Wednesday, April 28, 2010

Don't Push Me...,WHO?

Please... I can't!

Kenapa sejak akhir akhir ni rasa tertekan sangat? Nak datang keje selalu rasa malas dan takut. On the way datang kerja sempat pulak nak nangis tak tentu pasal. Seriously, saya tak tahu kenapa saya takut nak datang kerja. Tak pernah saya rasa macam ni.

Kadang kadang balik rumah, saya story kat ma yang bahawasanya saya takut nak buat kerja ni. Bukan sebab org lain. Sebab nya adalah saya. Saya tak confident saya boleh buat kerja atau tak. Pernah saya nangis kat toilet sbb saya ada buat satu perkara yang saya rasa bodoh. Saya rasa saya langsung useless. Ma cakap berhenti je lah kerja. Abah pun tnya hal yang sama. Ya bleh buat ke keje? Nak berhenti ke? When i said emm, tak tau la.. bagilah ya dalam 2 bulan je untuk try.

Dan satu perkara yang terlintas kat fikiran saya, kalo saya stop, itu bermakna saya pengecut. I don't want to be a loser. Kalau nak kalah pun, biarlah kalah dgn bergaya.huhu =( sad sad...
Seriously, saya masih dlm proses nak belajar. and please don't estimate yang saya buleh buat kerja @ belajar, pendek kata memahami semua kerja, format2 dalam masa yang singkat.

I don't think yang saya boleh jadi pekerja yang bagus..uh uh pikiran negatif je. Saya try untuk jadi positif, tidak lemah semangat bila datang ofis. So, saya ambil inisiatif review semua kerja, list down apa yang nak dibuat esok kat rumah. Night before tomorrow. Tapi tak tahu macam mane bila sampai je kat ofis aka bilik mayat saya jadi tepu. Tak boleh nak berfikir.

Question:

Sape yang bomohkan saya nih?

Orait...! saya nak sambung buat kerja. Not allowed to update blog during office hour..

dadaaaa~

Sunday, April 25, 2010

tetiba jadi ahli sukan, memanglah...

hai sana hai sini hai situ..

Adoyaii.. nak mengeluh dulu. Hari Jumaat yang lepas, saya join woodball. Kat Padang OGT, Paka. Sumpah saya tak tahu macam mane nak main benda alah ni. Ala ala golf gitu. Kalau tgk saya pukul bola, memang out terus la. Tapi dah lama sket, baru rasa pukulan tu okay sikit. Tapi time tu panas giler.. rasa mcam dah sun burn je...warghhh.... mana boleh ini macam...

Petang pulak, pegi tgk bowling. Adoyai... Petang tu kira ok la.. Malam pulak, macam macam reaksi dapt tengok.. main bowling sampai terangkat2 kaki ala dayang nurfaizah menyanyi... Tapi, diorang main punye la hebat.. Kalo tak strike, spare. kalo tak spare, strike. Kalo saya main, tolong team untuk KALAH boleh la.. hahhaha... memang cacat lah... Sumpah tak reti.

Sabtu pulak, saya keletihan yang amat. Tak pernah bersukan, tetiba jadik ahli sukan memang terkejut la otot2 bdn saya. haha. Lagi pulak ade hal sket Sabtu tu...hmmm...

This weekdays, mood kerja 50-50... Tak tau la... go with the flow aje lah...

Thursday, April 22, 2010

Takut di gelar andartu?


Takut digelar andartu? hah, sila lah jawab. Actually, semalam saya bersembang dgn ma dan adik saya kat luar rumah. Saya tanya ma saya, macam mana kalau ya jadi andartu? haha. Logik tak soalan. Of course lah logik. Ma saya cakap takpelah, biar je lah. Tapi maybe mak saya cakap mcm tu sbb nak sedapkan hati saya je.hihi. Tak tahu kenapa saya fikirkan soal ANDARTU nih. Umur baru 24 tahun dah pikir pasal andartu. Kalau 40 logik jugak lah. Tapi kalau 40 dah memang andartu lah..haha. Bila tengok orang sekeliling saya, yang mana blom kahwin lagi, saya tengok mereka relaks je. Gembira je but tak tau la dalam hati diorang kan. Takkan nak cakap plak..

