Sunday, January 15, 2012

Sempurna - Andra & The Backbone (original clip)



kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

reff:
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku


Lagu ni dah lama sebenarnya. Hari tu time saya sedang drive, tetiba dengar lagu ni. So i think lagu ni sangat sesuai ditujukan untuk suami saya. Hopefully husband saya membaca entry ni.

Tadi, saya baca entry saya yang lepas-lepas. Betapa sememangnya manusia tidak mengetahui apa yang bakal terjadi melainkan Dia. Saya baca entry saya yang sudah-sudah, malu sangat bila baca entry saya meminati suami. Of course la time tu saya tak tahu apa yang akan berlaku, malah saya tak tahu saya 'berjaya' mencuri hati suami saya sehingga saat ini alhamdulillah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang saya cintai sejak dulu lagi..kehkehkeh.

emm, tak mahu tulis panjang-panjang. entry saya Sempurna begini sahaja.

sekian:)

Monday, January 9, 2012

parasomnia

Assalamualaikum & Good Day!

Lama nyer tak menjengah blog. Bukan tiada masa, tapi kemalasan melanda diri. Facebook pun dah stop, cuma bukak youtube je nak dengar lagu.

Kembali kepada topik asal, parasomnia atau pun ketidak normalan sewaktu tidur atau bahasa kampung, mengigau.

Dulu, adik saya suka jugak mengigau kalau dia demam panas. Tapi yang lebih dahsyat sekarang, saya suka mengigau. Dulu sebelum kahwin, tidur pun sorang-sorang, jadi tak tahu pulak habit sewaktu tengah tidur. Sekarang bila ada pasangan tidur chewah, rupa-rupanya saya ni suka sangat mengigau.

Ada tiga kes di mana membuktikan yang saya ni mengigau malam.

first, suatu malam ketika suami saya demam. husband saya cakap, tangan saya seperti tunjuk ke arah tingkap dan saya berkata 'auuu cak!' lepas tu tidur.

kedua. saya bangun terduduk. kejutkan suami. 'abang bangun bangun.' suami pun bangun. suami tengok jam baru 4 pagi. 'baru 4 pagi la syg'. Saya diam. terus baring balik.

ketiga. Saya mengigau dikejar orang tua bawa pelepah kelapa. terus menangis teresak-esak. kesian suami kena tenangkan saya balik.

hebat kan. dan semalam saya tertidur kat katil ma saya. masa tu, ma saya tengah pangku anak saudara saya yang berusia 2 bulan. boleh saya bercakap dengan ma saya begini, 'ma, letak iqbal dalam sikat' hahaha. <---ni suami yang cerita balik.

Saya bersyukur saya tak mengigau yang teruk-teruk seperti berjalan ketika tidur, sedar-sedar dah bukak pintu. Nauzubillah.

buat malu je kan mengigau:p. husband saya selalu ketawa sorang kalau teringatkan kisah isteri dia yang suka mengigau tak tentu hala ni.

Wednesday, January 4, 2012

nama sama

orait!

lama gilak tak update blog kan kan? Ada tak dekat sebulan? Kalau sebulan tu dah kira bagus lah saya dapat menahan diri daripada berblogging.

Tadi saya boring, jadi saya google la nama saya. kot kot ada nama saya yang juga nama orang lain kan. google punya google, saya terjumpa la NUR AIMI NASIHAH BT MULKIAMAN.

memang ramai lagi kot nama serupa nama saya tapi yang mengejutkan saya, saya kenal bapa kepada budak tersebut. Beliau ialah bekas ustaz masa sekolah rendah dulu.

kiranya saya ni favourite student ustaz tu lah agaknya yang dia ambik nama saya. Pernah suatu ketika dulu ustaz cakap, 'saya nak namakan anak saya dengan nama awak la.' of course lah saya ingat ustaz gurau je, then baru lah hari ini saya percaya. saya yakin budak itu adalah anak ustaz saya dahulu:)

Saya pun ada jugak favourite student, tapi tak nak lah bagi nama dia kat anak saya. Mestilah anak saya ada identiti dia sendiri.kan kan? barulah unique.

Tuesday, December 20, 2011

penjawat awam, tolonglah lebih prihatin kepada kerja sendiri.

sungguh, saya sungguh rasa tertekan sejak dua tiga hari ini.

Pertama, saya di sekolah ada kerja yang tersendiri. Ebook berapa kali entah tertangguh tak hantar ke kilang. Data pelajar pun tak siap-siap lagi nak dikemaskini dan diletakkan dalam fail. Saya bukan berkira kalau nak buat sesuatu kerja arahan orang atas, tapi kalau benda yang simple pun tak boleh nak buat adalah sangat menjengkelkan saya.

Menyampah.

Saya tahu tak elok saya berperangai macam ni, tapi im also a human, tetap ada perasaan serabai dan tension. Dulu, memang saya kerja bawah orang (ye lah, selagi tak jadi bos), tapi saya terima tugas tu sebab dah memang kerja saya. Saya suka.

Sekarang, im not. saya tak suka. Macam kes pagi tadi.

Saya di suruh update takwim. okey saya terima sebab sorang je dan saya tahu dia memang akan suruh saya sebab dia memang minat sangat kat saya;P Bluek! Tahun lepas pun dia dah suruh saya. Padahal it was a simple job. Tak pening-pening dengan formula apa ke bagai.

Dia bagi kat saya 'bedebuk' seketul. Kena update Bulan Januari- Disember.

Tup-tup hari ni, 2 orang lagi datang bagi kat saya buat benda yang sama. Sebab nya orang yang pertama tadi bersuara begini 'bagi je kat mie, sikit je tu.'

Saya berang dalam hati, sedikit menganggu mood saya.

Saya siap sound tadi, 'ala, yang en.polan sikit je tu. Buatla eh. Bukan nak suruh aimi jugak yang buat.' Saya ingat dia faham, tapi dia pura-pura faham. Alih-alih campak kat saya. Ingat saya typewriter?

Saya angin betul. Kerja diorang where they suppose to finish it, tak pula nak buat sendiri. Kalau isu SBPA tu, naik gaji ke pandai pulak nak fokus.kalau kerja yang kena buat, tak pula fokus. Saya geram grrrrr. Saya macam orang bodoh je kat sini, macam saya ni superwoman (yang sedikit bodoh tak reti nak melawan) yang suka tolong orang.

Bila la diorang ni nak sedar. Sedikit sebanyak saya benci kepada penjawat awam (sesetengah la yang suka pass keje dia kat orang.) Kalau saya jadi guru besar, saya bagi kauw-kauw punya teruk gred kat diorang. padan muka.

Saya tahu peringkat umur diorang dah lanjut, nak handle pasal IT ni memanglah lambat. Tapi itu bukan alasan. Tapi kalau langsung tak ada inisiatif untuk buat sendiri, lu pikirlah sendiri. Tak guna kenaikan gaji beratus-ratus kalau kerja asyik takat tu. Tak ada perubahan langsung.

Tak pasal-pasal saya kena bawak kerja awak ni balik rumah, ganggu ketenteraman saya dengan suami tau dakk=p

p/s: sepatutnya saya pun tak patut update blog. tapi takpe lah, saya geram. tolonglah mengerti.
p/s/s: put yourself in my shoes, apa rasa nya? enak bangat?

movie

Salam wbt

hensem kan Tom Cruise? Saya menonton cerita ini pada hari Ahad yang lepas TGV Cinema @ Mesra Mall bersama suami. Sepatutnya kami nak tengok hari sebelumnya, oleh sebab seat memang tak sesuai sangat (depan sekali) terus cancel dan tengok Alvin & the Chipmunk.

saya bagi 4 bintang 1/2! 1/2 tu untuk Tom Cruise yang hensem.

sekian.