Tuesday, April 26, 2011

happening ke?

Assalamualaikum wbt.

WARGHHH! i have a great lunch treat today! sukeee sangat! Perutnya sangat kenyang dengan lauk kampung dan dikelilingi orang orang-orang tersayang. I love them (food of course!). Jelasnya, saya selalu tidak berehat di waktu rehat, sebab saya akan berehat senantiasa di waktu kerja.KAHKAHKAH! Apakah hilang kewarasan mengaku di sini? Semestinya saya bukan begitu. Waktu kerja, kita kerja, waktu rehat kita pun kerja, baru lah bagus. Seperti biasa saya jarang dapat makan enak-enak (maksud saya nasi berlauk macam-macam) di waktu tengah hari sebab konon nak diet dengan alasan kelak tak muat baju pengantin. Walhal, tak payah nak ukur baju pengantin, baju sekarang dah pun ketat-ketat. HAHAHA, sukanya berat badan dah naik. naik lah lagi, naik lah lagi.

Saya nak cerita. Pagi tadi, seekor pepatung telah melintas laju di depan saya. VROOOOM! boleh saya berkata, "nasib baik dok langgor hidung". Haha, dengan pepatung pun ambil kisah.Bercakap pasal hidung, En. Tunang selalu berkata bulu hidung saya terkeluar, tension. Sehinggalah pada satu hari saya dapat membela bulu hidung saya.

En Tunang: Bulu hidung syg asyik kuor je. tengok tu. dok malu ah.
Saya : Ye ke? (sambil pegang-pegang hidung) Mana ada. Nak tahu tak? Bulu hidung abang pun selalu kuor tapi tak nampak. Nak tahu sebab apa?
En Tunang: Nape?
Saya : Sebab hidung abang tiada cahaya keimanan. Gelap. Tu pasal, tak nampak bulu hidung tu. Hidung syg ada chya, tu pasal abang selalu nampak bulu hidung sayang terkeluar.KAHKAHKAH.
En Tunang: Tak dok point langsung...

KAHKAHKAH. padahal kalah!

Oleh sebab yang demikian, saya sedikit terpengaruh dengan beliau. Bila nak berjumpa dengan beliau, saya akan check awal-awal sama ada bulu hidung saya keluar atau tidak. hahahaha.
Aih, tak pasal-pasal. tadi bercerita pasal lunch hour yang happening (tak hapenning sangat kan, sbb anda tak tahu pun apa yang happening.HAHAHA) dan tetiba keluar cerita pasal bulu hidung. eiii... tak comel nye saya cerita pasal bulu hidung. Nanti sape-sape yang baca blog saya, jumpa dengan saya, mesti cek hidung saya. EIIIII...

Sebenarnya, itu bukan kisah sebenar saya, kawan saya punya. HAHAHA.

Sekian. Enjoy reading.

Monday, April 25, 2011

Day 2: PERMATA PINTAR and etc.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari ke-2 saya menjalankan Permata Pintar untuk Tahun 4. Saya sangat depress hari ini oleh sebab line internet sangat lah slow. Planning sayauntuk membuat dua session untuk test Permata Pintar gagal. Saya hanya berjaya membuat satu session sahaja. Dalam jadual saya, start jam 10.45 until 11.50. Tapi sebab internet slow, sampailah 1.15 tgh hari. Adoi.

Hari Rabu, insyaAllah saya akan ke kilang Top IT untuk urusan ebook budak. Sedang menikmati ABC dan keropok lekor tengah hari tadi bersama h2b, rakan sejawat sms bagitahu hari Khamis kena ke Tesdec Services untuk satu majlis. Sudahlah, hari Khamis saya ada hal penting hidup dan mati. tapi bila tengok balik, majlis start jam 2 - 5 petang.Maybe saya selesaikan pagi itu atau pun kalau tidak sempat, maybe hari lain. Apa yang dirancang gagal, disangkal pula oleh rancangan lain. Takpelah:(

Tadi seseorang bernama A buat kuih lompat tikam. Si B pun cakap-cakapla "nak beli kuali tembaga je baru sedap buat kuih ni". Sebagai manusia yang kurang sempurna, terus mengutuk dalam hati. Uh! Tak semestinya nak buat kuih sedap, kena beli kuali tembaga tu. Kuali biasa pun boleh. Kecuali memang tak pandai buat. Satu kes lagi,Si B pernah berkata,nak beli periuk jenis apa ntah baru sedap buat nasi lemak kukus. Cait.

