Wednesday, October 20, 2010

aduh, lama giler tak update!

Salam.

Aktiviti minggu ni amatlah penuh n padat. Ebook banyak kena service. Tempat pulak sempit, kurang selesa la buat kerja. Bilik ada tapi sunyi pula kalo duk sorang-sorang. Biarlah bersempit sikit di ofis asalkan ada bunyi sikit. Riuh rendah. Budak-budak sekarang memanglah dah advance, pandai diorang mengalahkan kita. Betul lah cakap PPD, diorang ni jenis berani mencuba. Kita yang dah tua ni asyik2 takut. takut rosak lah ape ke bagai.

Minggu depan saya ke Langkawi selama 4 hari. Makcik saya dah pesan suruh beli macam-macam. mcm mana nak bawak balik kalau banyak-banyak nih.hehe. Mungkin trip ke Langkawi adalah trip last untuk tahun nih. Lepas ni tak berpeluang la nak pegi jenjalan lagi. So, buat trip plan untuk tahun 2011 ok??? Sememangnya, rindu sangat nak pegi pulau lagi. Ni pun dah masuk plan 2011, InsyaAllah.2011??? Aih!!! 2010 pun dah semput nak habis. Tamatlah segala episod suka duka 2010. Rasa macam baru je tulis azam baru 2010, ni dah nak akhir tahun pulak..

Lunch tadi, saya hanya amik betik. tak de selera nak mkn nasi ke ape. Selera makan kurang ke? tapi kalau kuar dating, banyak je makan. huhu. apakah? ni pun sedang berkira-kira nak kuar ke tidak mlm ni. ke nak masak je ikan kembung sweet sour+ telur dadar pun dah cukup kenyang. Masak banyak2 makan satu lauk je pun.hahaha. Ni bukan malas okey, tapi takut membazir. Seriously, rindu sampai nak nangis. sama seperti saya rasa mcm nak nangis dengar lagu Maher Zain.Syahdu~

Ok lah, nak buat kerja dulu. Nanti talking2 lagi. daaa~

No comments:

Post a Comment