Tuesday, November 29, 2011

a very short n quick update, haaaa!

Haaa... lima minit lagi nak balik rumah. Sempat lagi tulis entry kejap. Heeee!

Esok dan lusa saya cuti. Esok bercadang nak bawwak nenek ke klinik check blood pressure. lusa ingat nak holiday dengan suami kejap. eleh kejap konon.

Ya Allah, xlaratnya saya. sungguh. semput sangat saya rasa. Sampai rasa tak larat nak jalan, nak drive pun malas, tak tahu kenapa. Tapi gagahkan diri jugak drive.huhuhu.

Okeylah, masa sangat cemburukan saya. saya kena stop tulis entry, sebab nak balik awal dah janji dengan husband saya nak pergi pasar malam sama-sama dan makan-makan di rumah mertua. baru seronok sikit.

daaa. wassalam.

Sharing is Caring: Khasiat Ayat Kursi

Assalamualaikum wbt.



Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




Tuesday, November 22, 2011

dah masuk bulan ke 2

salam wbt.

wuwuwuwu sudah agak lama tidak update blog. Takde masa nak ngadap then tulis entry panjang-panjang entah kenapa entah malas secara mendadak.

Hari ni genap 2 bulan saya dan suami sah sebagai suami isteri. Melayari kehidupan rumahtangga memang menyeronokkan dan tak susah seperti yang saya gambarkan sebelum bertukar status dahulu. Orang kata kahwin mudah, nak kekalkan kebahagiaan tu yang susah. betul jugak saya percaya. Kita tak perlu bergantung kepada suami semata-mata yang akan wujudkan kemesraan dalam bahtera rumah tangga yang kita bina. kita sebagai isteri pun kena pandai ambil hati suami dan keluarga mertua.

Kalau awal-awal kahwin dulu, saya tak dapat nak budget pukul berapa saya perlu bangun tidur. kadang-kadang sampai 5.30 pagi bangun untuk solat, mandi dan masak. sekarang dah boleh adjust balik masa. the most problem yang saya hadapi sekarang ialah nak masak ape entah sempat ke tidak sebab esok saya nak g kerja pulak. Dah tahu macam tu, saya kena set awal-awal esok nak mkn apa, kena pergi check dalam food storage apa yang ada ke bagai. So bila dah decide, senang. esok tak payah gopoh gapah nak pikir. masak sahaja.

Semalam saya buat nasi lemak. Sebelum ni, saya ikut resepi sendiri je buat sambal. sedap bukan tak sedap, tapi bila makan yang mertua buat, alahai lagi sedap. yelah, mana boleh lawan tokey kan.hehe. terus tanya mak buat macam mana. alhamdulillah jadi lah macam yang emak buat walaupun lain rasa kan, tapi at least saya rasa ada improvement sikit daripada sebelumnya.

Pagi tadi saya masak bihun goreng. suami cakap, kali ni syg buat lagi best sikit okey dari yang sebelum okey. Huhu, jenuh ni sebab sebelum ni dah sedap.haha gurau aje. biasanya saya letak fish cake, ikan bilis atau udang baring. tapi tadi saya letak udang hidup buakn yang plastik.wuwuwuwu. Entah sedap ke tidak saya masak pagi ni wallahualam. Sehinggalah masa sarapan tadi, saya tengok suami top up balik bihun tandanya sedap kot:p

Lepas makan baru cakap 'emm, kali ni menjadi.' terus dia basuhkan pinggan untuk saya.hahaha.

alamak. lapar lah. entah kenapa asyik lapar je. nak carik makanan jap kat pantry!
daaa.

Thursday, November 17, 2011

Artikel : Kenapa anda tidak solat?

Situasi 1

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.

Pengajaran: Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.

Situasi 2

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?

Pengajaran: Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadat kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.

Situasi 3

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Saya tak tau cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.

Pengajaran: Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan.

Situasi 4

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Suka hati sayalah. Kubur masing-masing. Tolong jangan jaga hal saya.

Pengajaran: Terimalah teguran positif dengan hati yang terbuka, supaya diri kita sentiasa berubah menjadi lebih baik.

