Monday, February 28, 2011

tired is NOT me.


.

"Semoga Allah kuatkan hati saya menempuh semua cabaran dan dugaan.. Semoga Allah kekalkan kecintaan saya pada tugas saya dan lapangkan hati saya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Amin.

i'm very very very tired. 24/7 of thinking and thinking. :'(
it is supposed not to be. Be tough gurl!

Sunday, February 27, 2011

Macam-macam cerita

Salam wbt.

Cerita Satu:
Pernah mengalami sindrom mata yang berkedip-kedip? Sudah dua-tiga hari saya mengalami kelopak mata sebelah kanan terkedip-kedip.

Orang tua dulu-dulu cakap kalau mata kiri berkedip-kedip dengan pelik dan berterusan dalam jangka masa yang lama maknanya ada benda buruk akan berlaku. Kalau mata kanan pulak maknanye akan jumpa seseorang yang jauh. Ada juga mengatakan sebaliknya. Kiranya, kalau sebelah kanan, bad things will happen and vice versa. I do not want bad things to happen to my loved ones. Please please dear God.

"Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu sememangnya datang dari kealpaan saya sendiri..

Cerita Dua:
Malam malam semalam, kiranya dua malam yang lepas, ma saya bagitahu rumah jiran sebelah kena pecah masuk. Tak sure apa yang hilang tapi nak highlight di sini, terdapat sebilah parang panjang, sebilah keris dan sehelai jaket yang ditinggalkan. *nak mencuri tapi tinggal bahan bukti* Pencurik-pencurik tu siap masak maggi dan makan dalam master bedroom.. amboi-amboi engkau.

Dengar-dengar cerita hari ni (seorang jiran dan guru sekolah saya juga) memberitahu rumah beliau pun hampir-hampir dimasuki pencurik. Dah siap masuk dalam pagar rumah, hampir-hampir nak masuk, nasib baik grill kunci dan dia sedar lantas terus on lampu luar rumah.Dahlah, suami dia takde kat rumah. Cerita yang sama jugak, jiran depan rumah beliau jugak terkena. Lebih kurang jam 3.30 pgi, nasib baik dia tak tido lagi. Sempat jugak dia keluar rumah sambil bawak hammer dan terserempak dgn pencurik berkenaan. *Maybe pencurik, buat pe nak jalan-jalan jam 3.30 pagi*

Mungkin diorang (pencurik-pencurik) ni berpuak-puak. Siap buat agihan lagi tiap-tiap malam. adoyai. Malam ma saya story tu, saya tak boleh melelapkan mata. Takoot.

Cerita Tiga:
Selepas having our dinner, saya tumpangla toilet dalam bilik adik en.tunang. Pintu tingkap dalam bilik beliau bergegar-gegar.

Saya: Adik, nape tingkap tu bergegar?
Adik: Tingkap dia tak tutup rapat kak, ada ruang kosong.
Saya: La, takkan bergegar kot kalau tak rapat. *i found it mmg tak logik langsung*
Adik: La, bumi kan berputar kak.
Saya:?????

Adeh. Punya la lembap otak saya berfikir malam tu, balik rumah baru berfikir which is ia MEMANG LANGSUNG TAK LOGIK. hahaha..
Agaknya otak saya pakai celeron lagi agaknya. kuang-kuang.

Cerita Empat:
Abah dah tamat cuti. Lunch time ni kena hantar pergi airport. Check in kul 1. Ambik adik sekolah jam 2.40.. Esok bermula rutin saya menghantar adik-adik pergi sekolah seawal pagi. aiyok.

Cerita Lima:
I found myself sangat-sangat gila merindui en.Tunang. Tgk cerekarama malam tadi pun boleh menangis sedu sedan dalam bilik walaupun cerita tersebut tiada langsung kaitan dengan saya. sobsob. Gila kan saya?

............................................................................................................................................

Orait, need to continue my task. Lepas ni ada appointment ngan student dan nak breakfast pulak. Gila lambat makan pagi, nasib baik dah amik cereal.Ades. Tak tetap sungguh makan. Kalah artis.

Wassalam.

