Tuesday, November 30, 2010

kreatif

salam wbt.

Okey,meh meh tgk hasil karya adik2 saya masa cuti sekolah. Kreatif bukan?

Adik #1: Aimi Nadhirah




Adik #2: Aimi Atiqah



Diorang nih sanggup membeli sketch book yang tebal tu dan buat benda alah ni. Saya pun ada satu sketch bbok tapi tak de masanya nak buat benda alah ni.. Saya buat benda lain.. lagi sweet dan cute kot..hahaha. fyi, adik2 saya suka buat donut from playdoh n lagi kreatif, mereka lekatkan magnet kat belakang n letak kat fridge. comel sangat. Ala, lupe pulak nak amik gambo. nanti la saya update.

k, nanti update lagi. sangat sleepy, tu pasal buat keje nih:-P

a mug of hot cocoa and toasted bread

Salam wbt.

Hari ni breakfast dengan simple je. Takde lagi nasi lemak, nasi minyak dan pelbagai. I just take:

~a mug of hot cocoa~


~and roti~


Ini sudah super nyummy. Perut as always lah lapar sebab kebiasaannya makan benda berat pagi pagi kan. SO i think lunch time nanti la i akan amik nasi. Yang penting jangan skip makan. Harap-harap berat badan ideal akan tercapai before this coming 2011.yeay!48 please...just like before~ :)

Monday, November 29, 2010

weekend updates

salam.

Weekend?
Lets we start before weekend started. Petang Khamis tu saya dah macam orang separuh gila dah.Nak settle hal pinjaman. Kesuntukan waktu nak p bank, tak sempat pegi Kemaman tapi settle jugaklah hal tu:) like like like.. Lega sangat. Dengan perut lapar, rasa macam nak makan sotong celup tepung. Singgah kat gerai, rupanya tak de kat situ. Tapi takpe lah, pekena sepinggan mee, dan kenyang.Alhamdulillah.

with iman~tgk beach~

Jumaat Pulak:
Pagi Jumaat tu, ada date dgn my ex office mate~Kak Fiza at MM. Kuar rumah jam 11.30 pagi till lah pukul 3 ptg. Breakfast @PH kenyang2 pastu g jln2.... sangat feel in love dgn mohd (anak Kak Fiza).. sgt comel..



time tido. comel.

Time beratur kat kaunter, ada incident di mana seorang budak terlena dalam troli. kahkahkah. Saya terus snap picture bila mak dia lari sekejap mencari ayahnya.hehe. Comel sangat2 budak ni. Sekejap terlentok ke kanan, sekejap ke kiri. Macam mana la boleh tertidur time shopping.



Jumaat mlm:

Setelah dikuarantin, we have a date jugak akhirnya.kahkahkah. date lah sangat. Bukanlah, just pegi cari barang then ingat nak dinner kat our special place. Tapi jumpa ngan Cikdin, so join la CikDin's family mkn:)

sahabat baik sy yang comel.
haha. kat telinga tu bukan subang okey.
camera illusion je tu..:p

Hari Sabtu pulak;

Ada majlis kat sekolah. Majlis perjumpaan bekas pelajar, bekas guru SK Pengkalan Ranggon. Sampai jam 1 tghri. Balik rumah, penat sangat then tertido kejap. Petang tu ada janji dengan Kak cik pulak kat rumah superman's house..

as overall, have fun walaupun sangat-sangat penat. Hari ni (Isnin), abah dah ke offshore, feel so sad...Tapi life must go on, saya tetap meneruskan tugas saya sebagai anak.chaiyok!
can't wait LUSA!!!!

see you WEDNESDAY!




Wednesday, November 24, 2010

4:48:01

salam.

yeay hari ni dah hari rabu. Sok khamis. Lusa jumaat. Yeay!!!!!
Nanti next week kalau saya rajin saya akan update rancangan saya okey.

superman bru je kol. His mom dah tnya bile nak dtg rumah coz nak jahit sulam dgn kak cik.
Saya bukan ape, segan. Teramatlah pemalu, takut dengan kata-kata org.. But i'll try lah. Nanti kak cik balik klate, tak sempat pulak.

