Wednesday, December 7, 2011

bukan bebelan it just......

Assalamualaikum wbt.



Semalaman saya berfikir (macam masalah berat je kan). Sebenarnya tidak. Saya hanya bermuhasabah diri. Macam-macam dugaan perasaan yang saya terima sejak akhir-akhir ini.

Semalam, saya ke atm CIMB. Saya terlupa no pin. 3 kali saya try memang failed, terus kad saya di sekat. Saya takut nak duduk lama-lama kat situ sebab saya seorang tak pasal-pasal nanti kena kidnap. Oleh sebab itu, hari ni saya terpaksa ke bank pula nak selesaikan masalah ini.huhuhu.

before i'm getting married, i have a few diaries.Hahaha. Boleh tak ada beberapa diary. Nampak sangat banyak ler sangat rahsia kat dalam tu. Segala kesedihan saya tuliskan dalam diary saya, itulah pasal orang nampak saya happy sedangkan saya sedang dirudung masalah. Suami saya yang pada ketika itu hanya teman tapi mesra memarahi saya. "Buat apa nak tulis dalam diari, kalau nak marah orang, marah je lah."

Saya duduk berfikir juga kebenaran kata-katanya. Saya pun review balik semua diari, baca balik. mak aih mahu tergelak sebab nampak sangat saya tak matured waktu tulis diari tu. Saya decide untuk bakar semua sebelum saya kahwin.

Adik ipar saya cakap, "Ya kelihatan macam orang putus cinta bila bakar diari"

Hahahaha. Teruk sangat ke rupa saya. Setahu saya, saya bakar diari-diari tu dengan gembira sekali. Dan sekarang saya hanya punyai satu diari yang dikongsi bersama =) Suami selalu sangat baca and it more to describe that as 'love letter' kepada suami.

Semalam suami saya keja shif malam. I have no one to spoke out. Saya keluarkan diari dari laci, saya baring dan start menulis.

Sejak akhir-akhir ni saya kerap merungut (hanya dalam hati) tentang apa yang berlaku pada saya. Kenapa perjalanan saya sukar? Kenapa banyak sangat yang perlu saya tanggung. Mungkin sikap saya kah? Kenapa Allah tak anugerahkan kepada saya tetapi kepada orang lain. Saya seolah-olah seperti menyalahkan takdir.

Semalam saya seperti sedar diri. Apa yang berlaku ada hikmahnya, yang saya tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Saya perlu sedar akan hakikat itu. Berdosanya saya kan. Kalau Allah tak makbulkan doa kita, bukan bermakna Allah tak sayangkan kita. Saya perlu sabar dan terus berusaha dan berdoa.

Kalau tentang kerja, ada seorang hamba Allah selalu menceritakan pasal anak beliau pada saya. itu lah ini lah, kadang-kadang sampai saya naik rimas. what for? Kalau sekali dua takpe, tapi kalau dah setiap kali org duk bercerita pasal anak dia pun nak bercerita pasal anak, saya agak itu dah lain macam. lebih kepada menunjuk-nunjuk pulak. eiii tak suka lah. Bukan saya dengki ke apa, tapi saya tak suka dan rimas. tak penting pun bagi saya okey. Janganlah ganggu saya nak buat kerja. Pergilah cerita pada yang suka bercerita jugak tu. Baru buku bertemu ruas, paling penting not me.

emosional ke?

Tak pun. Cuma meluahkan apa yang saya rasa.

sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment