Thursday, October 21, 2010

Kalau memilih kerja, payahlah.

“Nak suruh jadi cikgu ke?”

“Rugilah belajar tinggi-tinggi kalau macam tu”

Haih, saya cukup angin kalau berjumpa dengan orang yang angin tinggi nak mampus. Berlagak. Saya tahu anda semua ada kelulusan, saya pun ada. Tapi takperlulah nak show off kan. Pernah suatu hari saya offer kerja kat kawan saya. Sebab saya tahu dia sedang menganggur. Daripada duduk rumah goyang kaki, xmasuk income seposen habuk pun, baik kerja cari pengalaman. Ditanya gaji berapa. Saya cakap untuk permulaan RM500, tp boleh naik bile2 masa bergantung kepada prestasi kerja. Fyi, kerja as receptionist. Bila tahu gaji sebanyak itu sahaja, terus dia ckp ‘time kasih je lah ye, xnak keje lagi buat masa ni’. Saya terus angin dgr dia cakap macam tu. Before tu dengan semangat tanya ‘kat mana, kat mana’. Ces

Seriously, sampai bile-bile pun saya takkan recommend kerja kat yang berkenaan lagi. Pada pandangan saya, tak kisah lah awak ada sijil ke, degree ke, ape ke. Malu ke nak kerja receptionist tu? Alahai. Kalau malu, tak makanlah awak. Ade orang nak bagi duit kat awak setiap hari kalau duduk goyang kaki kat rumah? Saya tahu kelulusan tak sepadan dengan kerja, tapi apa salahnya cari pengalaman dulu. Pengalaman tak semestinya bila dah kerja executive baru nak gain.

Saya pernah kerja sebagai receptionist. Setiap cuti sem waktu belajar dulu, saya pernah kerja gosok kain/jemur kain kat hotel pakcik saya. Saya pernah kerja kat kedai dobi which is tersangatlah banyak kerja. Saya pernah kerja kat kantin sekolah, menyapu, mengemop lantai. Saya pernah kerja part time, jadi guru tuisyen. Saya bangga sebab saya dah try kerja yang tak setaraf dengan saya sebab tu semua pengalaman. At least ia mengajar saya tak memandang rendah pada orang-orang yang berada dalam bidang berkenaan bila saya berada di atas.

Alhamdulillah, saya bersyukur.

Kepada pemilih-pemilih kerja, stopkanlah sikap tu.Kalau anak orang kaya, bolehlah. Rezeki takkan datang bergolek. Pengalaman pun takkan datang sendiri kalau tak dicari. Nak dapat pengalaman pun tak semestinya kerja gaji tinggi.

Pikirlah sendiri, saya hanya lontarkan pandangan saya. Sesiapa yang tak bersetuju, saya tak marah. Masing-masing ada pandangan yang tersendiri. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment