Sunday, October 30, 2011

sekali update, macam apa daaa...

Assalamualaikum wbt.

Since dah lama tak update blog, kali ini saya nak update panjang-panjang, boleh kah? Bunyi macam semangat berkobar-kobar dan macam banyak cerita je padahal tak ada sangat pun, hahaha boleh lagi berlagak nak update panjang-panjang? hoh!

Tahniah kepada pasukan N9 atas kemenangan dalam merebut Piala Malaysia semalam. tahniah2! Mak saya dah cakap awal-awal Terengganu akan kalah memandangkan adik saya yang bongsu beria benar nak cuti sekolah hari Ahad iaitu hari ini. Semalam, saya tonton bola dengan suami saya. Pada awal perlawanan, siaran tak elok sangat sebab hujan. Biasalah, gangguan siaran Astro. Rasanya, rumah saya tu bergegar sebab suara suami sahaja. aish. suami oh suami kesayangan.

Weekend hari sabtu tu, suami bercadang nak pergi memancing udang kalau tak hujan, Petang hari sebelumnya, saya dan suami mencari cacing di kebun. At first time, saya memang geli geleman tahap cipan dengan cacing tapi hari tu saya pulak yang lebih bersungguh-sungguh mengumpul cacing hinggat penuh satu tupperware.hehe. Seronok. barulah faham bila peribahasa melayu mengatakan 'akan ku cari hingga lubang cacing'. Excited mencari cacing, tak puas hati selagi tak dapat keluarkan cacing dari tanah. itulah saya selepas kahwin, terus comot kan, yelah, misi menggali tanah dan mengumpul cacing mana tak comot. iyark.

Banyak benda yang saya belajar selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, dah macam tahu semua, tapi selepas kahwin banyak lagi benda yang dapat saya belajar dan saya seronok melalui pengalaman tersebut. Syukur alhamdulillah saya mudah adapt dengan persekitaran baru di sekeliling saya. Caranya mudah, jangan meletakkan diri anda terlalu tinggi sehingga berasa kekok untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sentiasalah menganggap ilmu dalam diri zero. Bagi saya, nenek suami serta ibu-ibu saudara beliau (suami tinggal dengan nenek sejak kecil) banyak membantu saya. i will to learn something new in my life=)

Mari saya share. Suami saya amat suka memancing. Dari ikan sekecil ikan bilis, hingga lah sebesar ikan paus, dia tahu nama setiap ikan sampai ikan yang namanya pelik-pelik pun. Dulu, masa saya masih bujang, saya tekad taknak kahwin dengan kaki pancing. Pada pandangan saya, kelak saya akan diabaikan. Yelah, nanti suami sibuk dengan ikan-ikan. Tapi dah jodoh, suami saya seorang kaki pancing. Saya pun pelik, sebab apa suami saya minat memancing, entah apa seronok sangat memancing ni haa... Saya berkata pada suami, saya akan cuba mencari apa keseronokkan di sebalik aktiviti ini. hahaha... Sampailah hingga saat ini, saya yang akan mengajak suami pergi memancing. Sebab saya meminati hobi ini.

Pertama, seronok bila ikan sentap umpan. Seronok sangat. Seorang kakak cakap, bila ikan makan umpan, ia seolah-olah seperti baby tendang perut. iye ke? emm, saya pun tak sure, sebab tak rasa lagi baby tendang perut, angin dalam perut pernahlah.kikikiki.

kedua. Dapat spend masa dengan suami. Percaya atau tak, suami pasti seronok jika anda menyokong hobi beliau. Jangan lah berpura-pura menyukai hobi beliau kelak anda akan rasa tersiksa dengan hobi tersebut. Try adapt dan feel hobi tu, nanti awak akan enjoy. caye lah awak saya cakap ni.. Tak salah sekali-sekala menemani suami. Sokonglah kerjaya seni suami iyer???

ketiga. Saya dapat makan kuaci sambil berangan-angan. Percaya atau tak, sebelum kahwin, saya tak suka kuaci. Tapi bila memancing, saya dapat makan kuaci dengan bestnya sementara menunggu ikan makan umpan sehinggalah satu tahap ikan tak makan-makan umpan., Mana tidaknya, si pemancing yang ngup ngap ngup ngap lebih-lebih.aish.

keempat. suami akan sayang anda lebih. Caya lah cakap mak ni. InsyaAllah..