Esok ade kelas tambahan lagi. Kesian tengok budak2 yang tak tahu asas maths lagi. Next year dah UPSR. Bantu budak2 kelas belakang pun takpe, at least kalau diorang lulus dapat naikkan peratus lulus sekolah.

weee~ Saya seronok menjadi seorang yang dewasa. shud be my next entry title. =)

Tuesday, November 23, 2010

Zaman Blaja

Salam.

Hujung minggu lepas, kemas-kemas bilik. Rindu sangat tgk nota-nota time blaja dulu. Belek setiap notes, ada je tulisan ntah apa-apa, lukisan kartun dan mcm-mcm lagi. rindunya zaman blaja. Zaman belajar jugalah mula kenal naik bas. Dan saya mula buat auta balik hujung minggu 2 minggu sekali. Melaka-Terengganu. fuh! Kalau ingat sekarang jangan harap la, mmg malas lah nak naik bas.

Simpan punya simpan, terjumpa lah planner zaman blaja dulu. Sistematik jugak kan saya nih. Tapi zaman kerja kurang la pulak diaplikasikannya. Seronok pulak bila tengok kaler-kaler nih. Kalau sekarang takdenya nak buat kaler-kaler macam nih. guna aje pen biru atau hitam. Planner macam ni bagus sebenarnya, kita nampak apa yang kita buat. Kita dapat recap balik.
September 2007


August 2007

Bestnyer bergelar student. Tengok movie malam-malam, makan megi beramai-ramai dan basuh tandas secara giliran. Time study week berlumba-lumba nak habiskan silibus. Rindu betul.
Rindu rakan-rakan BITD dan housemates.

Monday, November 22, 2010

kalau tak bercinta tak jadi macam ni.

KALAU lah kita manusia yang hidup ni takde perasaan cinta dan sayang, mungkin kita akan jadi kejam kan? sbb hati kita kering. Langsung tak sayang orang, mesti akan wujud sikap tak berperikemanusiaan kan? Tapi NO LOVE kat sini,apa yang saya maksud ialah kalau saya tak jatuh cinta dengan sesiapa. kan best? best ke? Sebab ada cinta lah saya rasa rindu. saya bukan tak suka perasaan ni, tapi ia amat menjengkelkan saya. shoh shoh..

sebab ada cinta jugalah, kita akan wujud rasa sakit hati. sakit hati bila rindu. Sakitnyer. Terpaksa buat-buat bodoh je dan buat macam sotong kering yang berhati kering. KERING! Terpaksa fokus kepada benda-benda lain. Paling menyampah kalo time-time duk sorang dan takde benda nak buat. Kan bagus kalau saya tak bercinta, mesti saya takde rindu-rindu dan mesti tak sakit-sakit hati.

Buntu bila macam nih. Macam nilah kalau sorang kat sini, sorang kat sana. Pastu kena kuarantin pulak kan.hahaha. Tapi untuk kebaikan jugak. Empty nyer rasa. Serius, tak pernah rindu orang macam nih. mcm disiat-siat je.

huh! ubat untuk rindu nih, kawin ajeee...hahaha.
ini bukan keputusan muktamad....!

sukanya atuk bila dapat cucu

haa, ni kisah seorang atuk mendapat cucu sulong. Sape tak excited kan? Betul lah bila org ckap, bila atuk ni dapat cucu, ibaratnya tertukar lah dengan anak sendiri. Kadang-kadang anak yang kena marah bila cucu nya nangis.

