Monday, April 25, 2011

Day 2: PERMATA PINTAR and etc.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari ke-2 saya menjalankan Permata Pintar untuk Tahun 4. Saya sangat depress hari ini oleh sebab line internet sangat lah slow. Planning sayauntuk membuat dua session untuk test Permata Pintar gagal. Saya hanya berjaya membuat satu session sahaja. Dalam jadual saya, start jam 10.45 until 11.50. Tapi sebab internet slow, sampailah 1.15 tgh hari. Adoi.

Hari Rabu, insyaAllah saya akan ke kilang Top IT untuk urusan ebook budak. Sedang menikmati ABC dan keropok lekor tengah hari tadi bersama h2b, rakan sejawat sms bagitahu hari Khamis kena ke Tesdec Services untuk satu majlis. Sudahlah, hari Khamis saya ada hal penting hidup dan mati. tapi bila tengok balik, majlis start jam 2 - 5 petang.Maybe saya selesaikan pagi itu atau pun kalau tidak sempat, maybe hari lain. Apa yang dirancang gagal, disangkal pula oleh rancangan lain. Takpelah:(

Tadi seseorang bernama A buat kuih lompat tikam. Si B pun cakap-cakapla "nak beli kuali tembaga je baru sedap buat kuih ni". Sebagai manusia yang kurang sempurna, terus mengutuk dalam hati. Uh! Tak semestinya nak buat kuih sedap, kena beli kuali tembaga tu. Kuali biasa pun boleh. Kecuali memang tak pandai buat. Satu kes lagi,Si B pernah berkata,nak beli periuk jenis apa ntah baru sedap buat nasi lemak kukus. Cait.

Ni memang KES PANDAI CAKAP JE. hangin betul saya. padahal tak ada kena mengena pun dengan saya, cuma asyik dengar macam tu je, saya jadi boring dah nak dengar.hehe. Saya sedang serabut dengan cuti. Nak manage cuti betul-betul sebab nak simpan untuk masa depan:-)

sekian. dahnak balik. daaaa~

1 comment:

  1. susahlah macam tu. Nak buat kek kena beli loyang apa pulak eh..

    adedede.... yang penting ramuan nak buat bukan apparatus semasa memasak.

    tapi janganla buat lempeng dalam periuk lak ea..

    hehe

    ReplyDelete