Tuesday, September 20, 2011

2 days before solemnization

SALAM.



2 days before my solemnization day!

And the title Cik will turn to Puan. ehehe. i'm truly excited to become my fiance's wife, of course i will. Perkahwinan bukanlah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada hidup yang lebih bermakna. Mempunyai keluarga sendiri, suami dan anak-anak adalah satu perkara yang berharga bagi seorang wanita.

Kita flashback balik. Masih ingat entry saya kisah andartu? Klik sini. Entry ini ditulis pada 22hb April 2010. Jika tak silap saya, entry kedua saya di url yang baru. Entry ini juga dikarang tak sampai sebulan saya mulai rapat dengan tunang saya.

Memang, dulu takut sangat-sangat bila tak ada orang istimewa dalam hidup. Just imagine kalausaya tak kahwin-kahwin sampai umur 40 tahun. Sesuatu yang sangat menggerunkan.

Dan kini saya yakin semua telah ditentukan oleh-Nya. