Sunday, April 17, 2011

jangan rindu-rindu, saya bukan pergi lama.

Assalamualaikum wbt.

Hai hai. Wass up gurls! Saya baru balik dari BTN @ Kem Damai Beach Resort, Besut. So bersemangatlah sikit kan. Boleh lah untuk dua tiga hari ini, nanti semangat pun hilang sedikit demi sedikit. kata orang lemau. Hari ni first day masuk kerja, terus-terus esok ada meeting kat PPD pulak. go go! Jom tgk gambar jom.

ini group TOK JANGGUT diketuai oleh Manzor (baju oren)

Selepas mendaki bukit.


.........


berjaya jugak akhirnya!
turun bukit rupanya ada anak tangga.
kelaaaaaaaas doh!


Rasa best sangat bersama-sama dengan kengkawan. Ada sesetengah pendapat mengatakan bila kursus BTN macam ni, isu yang ditimbulkan adalah POLITIK. Well, memang ada tapi sedikit saja. Ye lah, isu negara, of courselah politik. Keutuhan pentadbiran politik yang membawa impak kearah pengurusan negara. Tapi, yang saya nampak isu yang cuba dibentangkan dalam kursus BTN ialah patriotisme. Bahkan, saya yang tak tahu langsung pasal Perlembagaan Malaysia pun, dah celik sedikit. I give 80 total of 100 percent.

itu satu hal. Tadi saya diarahkan relief kelas PSV Darjah 2. Diberi kertas A4, suruh lukis-lukis. Boringnye. Nak tunggu 1 jam mak aih. Then, i've got an idea.

"Anak-anak sekalian, cikgu ajar buat origami nak tak "

"Origami tu apa cikgu?"

"Origami tu yang kita lipat-lipat kertas, boleh jadi macam macam, macam awak pernah buat kapal dan roket. Tapi kali ni cikgu nak ajar buat bunga"

"yeay..."


Saya ajar diorang buat bunga Kudusama. seperti a few last entry saya. Rujuk sini.

"Okey, masa cikgu dah tamat. Awak duduk diam-diam dalam kelas okey."

"Cikgu, nanti cikgu masuk lagi kita buat lagi ye."

"OKEY"

Balik pejabat, lapar dan terus pergi makan kat kantin. Okeylah, nanti free saya update lagi. Salam 1 Malaysia.

Title bikin konfrontasi je. Eh eh. Kontroversi lah.

No comments:

Post a Comment