Thursday, August 25, 2011

cerita dekat nak raya

hai u'olls...

Mari mari sini beli kuih raya 3 balang sempuluh ringgit nak tak nak tak? Dah siap ke kuih raya, lagi 4 hari lagi mau raya ni. As usual, tahun ini kuih raya di rumah saya turut diimport oleh pembuat kuih raya turun temurun iaitu my dearest aunt forever. Tahun depan ada tak bahagian ya? hahaha. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat online menggunakan lappy baru tapi bukan saya yang punya (sedikit kesedihan di situ). Takpelah. Lepas kahwin saya pau suami saya belikan laptop bari. hahaha, sangat tidak patut dicontohi melainkan hadiah daripada suami kepada isterinya.wahwahwah.

Meh meh nak cerita sedikit persiapan raya tahun ini. Tahun ini saya beraya dengan tersangat lah ala kadar. Bayangkan, baju raya pun tak beli, tapi nasib baik mak saya bermurah hati nak belikan saya baju raya. oh oh timekacih mama. Plus, tahun ini saya sibuk dengan persiapan majlis seumur hidup saya. oh my godness!Hanya tinggal 28 hari lagi saya bergelar isteri, apakah perasaan? Terus terang saya tak rasa apa-apa lagi..hehe. Tempoh hari, saya sakit gigi sampai MC. sampai hati dentist tu tak bagi cabut dahlah saya separuh mati meneran kesakitan gigi. Saya ikut mak saya sampai ke tempat kerja, tidur di situ (tapi tak dapat tidur pun, kesian kan?), bila sakit datang boleh je panggil ma...ma...sakit.. lalu ma pun datang mengurut kepala. alahai syoknya sakit kalau macam ni. Semalam, saya beritahu ma. 'Kalau rasa sakit gini, ma ada, rasa tak payah kahwin kot. Sebab bila kahwin, ma takdok sudah dengan kita.' Ish ish, ma cakap bila ada suami, kita perlukan suami kita lah pulak. Tak kahwin lagi, memang kita pikir macam tu. Eh, tercerita benda lain pulak, takpelah sikit lagi, heh?

Pada suatu petang, saya bersembang-sembang dengan kerani sekolah saya. Dia cakap ubat mujarab sakit gigi ialah rebus daun/ pucuk pokok tembusu (ke tembesu) dengan asam keping dan garam. Ambil air tu untuk berkumur, insyaAllah sakit akan hilang. Gigi yang buruk pun tidak melarat kepada gigi sebelah. Saya pun dengan semangat sms tunang saya, kebetulan beliau ada training hari tersebut. Abang, tolong carikan pucuk tembusu. nak buat ubat. bila-bila pun takpe. Dia sms cakap okey. Dalam jam 5 petang, dia call nak datang rumah hantar pucuk tembusu. cewah cewah berbuat apa sahaja sebelum kahwin, dah kahwin nanti tak tahulah. Nanti saya test bila dah kahwin.haha. Dia pun datang, bersembang-sembang kejap tetiba dia pun cakap eh sayang, tu ha belakang rumah sayang ada pokok ni ha.. ish ish.. saje la tu nak bermanja. Saya pun tak tahu belakang rumah saya ada pokok ni. HAHAHA.

Kembali kepada topik asal iaitu PERSIAPAN RAYA. Tahun ini sepasang sahaja baju raya pemberian ma, insy akan cari lagi sepasang. Tudung tak cari lagi. Duit raya of course kena standby. Dan paling penting tahun ini dapat beraya di rumah sendiri. Tak tahu keseronokannya, tapi mungkin seronok mungkin tak sebab budak-budak sekolah ramai datang rumah..huwaaaa, habislah duit raya kakya.ececeh.

Ala malas lah nak update dah. Nak g office sudah nak buat sikit kerja before balik petang ni ada dinner date pulak.eh petang????

wassalam:-)

No comments:

Post a Comment