Thursday, February 24, 2011

hungry seh

Assalamualaikum wbt.
I'll have dinner tonite with my future MIL and superman.yeay. Makan lagi.
Sekarang sangat-sangat lapar. And now makan roti.
Cukuplah sekadar mengisi perut ku yang cantik ni.

Daaa~




Wednesday, February 23, 2011

totally out of order.


salam wbt.

i am totally out of order...!!!

Tadi balik sekejap time lunch, main-main dgn iman. Iman adalah anak buah saya.

Selit-selit sedikit:
Dalam facebook, dulu, saya selalu jer upload gambar saya dengan Iman. Pernah orang tanya adik saya, saya ni janda ke? sbb asyik bergambar dengan Iman jer.
HAHAHAHA. Kahwin pun belum, dikatakan mak jan! hahaha.
Kelakar betul.

Bukan story di atas membuatkan saya sakit kepala. Tapi perkara lain. Banyak betul dalam fikiran. Saya dah buat check list pun tapi banyak lagi yang bersarang dlm kepala. adoyai!!!!!

arghhh!!! Rasa nak terjun bangunan ECM jer....

Rilex yaya. one bye one. Semua boleh settle kan? SENYUM:-)


Tuesday, February 22, 2011

:miss.you:

............................


"...sitting here thinking about how much I MISS YOU...
xoxo,
yours.

anang - hujan pun menangis ( ORIGINAL MUSIC VIDEO )



"hujan pun menangis,
...... apatah lagi saya-)"

p/s: i'm not crying.

Monday, February 21, 2011

Tak faham langsung

salam.


Alkisahnya di sini, i don't understand to some people. And the point also, i don't understand my self too. :-) sometimes, i am getting mad, but it not really actually. haha. sound like crazy. not me. it was just my feeling. crazy. haha.

Betul la bila pepatah orang putih mengatakan don't judge book by its cover. Tapi bila dikaji selidik balik, kadang-kadang ppl always do like that. I do.
Faham tak apa yang saya try to explain??

haha. To make it short;

macam bunga tahi ayam la, nampak cantik, warna dah nampak dari jauh.
Bila ditilik2 dari dekat. Hampeh. Busuk. Takde bau pun.

Get the point?

omg! i don't understand with myself.Confusing.

Well done Aimi!
Well done to get confusing with your self.
HAHAHA.

p/s: Entry paling saya tak faham.

Sunday, February 20, 2011

Ops, hari ni dah Ahad.

Salam to All Readers.

cute tak? :-)

Alhamdulillah, sekarang dah masuk pengakhiran bulan Februari.wawawa.Cepatnya masa berjalan. Hari ni saya dah siap-siap apply cuti. Nak amik straight 5 hari gb tak kasi, amik je lah 2 hari.Huhuhu:'( But it's okay, just fine with two days, i guess.Campur-campur dengan Fri n Sat dah jadi 4 days. Ok kan? Takkan nak amik lebih-lebih nanti mood cuti pulak ngada-ngada mengalahkan mood nak buat keje.

Semalam, saya dah mula menjahit manik pada baju. Sengaja mencari kerja nak buat memandangkan semua kerja rumah dah beres, plus En.Tunang bekerja. Btw, saya kena la buat something untuk mengelakkan kebosananan melanda. Taknak la menganggu beliau sedang bekerja:-) Sampaikan satu tahap terlalu khusyuk menjahit, saya terperanjat dek kerana bunyi ringtone hp menandakan En.Tunang telefon. Terperanjat eden. Tapi dalam hati ada bunga.

olo olo olo...


"You are my biggest weakness still you are my strongest strength. I always wanted to tell you this,......I love you,superman. You're really really my great superman.

Wednesday, February 16, 2011

need

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.

Lama sangat rasanya tak update blog. Sudah seminggu. Badan yang tidak sihat, demam+selsema+batuk. Musim diserang demam kot. Minggu ni saya agak busy dengan urusan pengagihan E-book di Dun Kemasik. Alhamdulillah, hari Isnin lepas dah selesai. Syukur semalam (Selasa) cuti sempena Maulidur Rasul, dapatlah berehat di rumah. Entah kenapa antibodi badan saya yang semakin lemah. Ubat demam yang disuruh ambil 1 biji, saya double kan. Tengah-tengah lipat baju, boleh terlelap atas kain-kain tu semua. MasyaAllah.

