu yang lepas, saya ke kebun rambutan, durian, pisang dan segala-galanya. Pagi sabtu, superman call ajak ke kebun kutip rambutan bersama nenda. Entah macam mana saya jawab OKEY, then ajak la sekali anak saudara saya yang kecil tu dan adik sepupu saya.

Jom ikut cikya gi kebun. Kutip rambutan!

Cepat-cepat diaorang pegi mandi except iman yang masih kecil tak pandai mandi sendiri lagi.hee~. Sampai kat sana, nampak kereta superman, then park my car opposite his car. Rupanya ayah mat pun ada sama. Masuk kebun, macam orang jakun, pergi ke arah pokok rambutan. Superman macam biasa panjat pokok rambutan,. At one moment, iman menangis tgk superman panjat, mungkin dia tengok macam beruang panjat pokok. hehe. kelakar la iman. Selesai panjat pokok, kami menyantap buah durian, seperti biasa saya la yang tolong habiskan=) Pendek kata, ada kebun sebenarnya sangat best. Pas kawin nanti nak pergi tanam jagung pulak dengan suami terchenta.ewah ewah ewah.

eh eh. nak sambung buat kerja jap. Nanti sambung:)