Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan pregnant. Syukur.
nak tanya pasal perasaan menimang cahaya mata sulung? of course teruja lebih lebih lagi husband. tiap- tiap malam asyik nak duk dengar baby buat ape dalam perut, pastu husband cakap-cakap dan gelak-gelak. kelakar pulak. husband pun cakap nanti kena beli buai, katil baby, semua tu lah. Before suami cakap macam tu saya terfikir pulak pasal buai dan katil baby sebab tak plan pun nak letak baby dalam tu. biarlah baby tido dengan kite:p
Bila dah pregnant, kekadang lupa yang saya sebenarnya sedang pregnant. Kadang-kadang kalau nak cepat, saya berlari tapi takdelah berlari pecut 100 meter tu. kadang-kadang lupa tempat licin dan pernah juga beberapa kali nak tergelincir. Turun tangga pun laju semacam, naik tangga of course la perlahan sebab tak larat nak naik laju-laju hihi.
Alhamdulillah, saya mengalami episod alahan yang sekejap. dalam sebulan lebih. masa tu Allah je yang tahu macam mana perasaan saya. tengok itu taknak makan, pikir nasi rasa loya, langsung jarang masak. Kena pulak bulan ramadhan, lagi lah haru mn nak dapat tenaga kalau tak makan ye dakk. Nak harapkan kurma, itu pun kadang-kadang dibuangnya balik. aduhai. Sekarang pulak, selera makan menjadi-jadi. takut jugak obesiti kang naya.hoho.berat badan pun dah naik. peliknya, bila pregnant, saya jadi susah hati bila berat badan menurun, mungkin takut effect baby.
satu keburukan saya ialah culas makan ubat. tak boleh ke harapkan makanan berkhasiat yang kita makan, hoh berkhasiat la sangat. rajin minum susu (tu pun dah tukar, dulu ambik anmum original, skrg dah anmum coklat), amalkan makan delima, jambu batu (sangat okey untuk hb, lagi okey dari kerang/hati). errr apa lagi ye? haha. toksoh nak culas2 la, makan je ubat, kesian baby. kelak, mommy terlebih zat, baby kurang zat pulak. jom mlam ni start balik.
moof pun dah stabil balik. husband pun tak perlu risau lagi pasal mood swing isterinya.
baju kurung semakin tak selesa untuk dipakai. dulu masa belajar, size baju L, dah kerja S, dah pregnant L balik kot. my belly dah semakin menggemuk, ni start usha n beli kain nak buat ala-ala jubah. senang sikit, selesa pun selesa, takde la susah sangat nak bernafas. Pelik jugak sebab baru 4 bulan, tapi perut dah besar. tapi orang cakap perut ni ada dua jenis, ada yang mudah nampak ada yang tak nampak. maybe im one of the type cepat nampak kot.
Bila complain kat husband 'abg, perut syg besar'. husband mesti cakap 'eii, nak cakap tak cerdik kang kecik hati, biasala, ada baby dalam perut sayang tu.'
'entah-entah kembar kot abg.'
'laa, hari tu kan kita pegi scan kan nampak satu je'
'ha ah.ye tak ye'
lemau sungguh saya.hahaha. tapi suami mesti cakap macam ni 'ehhhh, dah besar perut syg'..melebar senyum. pelik ah.
Apa-apa pun, saya enjoy berada dalam fasa ini. oh oh oh, im pregnant woman and soon to be a mother. Syukur.
owh.....pngalaman bakal jadik ibu mesti seronok kan? untung aarrr...
ReplyDeletehaha..