Semalam dinner ngan en.superman di kedai favourite kami. Mula-mula makanan sampai, MasyaAllah, banyak nya nasi.

Me: abg, amik sikit nasi ni. xhabis ni.
en.superman: syg makanla dulu, nanti abg amik.

Beberapa minit kemudian...

tgk-tgk dalam pinggan saya:

Me: emm, macam boleh habis je nasi ni.
en.superman:. tu pasal abg tak amik lagi.


Last-last, nasi saya jugak yang habis licin, dia punya masih bersisa.hehe.
Alhamdulillah, Allah kurniakan orang yang saya perlukan instead of orang yang saya mahu.

Thank You Allah.

Thursday, February 10, 2011

Taylor Swift- You Belong With Me (With Lyrics) + HQ

stressfull!

When we getting bored....

.......what we choose to do?

Entahlah...seseorang bilang, saya kena ada hobi untuk mengelakkan rasa bosan. Adakah seperti membaca novel, menonton television, menjahit? Saya lebih suka memilih outdoor activities seperti berenang, menunggang kuda, memanjat pokok serta memburu serangga.HAHAHA


Hari ini seharian saya berfikir. Lately saya selalu muhasabah diri tatkala saya duduk sorang-sorang, nak nak tengah driving. Aih, tgh drive pun boleh muhasabah diri. Sangat tak patut. Dari tadi saya berada di lab, saya asyik berfikir tentang diri sendiri. Rasa nak tergelak bila pikir balik tentang apa yang pernah saya buat, apa yang pernah saya cakap. kelakar. Saya gemar berfikir tentang diri saya tetapi akhirnya saya seolah-olah orang yang kehilangan akal sebab pemikiran saya terlalu kompleks. Kadang-kadang saya terlalu berfikir apa yang akan jadi and expect more can happen if i do this and that. Nak nak pulak semuanya yang negatif.HAHAHA.

Sumpah saya rindu zaman belajar di uni dulu. Time tu saya hanya ada satu komitmen. BELAJAR. pandai tak pandai belakang cerita. Sangat berbeza dengan dunia saya sekarang. Dulu, saya bukan macam sekarang.

eemm.. tu lah, bila dah bosan mulalah saya mengutuk diri sendiri.

sayonara, time to pick up my sisters from school.

Tuesday, February 8, 2011

Never Too Old to Party~

HAPPY BIRTHDAY
A YOUNG MAN..!!

Hari ni birthday superman saya yang ke-28.
Happy Birthday!

Surprise is waiting for you my dear!~
lalalalala.


Monday, February 7, 2011

sikap

Sudah sampai satu tahap yang saya benar-benar bosan dengan sikap saya. HAHAHA. Kebiasaannya orang akan bosan dengan sikap orang lain, tapi sebaliknya terjadi pada diri saya. Sejak kebelakangan ini i always crying when missing someone-just one-, selalu terasa hati bila en.tunang bergurau pasal mahu pasang empat, even; sudah naik marah kalau en.tunang marah makan sotong, ketam, udang mahupun kacang.HAHAHA. i found it sooo childish. Sudah sedar tapi masih mahu tergedik-gedik mengada.

Kalau diimbaskan zaman dulu-dulu sebelum bercinta, saya seorang yang tegas, keras kepala, kuat semangat. Pendek kata, sikap-sikap kotoran degil semua ada pada diri saya. Saya bukan seorang yang mudah putus asa. Tapi sebaliknya bila dah terlebih kasih sayang, saya tiba-tiba bertukar identiti menjadi lebih sensitif. Saya juga mudah fikir negatif dan sudah pandai cemburu. Hahaha, sesuatu yang tak pernah saya lakukan.

