Thursday, December 8, 2011

the pictures called back the memories:-)

Hai readers!

Pernah tak review balik gambar-gambar lama dan kemudian rindu-rindu pulak kenangan-kenangan silam? Hari ni saya mempunyai masa untuk update entry tentang itu.

Tak banyak kerja? Kerja hari ni tak banyak sangat tapi saya terasa stress pulak sebab tak dapat solve problem. jadi, saya update lah blog.:)

PICTURE 1: POCO-POCO DI OFIS

Gambar kat atas adalah aktiviti poco-poco di ofis lama. Ni termasuk dalam HSE aktiviti. Banyak lagi aktiviti kami seperti Monthly BMI Checking, 5S dsbgnya. Nampak tak saya yang berbaju kemeja hijau tu, yang kecik-kecik molek (suatu ketika dahulu). Sekarang saya dah tak muat dah baju kemeja tu, jadi faham-faham je lah. Rindunya saya pada zaman kurus dahulu. Time ni berat saya hanya 48 kg. (eh eh sama jugak sebelum berumahtangga, tapi kenapa dulu kecik sekarang besar). Bye bye baju kemeja.

PICTURE 2: MY CONVOCATION DAY

Gambar kat atas adalah 4hb Oktober 2009. Em abaikan date kat gambar, kamera suzi salah setting date. Yang tengah-tengah tu namanya Suzila Yanti dan yang tudung hitam tu Marsilla. Diorang ni roomate saya pada tahun akhir. Rindunya zaman belajar di utem, zaman layan movie, zaman main game, zaman berangan-angan dan zaman dapat ptptn..kahkah, itu pun nak masuk jugak.

PICTURE 3: SHORT HOLIDAY @ PULAU KAPAS

Seronoknya tengok gambar ni. Time ni dah kerja, so ada rezeki lebih sikit pergi bercuti dengan kawan-kawan. Nampak tak t-shirt putih yang saya pakai tu? Kalau sekarang JANGAN HARAP MUAT. sadis kan. Sekejap je saya dapat merasai zaman kurus saya. Dahlah kurus, ketinggian pun kurang, tak ke comel?haha tak pasal-pasal.

PICTURE 4: HANG OUT WITH MY LOVELY COUSIN

Rinduuuuu... i miss our old day...huhu. Sekarang tak dapat lagi kan hang out sama-sama kan. Dulu dapat tgk wayang same-sama, main boling sama-sama, main pool sama-sama. Gosip tak pernah miss kan? Miss you la..huhuhu.

PICTURE 5: BTN DI TESDEC

Kursus BTN yang paling sedikit ahlinya dan perempuan pun paling sikit. Boleh duduk dalam satu bilik je. 7 orang perempuan kot kalau tak silap. Lelaki concure kursus BTN kali ni. Best Best Best, Super Best.

PICTURE 6: MAKAN TIME

Look at my face:) tembam kan. Ni gambar lepas saya engaged kot. Rindu saat ini. Dulu kalau malas masak, selalu makan kat luar. Pakat ramai-ramai keluar ramai-ramai. Sekarang ni pun masih ada tradisi macam ni, cuma saya dah terkecuali.sob sob.

PICTURE 7 ; MY WEDDING DAY

Macam tak percaya pun ada sebab saya dah berjaya menamatkan zaman bujang. Dulu selalu tengok orang yang kahwin, sekarang saya pulak yang kahwin. Permulaan sesuatu yang baru dan challenging dalam hidup. hmmm...

p/s: i just miss my old days.

p/s/s: Masa hadapan tak tahu la mcm mane pulak. Nanti ada rezeki saya dan suami, saya come out pulak gambar baby iye..hehe. Amin.

2 comments:

  1. comel poco-poco tersebut. tp xda gmbar aku pownnn...(cehh..gurau je. jgn masukkan sebarang pics aku ye? maklumla tak berapa nk comel. hahaha)

    ReplyDelete