Tuesday, December 20, 2011

penjawat awam, tolonglah lebih prihatin kepada kerja sendiri.

sungguh, saya sungguh rasa tertekan sejak dua tiga hari ini.

Pertama, saya di sekolah ada kerja yang tersendiri. Ebook berapa kali entah tertangguh tak hantar ke kilang. Data pelajar pun tak siap-siap lagi nak dikemaskini dan diletakkan dalam fail. Saya bukan berkira kalau nak buat sesuatu kerja arahan orang atas, tapi kalau benda yang simple pun tak boleh nak buat adalah sangat menjengkelkan saya.

Menyampah.

Saya tahu tak elok saya berperangai macam ni, tapi im also a human, tetap ada perasaan serabai dan tension. Dulu, memang saya kerja bawah orang (ye lah, selagi tak jadi bos), tapi saya terima tugas tu sebab dah memang kerja saya. Saya suka.

Sekarang, im not. saya tak suka. Macam kes pagi tadi.

Saya di suruh update takwim. okey saya terima sebab sorang je dan saya tahu dia memang akan suruh saya sebab dia memang minat sangat kat saya;P Bluek! Tahun lepas pun dia dah suruh saya. Padahal it was a simple job. Tak pening-pening dengan formula apa ke bagai.

Dia bagi kat saya 'bedebuk' seketul. Kena update Bulan Januari- Disember.

Tup-tup hari ni, 2 orang lagi datang bagi kat saya buat benda yang sama. Sebab nya orang yang pertama tadi bersuara begini 'bagi je kat mie, sikit je tu.'

Saya berang dalam hati, sedikit menganggu mood saya.

Saya siap sound tadi, 'ala, yang en.polan sikit je tu. Buatla eh. Bukan nak suruh aimi jugak yang buat.' Saya ingat dia faham, tapi dia pura-pura faham. Alih-alih campak kat saya. Ingat saya typewriter?

Saya angin betul. Kerja diorang where they suppose to finish it, tak pula nak buat sendiri. Kalau isu SBPA tu, naik gaji ke pandai pulak nak fokus.kalau kerja yang kena buat, tak pula fokus. Saya geram grrrrr. Saya macam orang bodoh je kat sini, macam saya ni superwoman (yang sedikit bodoh tak reti nak melawan) yang suka tolong orang.

Bila la diorang ni nak sedar. Sedikit sebanyak saya benci kepada penjawat awam (sesetengah la yang suka pass keje dia kat orang.) Kalau saya jadi guru besar, saya bagi kauw-kauw punya teruk gred kat diorang. padan muka.

Saya tahu peringkat umur diorang dah lanjut, nak handle pasal IT ni memanglah lambat. Tapi itu bukan alasan. Tapi kalau langsung tak ada inisiatif untuk buat sendiri, lu pikirlah sendiri. Tak guna kenaikan gaji beratus-ratus kalau kerja asyik takat tu. Tak ada perubahan langsung.

Tak pasal-pasal saya kena bawak kerja awak ni balik rumah, ganggu ketenteraman saya dengan suami tau dakk=p

p/s: sepatutnya saya pun tak patut update blog. tapi takpe lah, saya geram. tolonglah mengerti.
p/s/s: put yourself in my shoes, apa rasa nya? enak bangat?

No comments:

Post a Comment