Tuesday, June 22, 2010

Don't cheat on your wife

Tajuk yang takde kena mengena lagi..

wachaaaa!!!! rasa mcam horrible sangat dis week. i mean my mood is sooo horrible. Saya rasa biarlah mood tak elok plus angin kus kus ni habis untuk minggu ni sahaja. Next week i dah nak bergembira. Mungkin cuti 3 hari weekend ni membantu untuk releasekan sume. Sampai adik ipar saya cakap 'tgk, penyakit ya sudah datang'.. pooodah~

Semalam pula sangat horrible sampai lepas balik kerja terus tertido. Bangun tido, mandi dan rasa nak tido lagi. Tgk tv rasa macam tv tu duk perli saya aje..Then, layankan jugak lah berita tv3 sementara tgu masa nak makan kan. Tangan pegang hp, tapi entah berapa kali hp tu jatuh je. aiseh. Lebih kurang 1/2 jam, hp saya berbunyi..waaaaa....saya bersorak...

yeaa, superman telefon..!!! yea...! -tak pasal-pasal kan? Sungguh menyampahkan keadaan. After that, terus ada selera nak makan. mengada-ngada betul. Semalam before tidur saya set tak nak pikir yang bukan-bukan. Saya tak nak berfikir perkara-perkara di luar jangkaan yang boleh merosakkan perasaan saya. Saya sudah dewasa dan harus berfikir secara waras lagi teratur juga. btw, saya fikir ada beberapa task yang saya perlu lakukan:

Pertama:
Bersikap matang samada dari segi pemikiran atau percakapan. Tiada lagi ketawa-ketawa yang tak bermakna. Pendek kata, ketawa yang menyampahkan org mendengar padahal ketawa itu sengaja dibuat-buat untuk menghilangkan perasaan takut, cuak atau gemuruh.

Kedua:
Bersikap lebih melindungi. Saya harus melindungi perasaan orang-orang yang saya sayang daripada terus terasa hati dengan sikap saya yang sambil lewa ini. Saya perlu mengambil kira apa yang mereka rasa, bukan hanya mementingkan diri saya semata-mata.

Ketiga:
Bersikap professional. Iaitu, tahu membezakan perasaan sendiri dengan nasihat yang orang minta. Jangan mencampur adukkan perasaan sendiri untuk kepentingan diri sendiri. I must be a good listener.

Keempat:
Bersikap lebih jujur. Jujur menyatakan perasaan sendiri. Nak tahu tak, saya banyak melawan arus perasaan saya sendiri. Hati saya cakap YA, tapi bila pikir-pikir balik jawab TIDAK lagi bagus. Pastu mulalah menyesal, pesal lah tak jawab YA je. Sampai one of my best buddy cakap, susah sangat ke nak mengaku???

Kelima:
Memastikan kesemua yang disebut di atas berjaya dilaksanakan. Yeayyy!

Dah nak masuk Bulan July, waduh, banyak benda yang saya kena settle. Banyak janji-janji yang terpaksa saya tunaikan bulan depan nih.. Kenapalah saya ni suka sangat berjanji yang bukan bukan. Haha. Memudaratkan diri betul.

Btw, the rough plan cmni:

dis weekend: i plan to karok/bowling ngan kazen. Sebagai acara penutup minggu bad mood. Get lense and makeup stuff..Ladies Day Out.

1-4hb July: Ebook distribution. Tak dapat specific date lagi.ok takpe. Then, 'i don't think you want me to accompany you-your plan!' Ntah lah..

13-15 July: going to Malacca.

16/17 July: My Special Homemade Dishes. Sedang berfikir lagi.

oh oh oh.... sudah pening... mao makan dahulu..Nti update lagi.

p/s: tajuk takde kena mengena kan???Tsk.

No comments:

Post a Comment