Ni memang KES PANDAI CAKAP JE. hangin betul saya. padahal tak ada kena mengena pun dengan saya, cuma asyik dengar macam tu je, saya jadi boring dah nak dengar.hehe. Saya sedang serabut dengan cuti. Nak manage cuti betul-betul sebab nak simpan untuk masa depan:-)

sekian. dahnak balik. daaaa~

Sunday, April 24, 2011

settle-Day 1

Assalamualaikum.

Hari ni settle Permata Pintar untuk darjah 4- Day 1. Saya buat dua sessi untuk Day 1 ni. 12 orang sahaja. Mintak permission awal-awal untuk test dan tak perlu kacau diorang punya kelas Kafa. 2 days to go before settle hal ebook and cuti.

Go for it!

Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 19, 2011

pendek je.

1. Esok pergi baiki laptop. Dah o.k laptop ni, langsung tak mahu kasi orang pinjam. Biar kedekut asal tak rosak. PEDULI APA?

2. Dalam otak saya sekarang asyik ada quote "Peduli ape aku?". Ini terjadi bila saya sudah sampai satu tahap orang sekeliling asyik jaga tepi kain, then kita pulak asyik pikir apa orang cakap. So annoying, TAHU TAK?

3. Rasa nak pergi kerja jauh-jauh menempel kat tempat orang. Sudah bosan di tempat sendiri.

4. Tak tahu nak rasa apa, tapi merasakan apa yang ada disekeliling saya SANGAT ANNOYING.

5. Bekerja lah dengan ikhlas, barulah kerja kita diberkati. Amin.

Ada aku kisah?

Haip.

Duduk dalam satu kelompok manusia, memang banyak benar ragam manusia. Saya bukan mahu merungut. Tapi memang terpaksa merungut. Each people has their own norm job scope. Exactly. Meminta tolong bukan lah satu hal yang bermasalah tapi kalau dah jadi rutin, memang amat menyampahkan. Saya tension sangat sebab saya bukan jenis yang suka mengarah orang buat itu buat ini. FEDUP nyer tahu tak.

Kerja saya pun dah sedia banyak. Ada orang nak tolong saya? Takde sorang pun kan. Setiap hari saya datang sekolah, saya bertekad untuk jadi lebih baik dari semalam, nak buat kerja lebih elok, tak nak tangguh-tangguh kerja. Tapi orang di sekeliling saya langsung tak membantu saya. Setiap norm kerja saya lari dari asal.

Childish kan cakap hal macam ni? Ah! Peduli apa saya.

Sunday, April 17, 2011

jangan rindu-rindu, saya bukan pergi lama.

Assalamualaikum wbt.

Hai hai. Wass up gurls! Saya baru balik dari BTN @ Kem Damai Beach Resort, Besut. So bersemangatlah sikit kan. Boleh lah untuk dua tiga hari ini, nanti semangat pun hilang sedikit demi sedikit. kata orang lemau. Hari ni first day masuk kerja, terus-terus esok ada meeting kat PPD pulak. go go! Jom tgk gambar jom.

ini group TOK JANGGUT diketuai oleh Manzor (baju oren)

Selepas mendaki bukit.


.........


berjaya jugak akhirnya!
turun bukit rupanya ada anak tangga.
kelaaaaaaaas doh!


Rasa best sangat bersama-sama dengan kengkawan. Ada sesetengah pendapat mengatakan bila kursus BTN macam ni, isu yang ditimbulkan adalah POLITIK. Well, memang ada tapi sedikit saja. Ye lah, isu negara, of courselah politik. Keutuhan pentadbiran politik yang membawa impak kearah pengurusan negara. Tapi, yang saya nampak isu yang cuba dibentangkan dalam kursus BTN ialah patriotisme. Bahkan, saya yang tak tahu langsung pasal Perlembagaan Malaysia pun, dah celik sedikit. I give 80 total of 100 percent.

itu satu hal. Tadi saya diarahkan relief kelas PSV Darjah 2. Diberi kertas A4, suruh lukis-lukis. Boringnye. Nak tunggu 1 jam mak aih. Then, i've got an idea.

"Anak-anak sekalian, cikgu ajar buat origami nak tak "

"Origami tu apa cikgu?"

"Origami tu yang kita lipat-lipat kertas, boleh jadi macam macam, macam awak pernah buat kapal dan roket. Tapi kali ni cikgu nak ajar buat bunga"

"yeay..."


Saya ajar diorang buat bunga Kudusama. seperti a few last entry saya. Rujuk sini.

"Okey, masa cikgu dah tamat. Awak duduk diam-diam dalam kelas okey."

