Salam.
Alhamdulillah, syukur atas rezeki semalam dan hari ini. Terkena lagi morning sickness pagi ini, haha. Memang tidak terkecuali. Memang dah masuk zon nya, nak buat macam mana. Kalau ingat tak larat pagi-pagi, mahu je MC. Muntah-muntah pagi tadi, suami ketuk pintu bilik air tanya okey ke tak. Tolong lurut-lurutkan leher dan picit kepala. Selesai mandi, siap-siap nak pergi kerja dan sebelum tu sempat breakfast dulu dengan suami. Tak masak, tumpang masak kat kedai. hehe.
Sejak masuk zon ini, saya rasa bersalah pada suami. Kadang-kadang tak mampu nak sediakan bekal pagi-pagi. Kalau setakat goreng kuih segera tu bolehla, kalau saya rasa larat, saya paksa jugak gagahkan diri pagi-pagi bangun seawal 5.30 pagi untuk sediakan hidangan berat. Harap-harap suami faham:) Saya tak tahu nak kategorikan ini sebagai alahan atau tak.hehe. Sekarang dah rasa muak dan loya bila masuk dapur, rasa geli tengok ikan. Rasa nak muntah teringat sambal tumis. Dan paling tak tahan asyik nak melepek je atas katil. Sedih jugak kadang-kadang mengingatkan keadaan diri.
Cepat-cepatlah fasa ini berakhir.
Dua hari lepas, saya berdebat hebat dengan pakcik saya. Pasal parti. Dia tersangat obvious, taksub parti sampai hubungan dengan pencipta pun kaitkan dengan parti. Saya bukan arif sangat pasal parti, tapi saya tahu bezakan parti dengan amalan kita. Menurutnya, kalau tak sembahyang dan berkelakuan buruk, terang-terang parti A. Sebaliknya, parti B. Kenapalah orang seperti ini boleh berfikiran kolot seperti ini. Amal jariah dikaitkan dengan parti, tersangatlah tak masuk dek akal.
Saya tak takut berdebat dengan beliau, sebab nampak sangat secara terang-terang fahaman beliau salah. Kononnya berada di landasan parti yang betul, tapi sayang tak tunjuk pun perangai yang betul. Fahaman tentang agama cetek, tapi nak bercakap soal agama. Mulalah salahkan parti kerajaan. what a nonsense. Tak guna layan orang seperti beliau. Kejumudan fikiran terlalu terserlah. Saya tak menyokong mana-mana bukanlah bereti saya atas pagar. Tapi kita haruslah berfikiran logik, tahu membezakan amalan kita dengan parti. Parti hanya pakaian kita, hubungan dengan tuhan, keperibadian hakiki kita. Jangan mudah meletakkan hukum bahawa yang jahil itu Umno, yang alim itu PAS. Saya sangat tak setuju kalau pegangan ini yang kita pegang. Plus, dia cakap pulak dia sokong DAP. *(%##%!
Ini pertama kali, saya berani melawan pendapat beliau. Saya betulkan yang mana salah. Saya tak kutuk pun pasal parti, lagipun saya bukannya arif sangat.
Balik rumah, saya bagitahu suami. Suami menggiling-gilingkan kepala. Husband cakap, kalau dia berada di landasan yang betul, membawa identiti yang betul, apa salahnya tunjuk langkah yang baik contohnya, mengimarahkan masjid kampung instead of buat masjid sendiri yang mengumpulkan orang-orang sendiri. kan kan? Jadi itukan contoh yang baik yang dia telah tunjukkan kepada saya.? Hahaha, fikirkan lah, saya bukan mengutuk cuma cubalah terbukakan minda yang dengar sebelah pihak sahaja. Nak belajar ilmu, biarlah menyeluruh.
Entah apa yang saya membebel. Tak baik asyik membebel je kan. Menurun kat anak suka membebel.hehe. Sebenarnya, mual masih terasa, nak buat camne erk? Huhuhu, kesian.
Sekian, terima kasih:)
No comments:
Post a Comment