Thursday, April 22, 2010

Takut di gelar andartu?


Takut digelar andartu? hah, sila lah jawab. Actually, semalam saya bersembang dgn ma dan adik saya kat luar rumah. Saya tanya ma saya, macam mana kalau ya jadi andartu? haha. Logik tak soalan. Of course lah logik. Ma saya cakap takpelah, biar je lah. Tapi maybe mak saya cakap mcm tu sbb nak sedapkan hati saya je.hihi. Tak tahu kenapa saya fikirkan soal ANDARTU nih. Umur baru 24 tahun dah pikir pasal andartu. Kalau 40 logik jugak lah. Tapi kalau 40 dah memang andartu lah..haha. Bila tengok orang sekeliling saya, yang mana blom kahwin lagi, saya tengok mereka relaks je. Gembira je but tak tau la dalam hati diorang kan. Takkan nak cakap plak..

Hah nak cite lagi nih...

Then saya sms lah sepupu saya untuk membincangkan isu yang sama. ececeh...mcm masalah negara pulak dah. Saya tahu dia pun takut jugak.hehe. Then dia suruh banyakkan solat hajat, doa. Tu pun salah satu usaha jugakkan. emm, betul betul.. oloh, tapi saya tetap nak bimbang jugak...

Sebenarnya apa yang menyebabkan keadaan andartu/stigma/andalusia terjadi? Memilih pasangan, sibuk dengan kerjaya, memang tak nak kahwin atau tak de orang nak? hahaha. Tepuk dada tanya minda lah ye.. Sepatutnya saya buat satu survey then analyze then show graf kat sini. Statistik gitu. Bagi masyarakat di luar sana, orang orang kampung,janganlah memandang rendah kepada golongan-golongan andalusia nih ye.Sebab perkara nih bukan perkara baru. Tambahan kita tengok, dunia sekarang pun dah lain dari dulu. Kepesatan pembangunan, kesibukan tugas kadang kadang membuatkan mereka tak terfikir perkahwinan adalah satu kemestian. Mungkin itulah yang mereka pikir. Saya tak pulak pikir macam tu.. Saya tetap pikir saya takut digelar andalusia. emm, best sikit dari andartu. :-)

Tapi golongan lelaki pulak macam mane? Tak takut ke macam saya tgh takut nih..?haha.
Tak takut ke jadi antertu?? Anak Teruna Tua...haha... Btw, saya rasa tak kisah mcm mane sekali pun as long as kita hepi dgn hidup kita. Dan saya rasa saya tak perlu lah nak takut takut lagi. Ajal maut jodoh pertemuan semua kuasa-Nya.

p/s: maybe bimbang sbb ramai rakan sebaya yang dah kahwin.
p/s/s: Relaks2, kahwin awal menyesal..haha Ini statement sedapkan hati nih.

Sekian..~

2 comments:

  1. em...tula. yang penting kita pun kena ikhtiar jugak mencari jodoh. jodoh tu xkan datang bergolek depan kite. ye tak? ada jodoh,adelaa....Insya Allah..

    ps:statement sedapkan ati jgak. kehkeh..

    ReplyDelete
  2. hahaha...betul2...takpe ler, nak buat camne.. xlaku..hish hish..

    xnak pikir shah.. jadik free n easy..haha

    ReplyDelete