Situasi 5

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Saya penatlah. Saya btul-btul tak larat. Boleh tak saya solat esok je?

Pengajaran: Sepenat-penat kita, janganlah kita tinggalkan solat kerana setiap perbuatan kita dicatat oleh Malaikat di bahu kiri dan kanan kita.(Malaikat Raqib & Atid)

Situasi 6

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Sebab saya memang dah biasa macam ni. Rileklah. Alim sangatlah awak ni. Tak rugged lansung!

Pengajaran: Jangan lupa, bumi yang dipijak ini milik Allah S.W.T. Bila-bila masa dia boleh 'gulung' bumi ini.

Situasi 7

Soalan: Kenapa awak tak solat?

Jawapan: Alah nantilah aku solat. Aku muda lagi. Nanti tua aku taubatlah.

Pengajaran: Kita tidak tahu ajal kita bila. Boleh jadi hari ni, esok, lusa? Sekiranya gugur sahaja daun kita dari pokok yang terletak di Arash Allah S.W.T, maka bersedialah Izrail untuk memanggil kita pulang. Persoalannya, BERSEDIAkah kita ketika itu?

Pernah jumpa tidak situasi di atas?

Pernah atau tidak pernah, itulah jawapan-jawapan lazim yang biasa kita dengar dari masyarakat Islam. Islam mungkin hanya pada nama, ataupun mgkin saja hanya pada ic, ataupun hanya pada pegangan.

Berpegang pada kefahaman Islam, tetapi tidak solat. Mungkin mereka terlupa bahawa, solat itu adalah tiang agama. Jangan kita kita lupa berterima kasih kepada Pencipta yang dtgkan kita ke dunia ni.

  • Terlalu sibuk dengan aktiviti harian hingga terlupa adanya Allah S.W.T.
  • Terlalu penat bekerja cari rezeki hingga terlupa, rezeki itu pemberian Allah S.W.T.
  • Asyik berfikir tentang dosa yang sudah dibuat, hingga terlupa mahu fikir, apa amal yang belum buat. Asyik risau tentang ibadat yang bakal dibuat, takut tidak diterima, sedangkan ibadat tersebut, belum cuba dibuat.
  • Sibuk mahu menuding jari tentang keburukan orang, hingga lupa yang diri sendiri pun sudah cukup baligh untuk berfikir mana yang baik ataupun yang buruk.
  • Terlalu marah fikirkan orang cuba masuk cmpur hal peribadi, hingga lupa, soalan itu merupakan teguran supaya tidak tergelincir dari landasan yang asas.
  • Asyik fikirkan diri yang penat, hingga lupa hendak terima kasih pada Allah S.W.T.
  • Terlalu sibuk mahu ruggedkan diri, smpai lupa bumi 'rugged' yang dipijak tu bumi Allah S.W.T.
  • Terlalu asyik fikirkan yang hidup muda ini untuk enjoy, yakin hidup sampai ke tua?

Islam bukan hanya suatu pegangan mahupun kefahaman, malah Islam adalah suatu cara hidup yang tidak akan lapuk biarpun Islam wujud sejak zaman dahulu. Islam tidak akan berubah mengikut peredaran zaman ataupun teknologi.

Se'rugged' mana pun kita, janganlah kita lupa, kita ini datang daripada Allah S.W.T dan kepada Allah S.W.T juga kita akan kembali. Ke mana perginya roh-roh kita setelah kita meninggal dunia?

Tempat tinggal roh.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat":

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari Kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya":

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Kelompok manakah kita?

Bersediakah kita menghadapi kematian?

Menghadapi hari pengadilan?

Semoga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan dijaukan dari segala kemungkaran. Insya-Allah.

-Artikel iluvislam.com

Sunday, November 13, 2011

t a g

Assalamualaikum wbt.

Rasanya macam dah lama sangat tak update blog. langsung malas nak update. Straight to the point, meh lah kita jawab tag ni.

1.) each person must post 11 things about yourself..

2.) answer the questions the tagger set for you in their post & create 11 new questions for the people you tagged the answer...