Alkisahnya, mcm anak sedare saya. As usual, sy nih memang nakal dan suka mengusik budak2 sampai nangis. saya pun suka jerkah budak2 sampai teriak...argh...hahaha.kejam bukan? bukanlah. Bila anak sedare saya nanges, sy suka hati sbb tgk mimik muka dia seteruk itu dan mulalah ma n abah saya marahkan saya. Kadang-kadang saya sengaja suruh abah saya marahkan anak sedare saya semata-mata nak tengok dia nangis. kejam bukan? taklah.



i love him.

nanti saya jadi nenek, mesti mcm tu jugak kot:p

Monday, November 15, 2010

potpet

salam.

Cerita tentang semalam, kisah migrain dan tidur yang berpanjangan. Balik dari kerja terus mandi dan makan. Rasa pening nak tidur tapi tahan tgu lepas maghrib. Sejurus je selepas maghrib dalm jam 8 lebih, saya terus masuk bilik. on tv dan terus terlelap. super duper best tidur. Sebelum tidur sempat msj superman suruh kejut jam 9 lebih. Tidur punya tidur kan, dengar lah bunyi hp berdering 'kau gadis ku yang cantik...bla bla bla...'. Ape lagi terjaga n angkat phone dlm mamai2 gitu. Lepas je angkat phone, terus sambung tidur balik..HAHAHAHA. Bangun tak bangun jam 11. Waduh...syoknye tidur. Tapi lepas tu boleh pulak tidur balik. hahaha. biasanya org dah tak boleh tidur dah, tapi saya boleh pulak..

Then pagi ni bangun dengan semangatnye... i like. can't wait hari jumaat, shud have a super duper weekend with superman... Ma dah tak kasi kuar banyak kali sangat..hehe..orait, oleh sebab saya anak yang taat, i follow the order... tenkiu ma, seminggu sekali pun dah cukup baik..hehehe...

nak balik sat...nanti sambung lagi..tatata.

Sunday, November 14, 2010

diet konon

Hoh! bercerita pasal diet. Ingat tak yang saya pernah tulis entry pasal kononnya saya nak diet. hoh. HARAM TAK JADI langsung. u know what? Sebelum bermulanya minggu diet saya, saya telah berfikir berkali-kali nak taknak untuk diet. Saya mintak pendapat ma n my ♥ saya.

ma cakap 'Oloh, buat mende nok dietnya, bukannya gemuk mcm si polan pun. tu baru gemuk. Nanti sakit susoh pulok'

my ♥ plak cakap 'syg mne la gemuk. dah ok dah tu tgk. mkn 3x shri je, jgnla diet smpai lapar sgt.'

Dan hari ni, langsung saya tak diet. Selera mkn saya sekarang bertambah. nak mkn aje. Kalau saya diet keras, cuba imagine apa akan jadi... Mungkin saya akan pengsan. Jadi kesimpulannya, saya just kawal pemakanan saya. Cukuplah saya ambik nasi sedikit, tu pun dah kenyang.

i am missing someone.

missing you..

i am missing you damn much!!!!
but its okay, the right times will come.

i ♥ u superman.
i ♥ u superman.
i ♥ u superman.

Tuesday, November 9, 2010

:jamuan:

Halluu....

i'm now kat office, baru lepas makan-makan jamuan akhir guru-guru. Kenyang. Saya sedaya upaya mengurangkan kuantiti makan memandangkan badan saya makin membulat..Dahla amik mknn sikit tapi still rasa mengantuk. Huarggh..

Guru-Guru SK Pengkalan Ranggon
+ EIO Sekolah (it's me la)

tamat. sekian dari puteri-mata-kucing!

p/s: nantok banget!

bercakap tentang diet.

hallu..Assalamualaikum..

Sekarang feel relax sikit. Hanya tinggal 5 biji ebook untuk di service. Sementara tunggu siap, saya sempatlah mengadap blog terchenta dulu. Hari ni ada jamuan kelab guru kat Rumbia. yokk sesame pegi menambahkan lemak di badan.. Bercakap tentang LEMAK, saya sangat kecewa. Of course la berkait rapat dengan GEMUK dan BERAT BADAN meningkat. Semalam saya timbang dah naik 500 gram. OMG! 500 gram adalah sangat BERMAKNA. Seriously, saya takut berat badan saya mencecah 55 kg sama macam zaman saya bergelar student dulu.Macam sekarang pun, tidak mustahil berat badan saya akan mencecah angka 50.huwaaaaaaaa..