"Cikgu, nanti cikgu masuk lagi kita buat lagi ye."

"OKEY"

Balik pejabat, lapar dan terus pergi makan kat kantin. Okeylah, nanti free saya update lagi. Salam 1 Malaysia.

Title bikin konfrontasi je. Eh eh. Kontroversi lah.

Sunday, April 10, 2011

Hanya Sekali

Ha Ha jom jom dengar ini lagu. Ideal Sister: Hanya Sekali.

Saya tak pernah dengar lagu ni, macam best jer lagu ni.sweet jer. So dengarkanlah.Biar saya buang tebiat sikit dengar lagu-lagu macam ni.HAHAHA..

Then lagu Ahmad nyanyian Arrora Salwa, nak download tapi tak jumpa. pls pls sape yang tahu.



ok then. bubye. 5 minutes more untuk balik.kn siap2 dari awal. It's time management bebeh.:-)

wahai hati, sudah-sudah lah.

Assalamualaikum wbt.

Tadi saya open fb guna akaun superman. Komen kat adik punya wall. Rindunya nak tulis komen-komen mcm dulu. Olo, macam muda-muda dulu. Tapi saya masih boleh bertahan. I found my interest dalam cabang lain pulak.eheeee~

tak rugi pun tak berfacebook. kahkahkah.

no idea.

Assalamualaikum wbt.

Fuh, penat! Sekarang lunch time so boleh update blog sebentar. Strecthing urat-urat sebentar. Esok saya dah start berkursus.Awal-awal dah handover tugas.hihi. Dah settle part one. Part II nya pulak, i tak suka pegi kursus. Tapi tak tahu la sampai sana o.k ke tak. HAHAHA. childish kan. Bukan ape, saya dah pikir macam-macam especially toilet. Tetiba teringat pulak kat adik sepupu yang also hate kursus-kursus macam ni.Haha. We are same species.You, am i right?

Tetiba teringat induksi dulu. Setahun yang lepas. Suka sangat-sangat sbb rakan-rakan sangat best.Tip Top plus hati tengah berbunga-bunga.HAHAHA. memorable sangat-sangat. But for this time rasa berat nak tinggal rumah haha. ah malasnya esok..huhu.. crying crying crying..

Speechless. Sekian.

Thursday, April 7, 2011

jiwa bukan jiwang.

Assalamualaikum wbt.

u know what? rindu sangat pada PPI team. Dan of course, saya rindu panggilan pulau lagi. Tahun 2011 saya tak boleh pergi mana-mana sehingga lah bulan 9 nanti. Saya ingin ke Redang Island lagi, tapi for this year event, dah decide pulau lain. huhu. Takpe lah.



Next week, saya ada kursus BTN di Setiu. huahua. Meninggalkan lagi. But for work, i find it okeeeey la kan. Not so worried.Hehehe. Hari ni dah hari khamis. i found this thursday is sooo~ adorable. Boleh pakai ke adorable? Hari khamis yang sungguh nyaman. Love it soo much.

Ok lah, dah times up. gtg.
Tatataata...

nota kaki: Alhamdulillah..

Wednesday, April 6, 2011

oh kekanda, adinda naik pangkat lagi.

TITLE tak kena gaya langsung.hehehe


Assalamualaikum wbt.



En. tunang baru sahaja mms gambar bilik yang baru dihiasnya. Siap dengan cadar yang kami beli hari tu. Wah wah wah, pandai jugak dia menghias. Ironinya, hanya saya sahaja yang tahu sejauh mana beliau berkemas.Haha. Tak boleh cakap nanti dia marah.



[Sekadar gambar hiasan]


Petang ni dia ajak makan roti tempayan. Saya on je kalau tak ada kerja. Hek eleh, ada kerja pun sanggup cancel..Bukan semua la, kadang-kadang aje. Kalau involve dengan family matters, jarang cancel. Family comes first.hehe.


nota kaki: orang kata, selalu sms tandanya sayang. terikut-ikut gaya THR.fm

Bila cinta

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya lepak-lepak dengan bff saya aka h2b kat luar rumah lepas makan-makan. Lepak-lepak sambil makan buah mata kucing. Baru terperasan dah lama kitorang tak cakap-cakap since lately we've been very busy. Balik kerja, penat takde mood sangat nak bercerita. Kalau ada problem pun, discuss sekejap time kerja. Biasalah panggilan jarak jauh. Dua tiga hari ni, saya selalu teringatkan kisah kami sebelum-sebelum ini.

