Pengenalan
Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh(berselaput). Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.Katarak perlu dibuang sekiranya kehilangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.
Tanda & gejala
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk :- Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
- Silau, lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang.
- Kerap menukar preskripsi cermin mata.
- Penglihatan berganda pada sebelah mata.
- Rabun ayam
- Warna kelihatan pudar
mata normal mata katarak
Komplikasi
Seperti yang telah dinyatakan diatas, katarak yang belum matang hanya perlu dibedah sekiranya ia menjejaskan aktiviti harian. Walaubagaimanapun, katarak yang sudah matang perlu dibedah secepat mungkin sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi lain seperti glaukoma atau radang mata yang berlaku disebabkan kanta, yang boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).Rawatan
Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Dengan hanya menukar preskripsi cermin mata dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk sementara waktu. Sesungguhnya, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja yang diperlukan oleh pesakit.Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . Dalam kebanyakan kes, kanta yang asli ini akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal
Pencegahan
Kebanyakan katarak terjadi disebabkan faktor umur. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh disebabkan oleh faktor kongenital, keadaan-keadaan seperti diabetes, faktor persekitaran seperti kecederaan mata, pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid) atau kekurangan zat makanan. Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Tetapi pemakanan yang seimbang terutamanya, bahan anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak. Disamping itu, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin boleh membantu.
Katarak matang pada mata kanan, anak mata kelihatan putih.
Katarak
matang yang tidak dirawat telah terkeluar ke bahagian ruang hadapan
mata(dihadapan iris), menyebabkan glaukoma dan radang mata
Siapakah golongan berisiko?
- Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
- Orang dewasa berumor melebihi 60 tahun
- Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.
p/s: Nenek suami saya baru sahaja selesai pembedahan mata, iaitu menggantikan kanta mata asli dengan IOL. erhmm, macam-macam sangat kerenah tentang penjagaan makan, pening saya tapi nak buat macam mana dah tanggungjawab saya. Buat selagi termampu dan hadapi dengan senyuman:)
No comments:
Post a Comment