InsyaAllah, next week saya akan start berdiet ketat. Setiap hari Isnin n Khamis, saya akan berpuasa. Boleh la mengganti puasa skali.hikhik.. Saya harap saya akan dikuatkan semangat untuk kembali kurus 47 kg..! Kalau berat saya turun dalam seminggu tu, saya stoplah berdiet.hahaha. Lets see my diet menu for next week.

Breakfast: telur masak separuh / roti 2 kpg / cornflakes
lunch : nasi putih 1/2 senduk /sayur / ikan
mlm : buah/ biskut 5 keping / kekacang/ air milo

aih, betul ke menu diet saya nih? Berjaya kah? saya tahu pasti tidak berjaya. Tapi saya akan cuba mengurangkan makan. Kalau keluar dating, of course lah kn mkn kan.huhu. Takpe2 i'll. boleh punye diet. Minggu ni kita makan banyak-banyak, k!

Minggu ni superman on duty slma 2 mlm.so dia ada dua je hari untuk cuti. SO minggu ni kita berweekend bersama-sama.kehkehkeh. susah nak jumpa hari yang sama sama cuti nih. But Jumaat je saya free. Nak ke mane melainkan keluar mkn. MAKAN lagi!!!!!
What ever it is, gunakan lah masa yang ada, ayuh kita berdiet!

p/s: harap- harap saya sukses berdiet. chaiyok!

Getar Hati

Getar Hati

Saat pertama aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa ragaku kau mempersonaku
Tanpamu ku lemah
Kau berikan kucahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh Padamu

Dengar Hatiku
Kanku Bisikan Cintaku (Cintaku)
Lihat Jiwaku
Kan Kau Dapatkan Setia....ku
Ingat Diriku Kau Kan Rasakan Rinduku
Untuk Dirimu KanKu Berikan Hidupku..woooo

Monday, November 8, 2010

dugaan


Budak budak memang tak boleh bagi muka sangat.
Nanti mereka pijak kepala.
*ni yang saya rasa sekarang*
damn!
Laptop diserang virus sampai tak leh on.
Kena format balik. Nak repair tak dapat.
Geram..
Memang takde mood nak service e-book budak2 yang melambak tu.
maybe terpaksa bawak balik ke rumah.
Tapi for sure tak jadi kerja kat rumah.
Dahla saya tgh pening cd driver ade ke idok kat rumah.
Arghhhhhhhhhhhh!!!!!

Sunday, November 7, 2010

boleh ke diet?

Aiseh...
weekend yang lepas mcm ntah ape-ape je. Hari Makan Sedunia agaknya.
Kebetulan my aunty balik, jadi wah wah mkn mcm ntah pape lah.
Berat dia pun dah mencecah 71 kg. Cuba bayangkan kalau berat saya mcm gitu.
Bayangkan..Bayangkan..
Macam bola bergolek2 tengah jalan kan..mesti bertambah kontot.

*nak g mkn jap. ada jamuan*

orait. continue.hahaha.baru lepas mkn satu senduk nasi goreng+ayam goreng kfc + ribena + rojak.
wah wah wah. mkn mcm ape je.
berbalik kepada main story, masa mkn2 dgn my aunties, we talk la bout diet etc.
mcm mana nak kurus tapi tak nak skip mkn.
then one of my aunt suggest la mkn pagi-telur 1/2 masak, lunch hour-nasi + soup sayur...
adus... bleh ke kurus.
saya rs makin kebulur ade lorr!

