mmmkay, macam mana nak update ye since dah lama bebenor tak update blog. haiya kamu cik kak. i have 30 minutes left untuk update blog menggunakan wireless free okeh, so it's timeeeee.
Sudah lebih kurang dua minggu saya berada di rumah nenek mertua ( sebab suami saya memang membesar dengan nenek sejak kecil, jadi haruslah berada di sana selain rumah mak mertua). 'Be a wife is the wonderful moment in life'. Saya gembira menjadi seorang isteri.
Sejak berkahwin, rutin harian saya sudah berubah. Bangun seawal 5.30 pagi sudah terbiasa untuk mandi dan solat. Bergegas ke dapur menjerang air, menyediakan sarapan sementara washing machine menjalankan tugas beliau, oh oh oh, baru dapat rasa kesusahan ibu saya dahulu. Tapi itu adalah menyeronokkan. Rutin baru membuatkan saya lebih bertanggungjawab, i guess so.hihihi.
Pengalaman membonceng motor dengan suami adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kami pergi mencari umpan cacing untuk memancing, memancing time hujan rintik-rintik, merempit, hahaha. seronok kemain. Yelah, sebelum kahwin jangan ekau haraplah nak buat semua-semua tu.
Suami saya kerja shif. dua hari keje siang, dua hari keje malam. cuti 4 hari. dengar macam best je kan cuti empat hari nak pergi jalan-jalan pun lepas. Mak-mak saudara suami saya juga rajin datang ke rumah, dan kami memasak sama-sama. banyak benda yang dapat saya belajar selain belajar dengan mak mertua.
Mak mertua pun selalu calling-calling ajak makan kat rumah beliau, nenek juga rajin memasak dan memaksa saya makan, atuk juga sering memarahi saya kalau saya amik nasi sesenduk sahaja. Tak pasal-pasal saya membesar seperti belon.muahahaha.
Waktu paling syahdu adalah dapat bersolat jemaah bersama suami. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui perasaan saya ketika itu. Alhamdulillah:)
Semoga rumahtangga kami dilimpahi rahmat dan sentiasa di bawah redhaNya. InsyaAllah.
i love my husband, of course lah:p
amin :)
ReplyDelete