Thursday, June 2, 2011

Banyak hal

Assalamualaikum wbt.

Syukur saya masih berkesempatan untuk berfikir dan menulis. Lately, sejak masuk bulan Jun, fikiran saya sedikit berserabut. Banyak perkara tetapi segalanya tentang majlis. Walaupun lambat lagi, memandangkan kami pun agak sibuk dengan tugas dan cuti yang tak sama, memaksa kami buat persiapan dengan agak kelam kabut. Tentang duit apatah lagi. Banyak benda kena budget betul-betul dan beli mana yang perlu sahaja. Pelamin baru sahaja di book, bukan apa malas nak pikir last minute dan takut baju yang dikehendaki takde pulak. habislah!!! Hmmm..... panjang betul cerita kalau nak diceritain.

Pasal kerja, memang tugas saya mengendalikan ebook. Means, kalau ada student yang ada masalah, diorang boleh terus rujuk kepada saya. Tetapi agak merimaskan apabila di rumah pun saya diganggu. Bukan apa, kerja memang saya langsung tak layan kat rumah. Bila diorang hantar kat rumah, saya kena angkut ke sekolah. Ebook tu dah jadi status nomad sudah.

p/s: baru nak cuak. sebelum ni bukan main eksyen lagi.haha. Tiada kata dapat kuucapkan selain dari PADAN MUKA!

1 comment:

  1. kekalkan senyum anda walaupun se-bz mana pun workload anda ya?

    kalau tensen jum kite pegi tengok vlog kat wall saya di fb.

    Senyumlah~

    ReplyDelete