Tuesday, November 22, 2011

dah masuk bulan ke 2

salam wbt.

wuwuwuwu sudah agak lama tidak update blog. Takde masa nak ngadap then tulis entry panjang-panjang entah kenapa entah malas secara mendadak.

Hari ni genap 2 bulan saya dan suami sah sebagai suami isteri. Melayari kehidupan rumahtangga memang menyeronokkan dan tak susah seperti yang saya gambarkan sebelum bertukar status dahulu. Orang kata kahwin mudah, nak kekalkan kebahagiaan tu yang susah. betul jugak saya percaya. Kita tak perlu bergantung kepada suami semata-mata yang akan wujudkan kemesraan dalam bahtera rumah tangga yang kita bina. kita sebagai isteri pun kena pandai ambil hati suami dan keluarga mertua.

Kalau awal-awal kahwin dulu, saya tak dapat nak budget pukul berapa saya perlu bangun tidur. kadang-kadang sampai 5.30 pagi bangun untuk solat, mandi dan masak. sekarang dah boleh adjust balik masa. the most problem yang saya hadapi sekarang ialah nak masak ape entah sempat ke tidak sebab esok saya nak g kerja pulak. Dah tahu macam tu, saya kena set awal-awal esok nak mkn apa, kena pergi check dalam food storage apa yang ada ke bagai. So bila dah decide, senang. esok tak payah gopoh gapah nak pikir. masak sahaja.

Semalam saya buat nasi lemak. Sebelum ni, saya ikut resepi sendiri je buat sambal. sedap bukan tak sedap, tapi bila makan yang mertua buat, alahai lagi sedap. yelah, mana boleh lawan tokey kan.hehe. terus tanya mak buat macam mana. alhamdulillah jadi lah macam yang emak buat walaupun lain rasa kan, tapi at least saya rasa ada improvement sikit daripada sebelumnya.

Pagi tadi saya masak bihun goreng. suami cakap, kali ni syg buat lagi best sikit okey dari yang sebelum okey. Huhu, jenuh ni sebab sebelum ni dah sedap.haha gurau aje. biasanya saya letak fish cake, ikan bilis atau udang baring. tapi tadi saya letak udang hidup buakn yang plastik.wuwuwuwu. Entah sedap ke tidak saya masak pagi ni wallahualam. Sehinggalah masa sarapan tadi, saya tengok suami top up balik bihun tandanya sedap kot:p

Lepas makan baru cakap 'emm, kali ni menjadi.' terus dia basuhkan pinggan untuk saya.hahaha.

alamak. lapar lah. entah kenapa asyik lapar je. nak carik makanan jap kat pantry!
daaa.

No comments:

Post a Comment