Semalam, saya kunun nak mkn roti je 2 keping. Tapi tak jugak. Mkn nasi lemak
satu bungkus. Aiseh. nak kurus tapi nasi lemak wajib ada pagi2.
Tapi tapi tapi kan, boleh je kalau tak mkn nasi lemak. Syaratnya mudah:
Discipline your self =)
Tapi part nak discipline tu payah kalau bab mkn.
bab shopping ke senang je.


Wednesday, November 3, 2010

surprise!

Suke sangat.suke sangat.
pagi tadi i've got a call from my superman.
kejut for solat. mmg saya tertidur selepas jam 6 pg tadi.
tak sedar. Bila tya ada kat mana, he said @ kedai, beli kuih.

Lantas saya dengan mengada-ngada ask him to buy an extra food.
He ask me "nak mkn ape?"
spontan je saya cakap ROTI CANAI!
ok, kejap lagi abg hantar.
*tak serius pun*

Dalam jam 7, ma terjerit2 superman dtg.
aiii, terperanjat sy.
*ingatkan main-main*
finally, sy dapatlah roti canai n pulut kuning yg dibelinya.
oh oh oh...
i dah jatuh chenta lagi pg ni.
love u syg~

Tuesday, November 2, 2010

Colours Of Life~

Assalamualaikum..

Hari ni mood ntah pape plus kurang kerja, saya terpanggil
untuk post entry ttg seseorang. A person yang saya appreciate sangat-sangat selain dari family saya. Saya kenal budak nih lebih kurang 5-6 tahun yang lepas. This person sangat-sangatlah nakal sehingga sekarang which is dah 3 kali baling tisu kat saya, 1 kali baling kulit buah duku dan 1 kali baling towel yang nak buat toy. toink. Semuanya sweet. Lasernya, masyaAllah.

Saya sayang dia. Parents saya pun senang hati dengan dia. Saya pun selesa dgn family dia. Saya sangat bersyukur. Dia seorang sahabat yang sangat baik. Syukran. Semoga ukhwah kami hingga ke akhir hayat. Amin.

Dia ialah superman saya.

tak smart pon.
mcm superman lah.

but the important thing is,
:I LOVE HIM:♥

Monday, November 1, 2010

Akhir rasa ini

Assalamualaikum..

NOW, rite NOW saya terasa sangat nak menulis. Rasa macam ada benda yang tak kena je, tapi bila diselidik-selidik, sendiri pun tak tahu apekah ia. Lalu, saya beranggapan ni sindrom biasa kot bagi wanita-wanita yang sudah baligh.HAHAHA! \O/seronok kemain.. i know its hard to describe my own feeling, tapi tapi tapi nak describe jugak.

Bermula dari semalam, hepi+excited. Bangun pagi pun excited (excited???). Sampai kat skolah, terus rasa semacam. Rasa down tetibe melihat diri sendiri dan facebook. Sebagai imbuhan, separuh daripada album dalam FB telah kudelete dengan tidak rasa ape2. Tak cukup dengan itu, inbox yang beribu tu pun telah didelete.

Saya mulai sedar, sejak kebelakangan ini, saya lalai dengan dunia. Saya rasa malu sangat-sangat dengan Yang Maha Pencipta. Saya lalai.Saya lalai. Saya lalai. Rasa sedih sangat-sangat. Mungkin sbb keseronokan dunia, saya menjadi lalai. Leka sangat-sangat. Sebab itu, saya rasa sedih. Adakah saya sudah terlambat untuk kembali menjadi hambaNya yang taat. Saya sedih. Seolah-olah menangis teresak-esak dlm hati. Saya tak tahu nak describe mcmane.

Dengan itu, saya bertekad untuk menjadi yang lebih baik berbanding semalam. InsyaAllah. Saya tak tahu sejauh mana kekuatan saya, tapi saya cuba untuk menjadi kuat untuk mendapat keredhaanNya. Sesungguhnya, saya belum terlambat di saat saya menyedari kelemahan diri saya.kan?