Wednesday, September 7, 2011

saya doktor cinta.

Saya dokter cinta.*wink*


urhm. What is the suitable title for this entry? Urhm.


Alkisahnya sekarang saya sedang free, jadi ambil kesempatan untuk update blog. Tiada tempat nak mengarut since tunang saya pun sedang bekerja, kalau tak, boleh mengarut mengadu itu mengadu ini bercerita itu bercerita ini. Lagi 14 hari kami akan diijabkabulkan insyaAllah, entah tak tahu nak rasa apa. Yang pasti saya dah tak tahu nak rasa apa-apa, kosong. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Kalau drive pun saya perasan, saya dah tak macam normal. Nasib baik abah ada, jadi boleh hantar dan ambil adik-adik dari sekolah.


Preparation dah settle sikit sebanyak, tapi paling kurang pun dah 70%. the rest is on the event day lah.huahua. Saya sedar banyak yang perlu saya persiapkan, dulang hantaran dah siap sikit-sikit, saya buat sendiri saja nak tempah pun mak aiii mahal nyer. jadi, saya ambil pendekatan untuk gubah sendiri:) Weekend ni dah kena kemas-kemas bilik danmasuk doorgift dalam pack (paling malas nak buat actually). Next week jugak dah kena ambil borang nikah dan serahkan kepada tok kadi. *Serahkan kepada tunang untuk uruskan memandangkan saya tak cuti dan malas bebnor nak ambil cuti since cuti dah nak balik. haih, kenapa la company takde bagi cuti ehsan kahwin.tak acilah.

Honestly, sekarang saya sangat-sangat letih. Kepala dah mula sakit dan mata dah penat. Badan letih. Rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang dan akan ada kepentingan lain dalam hidup. Saya takut saya terbiasa hidup bujang, nak pergi mana-mana ikut kaki je. Tapi lepas kahwin tak lagi, saya ada suami yang perlu diberi keutamaan dalam setiap hal. Di saat saya sedang letih, saya sering teringatkan tunang saya yang cukup-cukup sabar melayan kerenah saya. Kadangkala saya seakan mahu menangis bila lihat kesabaran yang ada dlm diri beliau. Kalau saya jadi lelaki dan punyai tunang yang seperti saya, mahu hempuk je, *maleh aku nak layan*.hahaha.



Saya sedar, diri saya tak punyai rehat yang cukup. Even kerja tak berat, namun masa beristirehat kurang. kadang-kadang saya tengok disiplin saya terhadap hidup saya dah tunggang terbalik. HAHAHA. semua gara--gara nak kahwin.

2 comments: