Sunday, February 27, 2011

Macam-macam cerita

Salam wbt.

Cerita Satu:
Pernah mengalami sindrom mata yang berkedip-kedip? Sudah dua-tiga hari saya mengalami kelopak mata sebelah kanan terkedip-kedip.

Orang tua dulu-dulu cakap kalau mata kiri berkedip-kedip dengan pelik dan berterusan dalam jangka masa yang lama maknanya ada benda buruk akan berlaku. Kalau mata kanan pulak maknanye akan jumpa seseorang yang jauh. Ada juga mengatakan sebaliknya. Kiranya, kalau sebelah kanan, bad things will happen and vice versa. I do not want bad things to happen to my loved ones. Please please dear God.

"Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu sememangnya datang dari kealpaan saya sendiri..

Cerita Dua:
Malam malam semalam, kiranya dua malam yang lepas, ma saya bagitahu rumah jiran sebelah kena pecah masuk. Tak sure apa yang hilang tapi nak highlight di sini, terdapat sebilah parang panjang, sebilah keris dan sehelai jaket yang ditinggalkan. *nak mencuri tapi tinggal bahan bukti* Pencurik-pencurik tu siap masak maggi dan makan dalam master bedroom.. amboi-amboi engkau.

Dengar-dengar cerita hari ni (seorang jiran dan guru sekolah saya juga) memberitahu rumah beliau pun hampir-hampir dimasuki pencurik. Dah siap masuk dalam pagar rumah, hampir-hampir nak masuk, nasib baik grill kunci dan dia sedar lantas terus on lampu luar rumah.Dahlah, suami dia takde kat rumah. Cerita yang sama jugak, jiran depan rumah beliau jugak terkena. Lebih kurang jam 3.30 pgi, nasib baik dia tak tido lagi. Sempat jugak dia keluar rumah sambil bawak hammer dan terserempak dgn pencurik berkenaan. *Maybe pencurik, buat pe nak jalan-jalan jam 3.30 pagi*

Mungkin diorang (pencurik-pencurik) ni berpuak-puak. Siap buat agihan lagi tiap-tiap malam. adoyai. Malam ma saya story tu, saya tak boleh melelapkan mata. Takoot.

Cerita Tiga:
Selepas having our dinner, saya tumpangla toilet dalam bilik adik en.tunang. Pintu tingkap dalam bilik beliau bergegar-gegar.

Saya: Adik, nape tingkap tu bergegar?
Adik: Tingkap dia tak tutup rapat kak, ada ruang kosong.
Saya: La, takkan bergegar kot kalau tak rapat. *i found it mmg tak logik langsung*
Adik: La, bumi kan berputar kak.
Saya:?????

Adeh. Punya la lembap otak saya berfikir malam tu, balik rumah baru berfikir which is ia MEMANG LANGSUNG TAK LOGIK. hahaha..
Agaknya otak saya pakai celeron lagi agaknya. kuang-kuang.

Cerita Empat:
Abah dah tamat cuti. Lunch time ni kena hantar pergi airport. Check in kul 1. Ambik adik sekolah jam 2.40.. Esok bermula rutin saya menghantar adik-adik pergi sekolah seawal pagi. aiyok.

Cerita Lima:
I found myself sangat-sangat gila merindui en.Tunang. Tgk cerekarama malam tadi pun boleh menangis sedu sedan dalam bilik walaupun cerita tersebut tiada langsung kaitan dengan saya. sobsob. Gila kan saya?

............................................................................................................................................

Orait, need to continue my task. Lepas ni ada appointment ngan student dan nak breakfast pulak. Gila lambat makan pagi, nasib baik dah amik cereal.Ades. Tak tetap sungguh makan. Kalah artis.

Wassalam.

1 comment:

  1. mak oiiiii....bahaya betul pencuri-pencuri zaman sekarang. amek barang tak kira apa dah. megi pun sapu...

    dasatttttt~

    ReplyDelete