Thursday, October 20, 2011

p e a c e

Assalamualaikum wbt.

Hari ni office hour tamat awal. Yeay, boleh pulang cepat jumpa suami yang dah bercuti hari ini. Maknanya weekend kali ini kami bercuti. double yeay di situ.Masih tak tahu nak buat apa weekend nih, kalau boring boleh ajak pergi dating tengok wayang tak pun layan bowling. emmm...

Pagi nih, first time saya guna kereta suami saya and driving alone ke sekolah, sudahlah hujan lebat. Bukan apa, saya cuma tak biasa bawak kereta suami yang sedikit besar berbanding kereta saya, sudahlah manual, manalah saya nak reti sangat. Tapi kalau dia ada di sebelah saya, automatik saya jadi pandai.kikiki.

Saya dah boring nih, itulah pasal saya terus mengupdate blog. Sebenarnya, dari tadi dah bukak cuma takde feel lagi. Penat membaca cetusan pena Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, baru lah ada rasa nak update blog:)

okey lah, saya nak menggoogle resepi sekejap untuk mantapkan lagi skill masak selain bertanya dengan mak mertua dan nenek:)

p/s: Semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

No comments:

Post a Comment