Pendek kata kan kan kan, untuk meminta orang memahami anda, relakan hai anda dengan ikhlas untuk memahami orang lain. InsyaAllah, u may get it in returns. InsyaAllah. Untuk suami isteri, sementara ada masa terluang tanpa anak, spend time together. Biarlah aktiviti mencari cacing tu nampak macam geli dan kotor semacam je kan, tapi apa salahnya. U can make it sweet to both of you. Suami akan ingat kenangan tu bila anda tidak berada di sampingnya.

Ewah ewah kau mak, dah serupa nak jadi motivaor rumah tangga pulak eh. hahaha.

Sekian dari saya.

Wassalam.

p/s: Petang ni nak g memancing dengan suami:p Semalam punya cancel sbb hujan, we can make it today kan syg?

Saturday, October 22, 2011

1st month anniversary.

hai READERS...!!!


OUR 1ST MONTH ANNIVERSARY!

"Ya Allah, jadikan cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukanlah cinta kami dalam mencintaiMu dan di atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Menyayangi."

Thursday, October 20, 2011

p e a c e

Assalamualaikum wbt.

Hari ni office hour tamat awal. Yeay, boleh pulang cepat jumpa suami yang dah bercuti hari ini. Maknanya weekend kali ini kami bercuti. double yeay di situ.Masih tak tahu nak buat apa weekend nih, kalau boring boleh ajak pergi dating tengok wayang tak pun layan bowling. emmm...

Pagi nih, first time saya guna kereta suami saya and driving alone ke sekolah, sudahlah hujan lebat. Bukan apa, saya cuma tak biasa bawak kereta suami yang sedikit besar berbanding kereta saya, sudahlah manual, manalah saya nak reti sangat. Tapi kalau dia ada di sebelah saya, automatik saya jadi pandai.kikiki.

Saya dah boring nih, itulah pasal saya terus mengupdate blog. Sebenarnya, dari tadi dah bukak cuma takde feel lagi. Penat membaca cetusan pena Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, baru lah ada rasa nak update blog:)

okey lah, saya nak menggoogle resepi sekejap untuk mantapkan lagi skill masak selain bertanya dengan mak mertua dan nenek:)

p/s: Semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Wednesday, October 19, 2011

syukur

Syukur atas nikmat cinta ini.
Mudah-mudahan kekal ke Syurga.
Amin.

p/s: malas nak tulis panjang-panjang biarpun berjela-jela cerita dalam kepala.:p

Wednesday, October 12, 2011

after 3 weeks bergelar isteri.

mmmkay, macam mana nak update ye since dah lama bebenor tak update blog. haiya kamu cik kak. i have 30 minutes left untuk update blog menggunakan wireless free okeh, so it's timeeeee.

Sudah lebih kurang dua minggu saya berada di rumah nenek mertua ( sebab suami saya memang membesar dengan nenek sejak kecil, jadi haruslah berada di sana selain rumah mak mertua). 'Be a wife is the wonderful moment in life'. Saya gembira menjadi seorang isteri.

Sejak berkahwin, rutin harian saya sudah berubah. Bangun seawal 5.30 pagi sudah terbiasa untuk mandi dan solat. Bergegas ke dapur menjerang air, menyediakan sarapan sementara washing machine menjalankan tugas beliau, oh oh oh, baru dapat rasa kesusahan ibu saya dahulu. Tapi itu adalah menyeronokkan. Rutin baru membuatkan saya lebih bertanggungjawab, i guess so.hihihi.

Pengalaman membonceng motor dengan suami adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kami pergi mencari umpan cacing untuk memancing, memancing time hujan rintik-rintik, merempit, hahaha. seronok kemain. Yelah, sebelum kahwin jangan ekau haraplah nak buat semua-semua tu.

Suami saya kerja shif. dua hari keje siang, dua hari keje malam. cuti 4 hari. dengar macam best je kan cuti empat hari nak pergi jalan-jalan pun lepas. Mak-mak saudara suami saya juga rajin datang ke rumah, dan kami memasak sama-sama. banyak benda yang dapat saya belajar selain belajar dengan mak mertua.

Mak mertua pun selalu calling-calling ajak makan kat rumah beliau, nenek juga rajin memasak dan memaksa saya makan, atuk juga sering memarahi saya kalau saya amik nasi sesenduk sahaja. Tak pasal-pasal saya membesar seperti belon.muahahaha.

Waktu paling syahdu adalah dapat bersolat jemaah bersama suami. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui perasaan saya ketika itu. Alhamdulillah:)

Semoga rumahtangga kami dilimpahi rahmat dan sentiasa di bawah redhaNya. InsyaAllah.

i love my husband, of course lah:p