Sunday, September 4, 2011

Menunggu detik itu.

Alhamdulillah.Puasa pun sudah, raya pun sudah. Tinggal satu lagi event besar dalam sejarah hidup saya, insyaAllah. Lebih kurang 2 minggu lebih lagi saya akan disatukan dengan tunang terchenta ewah ewah. Rasa tak percaya sangat sebab dah dekat nak kahwin, terasa diri seperti anak kecil lagi yang perlukan ibu dan ayah sentiasa disampingnya. Sekarang tiba pula masa ibu bapa saya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada bakal suami saya. Oh oho.. tak sangka akan berkahwin dalam masa tak sampai tiga minggu sahaja lagi.

Tentang persiapan, alhamdulillah sekarang of course lah semakin sibuk sementelah majlis sudah dekat.Nasib baik bakal suami saya orang dekat, lebih kurang 15 minit sahaja jarak rumah kami, jadi bila sudah rindu pada ma saya, boleh lah balik. Ma kata dah dapat suami tak adanya nak ingat ma sudah.hehe. No comment for a time being:) Dugaan semasa bertunang biasa sahaja, alhamdulillah hubungan kami takde sampai tahap tak bertegur sapa atau merajuk lama-lama. Alhamdulillah sangat-sangat hubungan ini banyak give and take. Dugaan paling hebat adalah dalam tempoh ini (yakni dekat nak kahwin). Kalau boleh setiap hari nak jumpa. Sampai ma dah bagi warning, hehe tipu aje.

Cerita pasal saya dan tunang, kami kenal sangat lama tapi hanya sebagai kawan biasa sahaja. Tempoh kami bercinta ewah ewah sangatlah singkat cuma dalam tempoh 4 bulan dan terus dia meminang saya. Satu hakikat yang perlu kami sedar, bila dah bertunang, maksudnya kami dah hampir ke arah perkahwinan. Tempoh pertunangan tak sampai setahun, kami sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami pada September ini, just around the corner:) Alhamdulillah.

Sekarang, jika ditanya apakah perasaan saya, of course saya tidak sabar menunggu hari bahagia kami. tetapi ada sedikit rasa pilu untuk tinggalkan keluarga yang selama 25 tahun bersama saya. Bukan bermakna selepas kahwin saya hilang keluarga saya, tapi masa untuk keluarga terbatas kerana saya mempunyai keluarga baru. Tanggungjawab semakin berat sebagai seorang anak, isteri dan juga career woman.Hmmm.. InsyaAllah, saya boleh.hehe.

Semoga ikatan yang bakal kita bina kekal hingga akhirat. InsyaAllah, amin.

Kepada bakal suami, terima kasih kerana memilih saya sebagai peneman hidup=) Love you!

No comments:

Post a Comment