Sunday, June 17, 2012

Syukran Ya Allah.

Salam.

That's have a reason why i'm happy today. But let it be a secret first :)

Syukur alhamdulillah.

p/s: Tidur tersangat lena sampai bermimpi2.hehe.

Wednesday, June 13, 2012

Rugi RM2.50

salam.

mak lapar ni..ayoyoyo. Pagi tadi buatkan nasi lemak ayam buat suami untuk dibawa bekal bekerja. Jam 5.30 dah bangun, nasib baik sambal dah buat semalam, telur juga direbus. So bangun pagi hanya tanak nasi dan goreng ayam. Jam 6 pagi dah siap, terus baring balik selepas solat. wuwuwuwu.

Semalam paling best, kami berjalan-jalan kaki ke pasar malam:)

Suami adalah orang yang paling rapat dengan saya selepas ibu saya. Suami orang yang paling memahami saya sejak dulu lagi selepas ibu saya. Bila saya lihat wajah suami sedang tidur, saya rasa gembira dan terharu kerana menjadi surihati beliau. saya bersyukur mendapat suami seperti beliau. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga:) amin.

Tadi suami kol bertanyakan khabar baby beliau.hahaha. 'ada gerak tak hari ni?' Saya hanya tergelak. 'koya nyeeee abang....'

Dia lah suami saya. Pendamping saya diwaktu susah dan senang, penceria hati saya diwaktu saya sedang keluh resah dan rakan kongsi kegembiraan saya.

Sila jangan muntah.

xoxo.sekian.

p/s: saya dah muntahkan semangkuk mee kari pagi tadi. rugi rm2.50 haku.hahahaha. itulah tajuk di atas:p

Tuesday, June 12, 2012

it's me today.

salam.

Ok, sekarang ada setengah jam free free untuk saya sebelum pergi makan. Perut oh perut, sangat lapar ye ekau.. Semalam i masak nasi goreng ikan masin, ayam kentuky (suami tolong buatkan adunkan rempah buatan sendiri)+goreng popia dan karipap(untuk tetamu). Suami nak minum milo ais cepat-cepat cakap 'takde air batu' tapi kesian pulak then baru teringat dalam peti satu lagi ada ais.

Actually kawan-kawan, menurut entry sebelum ni, saya ada mention pasal penyakit malas saya. Saya tak tahu nak buat macam mana. Tak tahu kena sampuk dengan hantu jembalang mana that made me feel lazy to do this and that. Kalau melepek tu rajin lah. Pendek kata, badan rasa nak melepek je. atas lantai pun tak pe.

Suami tgk geleng kepala. aduhai isteriku. kena manderem ni.

ini saya petik dari blog paklongsifu.

Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasai, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)

 p/s: paklong kata, takde ubat untuk penyakit malas.
p/s/s: hihi. entah.takde mood. Semalam suami tanya 'nak berhenti kerja ke syg?'



Monday, June 11, 2012

i am lazy lady

salam.

Entah kenapa sejak dua tiga hari ini saya mengalami sindrom kemalasan dan sakit belakang. Duduk dalam kereta pun kena letak tangan kat belakang sebagai lapik pinggang. Balik rumah terus baring atas katil, sungguh terasa nikmatnya. Sindrom nak period agaknya. Masuk hari semalam, dah dua malam suami masak.hehehe. gara-gara penyakit malas. apa nak di kato cek kak weh, dah malas.

Pergi kerja pulak, jam kul 10 mula lah penyakit tu rancak datang balik. nak bercakap pun tak ada mood, kalau boleh nak cari sofa untuk baring-baring. Kalau waktu pagi, crowded sikit, bila masuk petang, lengang lah sikit jadi bolehlah berhat-rehat memalaskan diri lagi.hihi.

Kalau penyakit ni datang, rasa nak berenti kerja pun ada n rasa nak cari kerja separuh hari je. Separuh hari lagi boleh duk lepak2 kat rumah. see, how lazy i am. ish ish.

sekian, dah malas nak taip panjang-panjang.

xoxo.

Katarak Mata

Pengenalan

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh(berselaput). Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.
Katarak perlu dibuang sekiranya kehilangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

Tanda & gejala

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk :
  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
  • Silau, lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang.
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata.
  • Rabun ayam
  • Warna kelihatan pudar 

             mata normal                                                  mata katarak

Komplikasi

Seperti yang telah dinyatakan diatas, katarak yang belum matang hanya perlu dibedah sekiranya ia menjejaskan aktiviti harian. Walaubagaimanapun, katarak yang sudah matang perlu dibedah secepat mungkin sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi lain seperti glaukoma atau radang mata yang berlaku disebabkan kanta, yang boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).

Rawatan

Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Dengan hanya menukar preskripsi cermin mata dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk sementara waktu. Sesungguhnya, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja yang diperlukan oleh pesakit.
Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . Dalam kebanyakan kes, kanta yang asli ini akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal

Pencegahan

Kebanyakan katarak terjadi disebabkan faktor umur. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh disebabkan oleh faktor kongenital, keadaan-keadaan seperti diabetes, faktor persekitaran seperti kecederaan mata, pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid) atau kekurangan zat makanan. Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Tetapi pemakanan yang seimbang terutamanya, bahan anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak. Disamping itu, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin boleh membantu.

Katarak matang pada mata kanan, anak mata kelihatan putih.

Katarak matang yang tidak dirawat telah terkeluar ke bahagian ruang hadapan mata(dihadapan iris), menyebabkan glaukoma dan radang mata 

Siapakah golongan berisiko?
  • Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
  • Orang dewasa berumor melebihi 60 tahun
  • Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.   

p/s: Nenek suami saya baru sahaja selesai pembedahan mata, iaitu menggantikan kanta mata asli dengan IOL. erhmm, macam-macam sangat kerenah tentang penjagaan makan, pening saya tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab saya. Buat selagi termampu dan hadapi dengan senyuman:)