Hah nak cite lagi nih...

Then saya sms lah sepupu saya untuk membincangkan isu yang sama. ececeh...mcm masalah negara pulak dah. Saya tahu dia pun takut jugak.hehe. Then dia suruh banyakkan solat hajat, doa. Tu pun salah satu usaha jugakkan. emm, betul betul.. oloh, tapi saya tetap nak bimbang jugak...

Sebenarnya apa yang menyebabkan keadaan andartu/stigma/andalusia terjadi? Memilih pasangan, sibuk dengan kerjaya, memang tak nak kahwin atau tak de orang nak? hahaha. Tepuk dada tanya minda lah ye.. Sepatutnya saya buat satu survey then analyze then show graf kat sini. Statistik gitu. Bagi masyarakat di luar sana, orang orang kampung,janganlah memandang rendah kepada golongan-golongan andalusia nih ye.Sebab perkara nih bukan perkara baru. Tambahan kita tengok, dunia sekarang pun dah lain dari dulu. Kepesatan pembangunan, kesibukan tugas kadang kadang membuatkan mereka tak terfikir perkahwinan adalah satu kemestian. Mungkin itulah yang mereka pikir. Saya tak pulak pikir macam tu.. Saya tetap pikir saya takut digelar andalusia. emm, best sikit dari andartu. :-)

Tapi golongan lelaki pulak macam mane? Tak takut ke macam saya tgh takut nih..?haha.
Tak takut ke jadi antertu?? Anak Teruna Tua...haha... Btw, saya rasa tak kisah mcm mane sekali pun as long as kita hepi dgn hidup kita. Dan saya rasa saya tak perlu lah nak takut takut lagi. Ajal maut jodoh pertemuan semua kuasa-Nya.

p/s: maybe bimbang sbb ramai rakan sebaya yang dah kahwin.
p/s/s: Relaks2, kahwin awal menyesal..haha Ini statement sedapkan hati nih.

Sekian..~

Wednesday, April 21, 2010

.cakap pasal hidup


Siapa cakap hidup ni selalunya indah. Tak semua indah. Ada kala kita rasa susah sangat hidup ni. Ada kala kita rasa smooth je. Perjalanan tiap tiap hari pula tak sama. Mungkin hari ni kita rasa dunia ni kita yang punya. Tapi esok tak semestinya kita akan rasa yang sama. Mungkin kita rasa sedih atau lagi happy dari semalam.

Btw, kita kena sedang sedang saje. Pendek kata bersederhana. Bayangkan atuk nenek kita yang dah bertahun tahun hidup, yang makan garam dulu daripada kita. Mesti dah byk sangat pahit2 maung diorang time muda muda dulu. Ye la, dulu kan zaman zaman komunis. Lagi perit. Kesenangan yg mereka kecapi pulak tak lah setanding kesenangan orang orang zaman sekarang. Kalau dulu dah ade motosikal dah kira mewah, sekarang ade motosikal pandang sebelah mata je. Dalam hati apa kelas motosikal...haha. nampak sangat konsep materialistik digunakan meluas dlm kehidupan sekarang.

Agaknya, kalau sekarang makan ubi kayu pun orang akan cakap miskin sangat ke sampai makan ubi kayu? Dalam hati berkobar2 nak makan. ceh, hampeh! Itu satu lagi nilai hipokrit. Kalau nak cakap pun, biarlah beralas sikit dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.

Kalau kita dgr orang orang tua bersembang pasal hidup ni, sampai esok pun tak habis. Terlalu banyak sangat pengalaman diorang yang saya rasa tak perlu kita nak bermegah dgn pengalaman cetek kita ttg hidup. Walaupun dalam dimensi yang berbeza, pengalaman payah sangat kita nak cari.

Saya pun masih naif lagi ttg hidup.

Sekian.