3.) choose 11 people to tag the post & link them the post

4.) go to their page & tell them you have tagged her/him

5.) no tags back


11 thing about myself :


1. Anak pertama daripada 5 orang adik beradik. very close to my mom:)

2. sudah berkahwin. Tak sampai 2 bulan lagi :) Darah manis lagi tak?

3. Rasanya tidak mudah mesra dengan orang, tapi sejak bekerja amat mudah mesra dengan orang sekeliling tapi tak tau la agaknya saya sorang je kot yang perasan. hahaha.

4. Kurang bercakap kecuali ada hal penting dengan orang baru kenal, tapi yang dah lama kenal, u know me k?

5. Dulu kuat makan, sekarang lagi lah kuat makan tapi sudah kurang makan malam kecuali bila tersangat lapar.

6. Kalau ada tak puas hati dengan seseorang atau tersentuh hati, memang akan diluahkan dengan menangis. Bila dah menangis, rasa lega dan rasa tak perlu nak marah-marah orang lagi.

7. Dah jadi addict memancing, tak tau kenapa. no reason:p

8. Saya jenis tak kisah tentang diri sendiri tapi terlalu peka perasaan orang yang saya sayang. Menjaga hati orang sehinggakan hati sendiri terluka, padahal orang yang saya nak jaga hati tu, rilek jer. tak ada apa-apa pun sebenarnya.

9. Pandai melawak ke? Ada orang cakap saya kelakar.

10. Kalau dah rajin, memang rajin. Kalau dah malas, usah cakaplah.

11. Susahnya nak explore diri sendiri.huh.



Ni pulak soalan yang perlu saya jawab.


1. Dalam banyak banyak coklat, coklat ape yg korang suke?

- saya bukan penggemar coklat sebenarnya. Makan bila rasa nak makan. Tapi biasanya saya suka cadbulry_ Hazelnut.


2- letak gamba paling comel



Hahahaha....


3- perayaan ape korang suke? and sebab?

- Mestilah sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sebab time tu semua sanak saudara berkumpul, makan-makan, jalan-jalan pastu kasi duit raya (pun suka jugak?)


4- first love korang? agagagaga

- agagaga jugaklah:p.Dulu, saya pernah cakap, cinta pertama saya ialah suami saya.Maka, first love saya adalah suami saya, Md Zullaimi Mohd. No other person.


5- pendapat korang ttg study?

- Study tu best. Masa paling best adalah study. Bagi saya setiap hari kita study, cuma cara kita berbeza. Orang yang sedang bekerja pun masih lagi study kalau ada tugasan.


6- cita-cita korang?

- Dulu cita- cita masa kecik nak jadi macam-macam. doktor lah, pensyarah lah, peguam lah. macam-macam. hebat giler zaman imaginasi dalam bercita-cita kan. Tapi sekarang terlibat dengan IT pulak. Boleh ke nak pasang cita-cita baru?hehehe. i want to be a perfect wife to my beloved hubby, jadi daughter-in-law yang baik, bersopan santun lagi anggun, serta menjadi ibu yang penyayang kepada anak-anak saya.


7- lagu kesukaan?

- sekarang amat menyukai lagu I Love You Like A Love Song: Selena Gomez.


8- bangun pagi, buat ape dulu b4 mandi?

- Peluk suami. ececeh. Haaa, mau lagi tanya soalan cenggini, i jawab dengan jujur je:p


9- sila describe saya ( soalan terbaik) :p

- Saya sayang awak. Even masa awak kecik dulu-dulu saya selalu jeles dengan awak tapi tak tau sebab apa.hehe. Awak seorang yang saya boleh share something, my best listener. Nasihat saya pada awak, belajar berdikari okey, bukan apa, sebab saya sayang awak. Nanti bila awak kahwin, takde lah awak selalu nangis-nangis je ingat family. Be prepared okey. I love you so much my great cuzzy.


10- status andaa?

Married. Double-of-course-not available.


11- habit korangg yg xbole lpas dari kecik?

-rahsia.kahkahkah.


Sekian sahaja.


p/s: Sorry, ya malas nak kasi tag ni kat orang lain pulak. :p