Thursday, July 12, 2012

harapan setinggi gunung.

Salam.

Semalam saya tak boleh tidur. Suami kena masuk kerja petang tapi tak stay sampai pagi. Jam 2 pagi dah balik. Saya stay tengok tv macam macam cerita nengok last last tertidur tapi terjaga balik sebab dengar enjin kereta suami. Borak-borak dengan suami kejap, tanya suami dah makan ke belum n tengok tv kejap. Terang benderang pulak mata tapi since pukul berapa dah terlelap.

Fenomenanya begini;

Sudah terlelap, tapi bila terjaga seolah-olah tak tidur sangat, orang kata tidur-tidur ayam. Sampai satu tahap saya rasa ayam lebih lena tidur dari saya. Tidur, terjaga, tidur balik, bunyi ayam berkokok tapi tutup mata sebab taknak tengok jam berapa. for sure dah masuk pagi. Matilah kalau tak dapat tidur jugak.

Alhamdulillah saya terjaga balik 6.15 am, tapi sempat sambung tidur balik sekejap.hihihi. Bangun, mandi dan muntah. Morning sickness lagi. Muntah pahit.

Memang kalau ofis tu syarikat sendiri, mahu cuti alahan sebulan, nasib baik bukan kalau tak bankrap.

Awal pagi dah breakfast karipap 4 biji, masih lapar. Pergi canteen, makan kuih, at last tengok nasi best, ambik sesenduk, makan. habis licin tapi tak lama kemudian muntahkan balik. sedihnya. Memang tak boleh makan nasi.sobsob.

Keadaan begini menyukarkan saya fokus pada kerja. Tambahan, rasa mengantuk sebab malam tadi tak dapat tidur.nak buat macam mana. Dengan harapan cepatlah masa berlalu, biar cepat2 kul 1 nak pergi baring dan tidur sekejap.

Dengan harapan yang tak pernah pudar dan setinggi gunung. Cepatlah masa berlalu:)

2 comments: