Thursday, June 16, 2011

No Doubt~



"Ya Allah, permudahkan urusan ke atas diri-ku, ke atas kedua ibu bapa ku, keluarga ku, sahabat-sahabatku, Berikan lah kami kekuatan dalam menempuh segala kesulitan, Sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah Engkau, Ya Allah. Amin"

Allah is the best planner.

Wednesday, June 15, 2011

Ya Allah, Kuatkan lah hamba-Mu ini.

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya ambik emergency leave alasannya ialah nak pergi scan kepala.HAHAHA. Saya tak ambil MC, just ambik annual leave.sobsob, habis cuti tahunan saya. En Tunang saya cakap, jangan ambik mc if u r not really sick. MC hanya untuk orang yang betul-betul sakit sahaja. Memang medical leave saya tak terusik selama dua tahun. Term 'Scan kepala' sebab saya betul-betul rasa tertekan.Ouch. Tapi tidak lagi kini.=)

Saya pernah dimarahi~marah-marah sayang~oleh en.T sebab tak nak kongsi bebanan yang saya tanggung.hehe kelakar pulak. Bila dah cerita A-Z baru lah lega. Siap diperli-perli lagi. Pagi tadi saya sms beliau "... lega sikit bila dah share 'beban' tu.." dan beberapa minit selepas itu dapat msj masuk daripada beliau "....ho lah, tau dh diri tu pndk kecik nak pikul sorang...hehe".. Saya tersenyum sendiri, terus drive hantar adik-adik ke sekolah=) Hurm, itulah rutin harian kalau abah takde kat rumah.

And now, saya sedang bertungkus lumus siapkan dokumen kerja, cadangnya nak buat kursus IT kepada guru-guru. InsyaAllah kalau tiada aral melintang. nanti nak buat survey form lagik. Semoga dipermudahkan semua urusan, amin~ Saya cuba mencintai kerja saya seadanya.

ouch~ ada beban baru pulak. Aish!!!! Saya dah tak mahu ambik kisah sudah. Saya rasa saya kena melarikan diri. Betul-betul saya akan melarikan diri. Tengoklah nanti....

Saya sudah tidak terdaya lagi untuk berfikir. *Pengsan*

Monday, June 13, 2011

tragis.

Assalamualaikum wbt..

Masih ingat tak kes bayi yang dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri tu? Kalau tak, klik sini. Saya ambil gambar dari laman fb. Kesian sangat tengok. Apakah dosa bayi berkenaan sampai sanggup mencampak bayi berkenaan sehingga keadaan yang sebegitu rupa. Tiada kah perasaan belas kasihan sesama insan apatah lagi dari darah daging sendiri. Ingat anak kambing ke? Kambing kena lenyek dengan kenderaan pun dah kasihan kita tengok, ni pulak manusia, satu spesies dengan kita. Tak sanggup saya nak lihat foto di bawah. Kasihan bayi ini. Sungguh kasihan.



Mungkin sudah tiada lagi nilai kemanusiaan dalam diri individu tersebut sehingga kan sanggup berbuat sedemikian. Tidakkah timbul perasaan kasihan melihatkan riak wajah bayi ini yang merengek-rengek sebelum dicampakkan? Saya tak tahu nak kategorikan pelaku sedemikian sebagai apa, tapi yang pasti lebih kejam dari binatang. Haiwan pun sayangkan anak, apatah lagi manusia?

kejam kejam kejam. Sangatlah kejam.

Monday, June 6, 2011

GM: fasa 1

Assalamualaikum wbt.

Learning and trying new things in my life, sangat sangatlah mengujakan saya. I mean food. Saya bukanlah penggemar ikan darat atau ikan air tawar. Setakat hari ni pun saya makan ikan keli sahaja. Itu pun kalau digoreng garing. Kalau gulai dan nampak sangat ikan tu lembik-lembik, jangan haraplah saya nak makan. Tapi semalam, saya pegang dan makan ikan air tawar, iaitu ikan haruan. Sedap. Digoreng garing, sampaikan habis seekor ikan haruan. Lebih mengujakan, bukan setakat ikan haruan goreng, ikan haruan dimasak gulai pun saya makan. WOW! Sungguh, sedikit pun tidak hanyir. Lepas ni, saya tak tahu nak try makan apa pulak. Perhaps not belut. iyarks!!

Selepas semua yang terjadi, im getting better. More better! YOU shud know, im getting better than a year and half ago. Alhamdulillah. Semua yang tanpa dirancang,mungkin sudah suratan takdir, saya menemui kebahagian yang sukar ditukar ganti. Alhamdulillah. Soon to be a wife and having my own family, very exciting me. Saya bukan tidak percaya, percaya. Tapi lebih kepada tidak sangka. Saya tidak menjangkakan semua ini. huargggh. jadi hulk! *tampar muka*

Lucky in love with my bestfren~

Alhamdulillah.

Thursday, June 2, 2011

Banyak hal

Assalamualaikum wbt.

Syukur saya masih berkesempatan untuk berfikir dan menulis. Lately, sejak masuk bulan Jun, fikiran saya sedikit berserabut. Banyak perkara tetapi segalanya tentang majlis. Walaupun lambat lagi, memandangkan kami pun agak sibuk dengan tugas dan cuti yang tak sama, memaksa kami buat persiapan dengan agak kelam kabut. Tentang duit apatah lagi. Banyak benda kena budget betul-betul dan beli mana yang perlu sahaja. Pelamin baru sahaja di book, bukan apa malas nak pikir last minute dan takut baju yang dikehendaki takde pulak. habislah!!! Hmmm..... panjang betul cerita kalau nak diceritain.

Pasal kerja, memang tugas saya mengendalikan ebook. Means, kalau ada student yang ada masalah, diorang boleh terus rujuk kepada saya. Tetapi agak merimaskan apabila di rumah pun saya diganggu. Bukan apa, kerja memang saya langsung tak layan kat rumah. Bila diorang hantar kat rumah, saya kena angkut ke sekolah. Ebook tu dah jadi status nomad sudah.

p/s: baru nak cuak. sebelum ni bukan main eksyen lagi.haha. Tiada kata dapat kuucapkan selain dari PADAN MUKA!