Sekarang, i found it useless. Tiada faedah langsung. So, lets back to normal. Kenalah jadi serupa wanita matang, kelak akan berumah tangga kan kan kan. Sejak saya bergiat dalam dunia glamor facebook, i found my self lagi tak matang. Saya tahu, facebook bukan hanya untuk bersosial, sekarang nak chat pasal kerja pun guna facebook. Tapi setelah incident beberapa hari yang lepas, saya rasa satu kesedaran muncul dalam diri saya. Saya ambil keputusan bahawasanya saya nak deactivate akaun facebook saya. Saya tak tahu untuk selama-lamanya atau untuk satu satu tempoh. Tapi saya nekad tinggalkan dunia glamor saya ewah ewah bajet artis la woot woot. haha.

En.Tunang pernah tahu yang saya pernah kutuk beliau dalam blog saya sebelum kami rapat.hehe. Dia cakap kalau dari awal-awal lagi dia tahu, sudah lama saya pun turut dikutuk juga oleh beliau. Tak pasal-pasal guna BELIAU macam YB.who cares? Dia pernah kata, kenapa nak tulis dan cerita semua-semua dalam blog. Kalau tak puas hati dengan somebody, belum tentu lagi orang tu baca blog kita. Entahlah. Rasa lega bila menulis. Kadang-kadang paper can be a best listener rather than manusia yang hanya bermuka-muka. I dont say semua orang macam tu, tapi rata-ratanya macam tu.

Kini, saya hanya tumpukan dalam bidang blogging. Kalau rajin, saya update blog saya, kalau malas saya biarkan saja. Tak ada paksaan bukan. Taklah macam facebook, saya macam dipaksa-paksa untuk tengok aiseh padahal iman sindri yang tak kuat termakan hasutan satan!hahaha. Amboi amboi kau dah pandai nak kutuk fb eh.

Oraitla, i shud go. babai.:-)

Sunday, February 6, 2011

25 things about me

25 things about me?

1- xmakan ayam kampung sbb ayam kampung slalu berkeliaran makan ntah ape-ape, xmakan daging kambing, sbb kambing. xmakan daging kerbau sbb ia adalah kerbau.

2- Suka budak-budak tapi suka jugak cari pasal dengan budak-budak.

3-Dulu kalau rindu seseorang, saya hanya buat tak tahu. Tapi sekarang akan menangis bila rindu.

4- Selalu buat dunno kalau ada org tegur pape pasal diri saya but then akan pikir balik, betul ke???

5- Mempunyai 2 prinsip. Yang pertama: takkan naik motor dengan sesape yang bukan mahram kecuali dalam keadaan yang sangat-sangat terpaksa. Kedua, siapa 1 st kuar dating dgn saya (berdua), saya akan pastikan dia jadi suami saya. haha.

6- Pernah bercita-cita nak bercinta dengan Farid Kamil.

7- Pernah diserang kera liar masa kat hostel, dan tertinggal roomate kat luar bilik.Kahkah.

8- Buat flying fox tanpa lock. Dah siap terbang baru tahu.

9- Saya hanya pernah bercinta 1x. Skandal banyak.haha tipu jer.

10- Pernah satu hari tak mandi tapi boleh pulak pegi melawat tempat2 menarik.

11- Suka snorkeling tapi tak tahu swimming.

12- Suka memasak. Cooking is my hobby rite now.

13- Anak sulung tapi manja.

14- Suka duduk rumah, kalau keluar pun dengan orang tertentu sahaja.

15- Tak suka mekap. Tak suka lipstik.

16- Suka bawak kereta laju-laju.

17- Suka dengar lagu sampai bosan.

18- Fobia tidur dalam gelap sorang-sorang.

19- Suka dengar lagu awal 90-an sejak menyukai seseorang 4 years ago.

20- Sangat glamor.hahahaha.

21-Jarang carik pasal, kalau start carik pasal, siapla anda.

22- Sedang mendengar lagu Shahir.

23- Rasanya seorang yang pendiam. Tapi kalau dah bercakap dgn seseorang yang rasa selesa, i can't stop.

24- i love my family very much.

25- Hanya mencintai seorang lelaki asing dalam hidup. Dialah superman saya.

fuh letih!