salam.
mak lapar ni..ayoyoyo. Pagi tadi buatkan nasi lemak ayam buat suami untuk dibawa bekal bekerja. Jam 5.30 dah bangun, nasib baik sambal dah buat semalam, telur juga direbus. So bangun pagi hanya tanak nasi dan goreng ayam. Jam 6 pagi dah siap, terus baring balik selepas solat. wuwuwuwu.
Semalam paling best, kami berjalan-jalan kaki ke pasar malam:)
Suami adalah orang yang paling rapat dengan saya selepas ibu saya. Suami orang yang paling memahami saya sejak dulu lagi selepas ibu saya. Bila saya lihat wajah suami sedang tidur, saya rasa gembira dan terharu kerana menjadi surihati beliau. saya bersyukur mendapat suami seperti beliau. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke syurga:) amin.
Tadi suami kol bertanyakan khabar baby beliau.hahaha. 'ada gerak tak hari ni?' Saya hanya tergelak. 'koya nyeeee abang....'
Dia lah suami saya. Pendamping saya diwaktu susah dan senang, penceria hati saya diwaktu saya sedang keluh resah dan rakan kongsi kegembiraan saya.
Sila jangan muntah.
xoxo.sekian.
p/s: saya dah muntahkan semangkuk mee kari pagi tadi. rugi rm2.50 haku.hahahaha. itulah tajuk di atas:p
kaitan hyperbola yang cuba ditonjolkan di tajuk berada di ayat yang paling akhir.
ReplyDeleteepik. dan di sini daku terkuis-kuis memikirkan 2.50 tersebut..
o.O