Wednesday, August 11, 2010

episod

Assalamualaikum wbt & Good Day =)

First of all, Salam Ramadhan.. Hari ni 1st day puasa. Harap-harap kehadiran Ramadhan tahun ni lebih bermakna dan penuh pengisiannya berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah. Alhamdulillah, tahun ni memang memberikan kelainan dalam hidup saya. Permulaan kepada sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Tak tergambar perasaan gembira dalam diri saya. Susah betul nak describe. Saya dikurniakan seseorang yang bermakna dalam hidup saya, sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya. Benar, perancangan Allah adalah yang paling tepat. Saya juga tak sangka akan diberi rahmat kebahagiaan ini setelah menempuh mcm mcm kekecewaan dlm hidup. Alhamdulillah.

Bulan puasa ni, saya meneruskan kerjaya seperti biasa. Yang bezanya, cuma berlainan lokasi kerja. Kalau dulu di Petronas Carigali, sekarang di SK Pengkalan Ranggon. Sumpah, 2010 menyaksikan banyak perubahan dalam hidup saya. Baik dari segi kerjaya, diri dan soal hati. Segala-galanya saya rasa lengkap. Syukur. Semangat saya sentiasa ada biarpun kadang-kadang penuh kadang-kadang tidak. Apa yang penting, semangat tak pernah kurang. Nikmat kebahagiaan yang Allah bagi, syukur.

Si teman setia pernah bersuara kepada saya; "Inilah berkat kesabaran syg..."
Memang benar, kesabaran yang penting.

Daaa~

1 comment: