Suami adalah orang yang terapat selepas emak:) dan kini suami mendahului carta segala-galanya.
Alkisah dua hari lepas. mood saya bulan puasa tambahan tengah pregnant adalah sangat tidak menentu. Ada saja yang tak kena dan tertekan sebab tak dapat makan banyak.hihi. Saya juga kerap buat perangai sebab tension dengan keadaan rumah. rupanya husband perasan sangat sangat perubahan sikap isteri.
Suami menegur suatu malam kepada si isteri. Subhanallah, sangat berhemah tutur kata husband. sampai saya yang keras hati boleh jadi lembut hati. Yelah, hati perempuan ibarat kerak nasi. Atas beberapa kes, husband mintak saya cuba beralah. "Asyik syg je yang kena beralah". Terkeluar jugak sebijik dari mulut saya. "Tak pelah, kali ni sayang cuba beralah. Macam abg selalu beralah dengan sayang." Huhu.
Saya akui, sejak getting pregnant, husband banyak beralah dengan saya. Taknak masak, OK. Taknak kemas rumah, OK. Nak makan itu, OK. Nak pergi situ, OK. haha. Nak marah-marah, OK tak kena marah balik.hehe. Pembawakan budak.
Syukur, suami menegur. Adakalanya, kita tersedar tapi malas nak ubah sebab rasa orang tak perasan kita buat salah. So, let it go. Biar mood sendiri jadi okey. Tapi bila dipikirkan balik, selagi kita tak ubah, sampai bila-bila pun keadaan still sama.
Syukur, Alhamdulillah. Saya berharap saya istiqamah kali ini.:) Semua demi husband.
Kandungan baru menjengah usia 11 minggu. Next week dah masuk12 minggu bersamaan 3 bulan. cepatnya. Dan minggu depan ada appoinment pula. husband kerap letak telinga kat perut saya dan cakap-cakap dengan baby. sweet. Bila perut berbunyi dikatakan baby bergerak.haha.kelakar sungguh. tak de nak rasanya baby bergerak2 sekarang, tapi time scan hari tu, dah nampak baby bergerak. active sungguh kalahkan ibunya.
Semalam saya masak mee rebus untuk berbuka. Husband puji sedap. Sebenarnya, husband tak suka mee sangat, maksudnya mee berkuah. Laksa-laksa tu tolak tepi la, same goes to me. tapi kalau makan dengan sup, still saya suka asalkan pedas.
omg, berat saya dah turun sekilo. Actually, situasi sekarang saya amat tidak gemar kalau berat saya turun. seolah-olah saya tak sihat. saya try untuk makan banyak, tapi at a same time im getting afraid kot2 nanti nak vomit balik. mindset mindset.
saya teringin nak minum air kelapa muda since 4 months ago. Since 4 months ago jugaklah, saya berpantang minum air kelapa, husband tak bagi sobsob. Dua tiga hari lepas, terliur tengok air kelapa kat rumah mak mertua. "Ma, kakngah boleh minum x air nyior?" tanya pada emak. "Boleh, takde pape." apa lagi minum la. tapi sikit je pun. boleh dalam seteguk. jadila. hari ni nak request husband belikan air kelapa. teringin nak minum.
Bercerita tentang persiapan raya, raya tahun ni biasa-biasa je. Baju raya suami dah siap semua. baju raya saya, NIL. blom beli lagi. tapi still ada beberapa helai baju yang belum dipakai lagi. Tahun ni raya kat rumah mertua, jadi kena prepare kuah kacang, satay dan sebagainya.hmmm....
k lah, nak buat kerja lain pulak. daaa~
No comments:
Post a Comment