Tuesday, December 13, 2011

bila buat benda yang tak pernah buat.

Pernah tak korang buat sesuatu yang korang tak pernah buat?

Dulu, masa tinggal dengan family (sebelum kahwin) saya tak pernah menyiang ikan darat / sungai seperti ikan keli, ikan haruan dan segala jenis ikan darat. Sebabnya, my family tak makan ikan darat hanya makan ikan laut sahaja. Jadi saya tidak didedahkan dengan ikan darat, nak siang mcm mane, nak masak mcm mane dsb-nya.

Selepas kahwin, sebab kahwin dengan penggemar ikan darat dan kaki pancing, saya belajar sedikit sebanyak. Dah tahu nama ikan darat yang pelik-pelik seperti ikan 'kenjeng', ikan patung, ikan jaws..haha, gurau je ikan jaws tu. Oleh sebab selalu juga temankan suami pergi memancing dah tahu lah kalau rupa ikan seperti itu, namanya adalah ini. Kadang-kadang boleh salah jugak.

Saya amat geli dengan ikan yang badannya licin seperti ikan keli dan ikan haruan. Saya pun tak lalu makan kalau dimasak gulai sebab isinya lembik dan kalau ada kepalanya, kepalanya seakan kepala ular. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, my hubby's aunt nak menyiang ikan darat. Ada beberapa ekor ikan darat tak silap saya. Bila dah turn ikan keli, saya terus berlari menyorok belakang peti gara-gara takut ikan keli meloncat dan terpijak. eii geli okey.

Setiap kali tiba giliran ikan keli untuk 'disembelih' saya for sure akan berlari jauh-jauh.

Unfortunately, langit tidak selalunya cerah. Hari ni saya terpaksa DIY ikan keli. Saya hanya memberi perhatian bila ikan tersebut sudah mati disiang suami. (Tak tahu betul ke tak guna istilah mati). Suami request suruh buat ikan keli masak sambal (Ah, senang je).

Cari-cari ikan, mak aii kepala nya ada lagi. Terus saya naik geli geleman. Yakni selepas itu, saya terus panggil suami untuk buang kepala dengan misai dia yang panjang-panjang tu. euww.. Malangnya nasib saya hari ni sebab suami kata DO IT YOURSELF!! hehe. Taklah, suami soft spoken, mana boleh cakap macam tu dengan isteri. isteri kan pompuan. pompuan kan sensitif, nanti langsung campak senduk kuali tak nak masak. ye dak??

'pergi la buat, bila lagi sayang nak blaja'lembut je dia cakap dan terus sambung tengok national geography. grrr..

Pergilah isteri yang setia penyayang (eceh) ini ke dapur tengok ikan keli pulak.
'ei, aku nak buat macam mana la ikan ni, tangkap, lepas, tangkap, lepas. licin.' Bila saya dah give up, terus capai towel, hah! pegang. Letak atas papan pemotong, KRAPPP! bercerailah kepala dari badan. Sedia untuk dimasak untuk dimakan bersama suami.

padahal nak masak sambal tak payah potong kepala, sebab manisnya kat kepala. Tapi sebab gara-gara geli dengan misai ikan keli, terus dipotong kepalanya. Inilah, gara-gara nyamuk seekor, dibakar satu kelambu (betul ke peribahasa nih)

tadaaa....


sekadar gambar hiasan.

Seronok juga belajar benda baru yakni apa yang suami suka makan, apa yang suami suka buat bila masa lapang dan sebagainya. Lepas ni nak rajin-rajin lagi belajar masak apa yang suami suka makan dengan nenek dan ibu mertua. InsyaAllah. Makan-makan makan.

p/s: Tips nak hilangkan lendir pada badan ikan keli, ambil gandum dan garam. Lumurkan pada ikan keli kemudian baru basuh.

p/s/s: ikan keli harus dikelar halus-halus sebab tulangnya sangat banyak. nanti tak seksa sangat nak makan. Kalau nak goreng, haruslah ditutup sebab ikan keli boleh meletup (hahaha).

No comments:

Post a Comment