Kami satu sekolah, tapi saya tak pernah jumpa dia time sekolah. Mungkin dia tak berapa glamor kot time sekolah.Semalam kami duduk sembang-sembang. Habis semua isu ditimbulkan tapi most of them kelakar. i found him as a special friend, as a brother and my enemy also. hehehe.Dia seorang yang kuat menyakat dan mengata sampai saya rasa nak bunuh dia.

do you know how much i miss him right now? Uncountable. im not perfect but i always want to be perfect for him.


You & Me.

nota kaki: Cinta itu buta, saya harap kami tak buta. Biar sentiasa rasional. =)

Tuesday, April 5, 2011

bila lelaki malas kerja

Assalamualaikum wbt.

Hot Topic! Lelaki Malas Kerja. Eii dalam dunia ni ada ke lelaki malas kerja. eh eh cik Tipah, jangan tak tahu, ada je lelaki malas kerja. Nak makan hasil duit isteri atau mak ayah je. Cengkerik betul. Tak ada kerja satu hal, sikap malas pulak satu hal. Kalau budak sekolah lagi, memang harus pun tak cari kerja sebab komitmen belajar tak habis lagi. Tapi kalau dah tua bangka memang sengaja nak cari nahas. Kalau tak kahwin lagi, okey lah kan. Kalau dah kahwin dan beranak pinak, tu memang nak kena penampar free. Mahu jer kutuk dalam hati, tapi macam menambah dosa kering lah pulak.

Beri tahu saya cara terbaik nak menegur LELAKI SPESIES MALAS KERJA ni? Nak guna kekerasan ke atau cara berhemah? kalau demam sakit ke, ada je ubat. Kalau malas ni apa ubatnya? "kita bakar aje..haaaa, angkat tangan geleng-geleng macam ni" HAHAHA.

Monday, April 4, 2011

kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini..

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

HAHAHA.. ni cebisan dari lagu Senyum.

Assalamulaikum wbt.

fuh! fenatnya.adeh adeh. Bukan fenat ape, fenat menekan fedal minyak kereta. nak kejar masa punya pasal. i'm rushing u know. Inilah yang terjadi bila abah dah ke pelantar. Penat jugak melayan kerenah si kecil Iman dalam kereta tadi. Asyik melayan dia duk makan Pringles. Penat mengunyah untuk si kecil itu. Eii, anak buah ku yang sorang itu.

Tadi adik saya tegur, muka saya dah nampak bujur dan panjang. Maknanya kurus lah tu. Haha. Yeke kurus? ecececeh, malam nanti makan nanti terus jadik gemuk balik. Ambik kau. Beberapa hari lepas dalam seminggu tak sentuh makan malam. Jam 9 lebih~10 dah masuk bilik, tidur. Kalau dulu, TV ada kat dalam bilik, memang tak tidur la. Tapi sekarang oleh sebab dah bawak TV keluar, masuk bilik je terus tidur. Memang haram tak ada langsung masa nak berangan-angan.

Nak dijadikan cerita, semalam, saya terjaga jam 1 pagi. Buka-buka mata, mata saya terus mengalirkan air mata, hingga teresak-esak saya menangis tengah malam tu. Ini sindrom pelik yang berlaku ke atas diri saya sejak seminggu yang lepas. Hanya orang yang tertentu sahaja yang memahami apa yang berlaku. Cepat-cepat teka, siapa betul saya bagi hadiah special punya. Cepat-cepat buat kecoh.

Hari Rabu ni saya dah start mengajar student UPSR kat sekolah saya. Subjek Maths. WOW! i love Maths very much. Saya sedaya upaya nak mengisi masa lapang saya, baik di rumah, mahupun di sekolah. tapi tapi tapi, kat sekolah satu hal lah pulak..:'( Please don't cry, i don't like to see your ugly face..<--cermin berkata-kata pada diri saya pada suatu malam ketika saya menangis dengan teruk sekali.

Oraitlah. Kerja dah settle untuk hari ni, thats why i can easily update my entry yeeehaaa~ Looking forward for a great day! Miss you! tak semena-mena.

Sunday, April 3, 2011

Casablanca.

Assalamualaikum wbt.

Terdengar lagu Casablanca nyanyian Bertie Higgins kat THR fm. Layan jer..
Psst, sedang update blog ni, Guru Besar ada je kat blakang. sempoi je. HAHAHA.

Macam-macam nak story tapi tak tau nak story yang mana satu. in short updates, esok bermulalah rutin kesibukan saya.

wah wah, lagu feveret saya. SENYUM. bukak buku baca lirik.tatata.