Apa reaksi anda jika seseorang memanggil anda kak jika anda memang lagi muda daripadanya?
Bengang, marah, suka, tertanya-tanya? Kadang kadang saya rasa geram kalau ada orang memanggil saya kak apatah lagi memang terang terang dia lagi tua dari saya. Tapi kadang2 saya rasa selamat. Dalam erti kata lain, tak de kes pembulian berlaku..
Dulu setiap kali orang memanggil saya kak terutama yang memanggil adalah makhluk hensem mesti saya rasa nak marah. Dalam hati oii, saya lagi muda la..! Bergantung kepada situasi saya pada ketika tu la. Kadang kadang bila orang panggil saya kak saya rasa best yang amat. Saya mula lah eksyen kunun2 saya lah kakak.. haha. Terukkan perangai. Sungguh tidak mencapai tahap kewarasan akal.
On other side, saya berfikir adakah saya nampak tua, matang? Erhm, susahlah. cet, statement gedik semacam.
Kalau la ada orang panggil anda, dik! Sedangkan terang terang anda lagi tua daripadanya, apa reaksi anda? Malu malu, bangga? haha. Mesti anda akan cakap cet berlagak tua la tu. Kalau saya tak mahu lah cakap macam tu. xbaik. hehe.Saya akan cakap mcm nih wow, aku nampak muda siuut...haha. Tak salah nak perasan sekali dan sekala.
Sebenarnya, kita harus memahami keadaan org yang mahu memanggil kita kak, dik dan sebagainya. Sebenarnya mereka pun teragak agak nak panggil. Cuba kita meletakkan diri kita dalam situasi mereka. Urhm, dalam otak kita mesti tengah berfikir fikir nak panggil kak ke adik. Itu kes perempuan. Tapi kalao kes lelaki, macam mane pulak gayenya?
mesti antara abang, adik atau pakcik. Kalau ketinggian orang tu melebihi ketinggian saya, for sure saya panggil abang. Kalau kecik sikit, saya panggil lah adik. Dan mesti lah pakcik, untuk mereka yang tua. Lelaki ni tak kisah kalo kita panggil apa pun, perempuan ni emosional lah sikit macam saya. Panggil kak adik pun nak jadi isu..kan kan?? haha.
sekian lah, nak balik. Membahas kat rumah pulak. :-)
dengan bangganya aku katakan pd ko,sila panggil aku adik eh. walopun aku lagik tua dr ko. muahahahaha!
ReplyDeletehaha... tolong sket chah!!!!
ReplyDelete