Sunday, September 11, 2011

a bride-to-be

hai!

11 days to go i'll be someone's wife. heee~ Secara jujurnya kali ini saya sangatlah happy sebab akan bergelar isteri kepada lelaki yang saya cintai. Syukur alhamdulillah. Saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Saya selalu risaukan bagaimana lah kehidupan saya selepas bergelar isteri, takut akan sakiti hati suami, takut tidak dapat jadi isteri yang solehah. Macam-macam. Tapi saya percaya setiap wanita yang berkahwin mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. InsyaAllah. yakin boleh, saya pasti boleh.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh persiapan perkahwinan, segala urusan berjalan dengan lancar. Ketiadaan abah di sini kerana bertugas di pelantar sedikit sebanyak memberi saya dan ma saya cabaran. Semua terpaksa diuruskan oleh kami. Nasib baik ma saya seorang planner merangkap akauntan peribadi yang bagus. A big clap to her.. pap pap pap pap!!!

Entah macam mana kehidupan saya selepas kahwin dan punyai suami. Mungkinkah saya akan rindui zaman bujang atau pun cakap 'rugi tak kahwin awal-awal..' hehe.

Semoga jodoh kami berkekalan hingga akhirat, diberi kebahagiaan rumahtangga serta dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah. Amin.

Love you soooo much, my future husband.

1 comment:

  1. gudluck for ur big day! hehe...^-^... can't wait to see ya. I'll be there, Insya Allah..

    ReplyDelete