Monday, May 31, 2010

bejalan lagi?

Apa? baru balik dr Kapas nak pegi Perhentian pule? aiseh. Saya pun tak tau apa nak jadi dengan saya nih. Mood nak bersuka ria terlebih lebih. Plus, this coming school break, my family nak pegi bercuti ala carte..kahkahkah. Adik saya pun bersembang2 ngan saya untuk berhoneymoon lah sangat di pulau. Dan semestinya saya akan ikut juge.kahkahkah. Saya pun start lah mengoogle resort2 yang nmpak best dan affordable lah. cet=P

Tapi bila saya menginsafi diri selama 5 minit depan pc nih, saya rasa mcm udah udahlah bercuti. Org lain bercuti setahun skali, saya nih dah mcm jadi acara wajib, sebulan sekali. Kaki kena ikat baru tau. Adik saya juga bagitahu tak boring ke asyik pegi pulau? Yela, lakukan aktiviti yang sama. Snorkeling. Bagi saya yang hidrofobik nih, memang saya pun rasa pelik why why and why pulau is nice place to go. Sedangkan saya boleh bershopping atau tgk movie di rumah. Lagi seronok plus tak membazir duit.

Ok lah, saya malas la nak pikir pasal percutian pulau nih.
Tapi kalau ade peluang saya nak pegi pulau lagi..kahkah..lalalala

Tentang holiday saya dengan rakan rakan ila, suzi & yati, nanti saya update lah. Sekarang berada di ofis sangat tidak seronok untuk update dan upload gambar2 tuh.

nota kaki: Rindu lah pulak.♥

Sunday, May 30, 2010

friend

Salam.

Sayang?

Yeah, saya sedang menyayangi seseorang.

Chenta?

Itu saya tak tau..
Chenta terlalu abstract untuk digambarkan.

Tapi saya tahu saya sedang menyayangi seseorang.

Dia lah sahabat yang terunggul.

Wednesday, May 26, 2010

Next Journey→will be ♥ it

hi...

dah lama tak update blog. Kekangan tugas? haha, yelah tu. Ntahlah, nak update tapi tak destory sangat. Bukan dah hilang minat menulis, tapi tak de masa nak story panjang2.. kalo yang simple nak update status tu kat fb boleh kan? haha, tu pasal lah fb tak jadi blog dan blog memang wajar bergelar blog. Pernah ke org tulis diary kat fb? hahaha...

Any way, sekarang saya berada di fasa ketiga dalam kerjaya saya. Jika dahulu di PCSB, sekarang saya di SKPR. SKPR tu ape? Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon. 16hb yang lepas saya dah report duty di Tesdec, Bukit Koh KT. Then, seminggu saya mintak penangguhan sebab nak settle kat PCSB. and now i'm here SKPR...

Actually hari ni baru masuk hari kedua. It's good environment as i love it so much before. Urhm, tak tao lah adakah feeling ini sementara atau tidak. But i hope i will love SKPR more than today. ♥ But saya dapat buat perbandingan la dengan tempat keje lama. Benarlah org kata keje gomen relaks, best... yeah! Boleh kuar minum kul 10..hehe.. Saya nak story kat sini, on my first day here, ada sorang cikgu ajak saya pegi minum. Saya pulak dengan naif nya pegi tanya 'aik, boleh ke ni?' Cikgu tersebut pun menjawab, 'ala, boleh.bukan **** ni..hehe'. Saya pun ikutla kan.hehe. Plus, perut memang dah lapar..

Saya suka environment nih. ♥ . upss, bukan makan kul 10 tuh. i mean, environment suara cikgu dan kanak skolah. Walaupon bising, tapi bising yang tidak menyakitkan. Malah ia mendamaikan. Saya mengharapkan saya dapat belajar sesuatu di sini. Biarpun gaji tidaklah semewah org lain, insyaAllah, saya akan berusaha mencari pengalaman sebanyak yang mungkin. Tapi mengikut kata seorang kawan, yang penting adalah restu ibu bapa. Yes! Itu yang paling utama. Redha ibubapa, redha lah Allah kepada kita. InsyaAllah.

Saya gembira di tempat baru, tidak bermakna saya lupa di mana permulaan saya dahulu. PCSB tetap saya ingati sampai bila bila. Di sana lah saya berupaya membina tali silaturrahim, belajar erti kesabaran, dan banyak lagi. Mana mungkin saya melupakan sesuatu yang mengajar saya menjadi 'manusia' hari ini.

Ok, cukupla.. Saya rasa nak muntah kalo dah start menjadi sensitif.hehe.

daaaa...~

Wednesday, May 19, 2010

Langkah yang semakin berani

Saya yakin saya sudah pulih. yeah! Sudah tiada rasa lagi, mungkin sudah beralih angin. Saya bersyukur sangat sangat saya sudah pulih..

Alhamdulillah...

Selama setahun saya tanggung, semua bebanan sudah tiada hari ini. Yeah, esok sepastinya hari yang baru untuk saya.

Katakan tidak untuk takut kepada cabaran..!

Tuesday, May 18, 2010

cakap kosong

Salam..

Fuh! Hari Ahad penuh dgn dugaan. Went to Tesdec with my fren untuk lapor diri. Thanks so much kamu kerana jadi driver saya dan menunggu di situ selama lebih kurang 2 jam..

Isnin pula, report duty di PPD dan sekolah. Saya minta penangguhan selama seminggu sbb nak settle keje kat tempat lama..

Kete pula blum siap dan agak patah kaki untuk ke mana mana. Jadi lah anakdato' seminggu org htar pegi keje, amik balik keje.

Asyik pula bermimpi snorkeling dgn kawan2. Aduyai, kemaruk sangat ke untuk ke pulau. Tahun 2010 adalah Tahun Melawat Pulau.. Bulan ni dah tiga kali ke Pulau. The end of this month ke Kapas Island pulak. Misi adalah mengelilingi pulau kapas. InsyaAllah lepas nih nak cri pulau lain pula.

Dan, kini baru terasa sedih nak tinggalkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan warganya... sob sob..