semalam saya tidur awal. selepas migrain satu hari, kepala otak dah rasa sebu dan penuh bagai nak pecah. sabar je lah.
balik rumah, ada pula dugaan menanti. memang dugaan. nak senang bukannya mudah kan. disebabkan itu lah, saya kagum dengan sikap suami yang sangat penyabar dan tidak pernah merungut. Malah selalu bagi saya nasihat dan tegur mana yang tak kena. syukran atas nikmat ini ya Allah.
"syg bangga ada suami mcm abang" kata saya selepas sahur pagi tadi. husband tanya kenapa, saya diam je. takperlu lah nak cakap, tapi cukup la dia tahu saya berbangga ada suami macam beliau.
"abg pun bangga ada isteri mcm syg." huhu. sayu nye hati tak terkata.
betul la org kata. perkahwinan itu banyak hikmahnya. tak kira wktu senang atau waktu susah. kadang-kadang saya mengeluh juga tapi suami banyak ingatkan saya supaya jangan mengeluh. suami banyak mengajar saya tentang hidup, tentang tanggungjawab. semakin banyak saya persoalkan, semakin bernas jawapan yang diberikan suami sampai saya tak mampu menolak kesahihannya.
apa yang saya lakukan untuk husband belum cukup untuk menyamai apa yang husband lakukan untuk saya.
amanat dan harapan suami, insyaallah saya akan tunaikan sebaik mungkin tanda cinta saya kepada nya.
Suami yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seorang isteri.
love you abang.
No comments:
Post a Comment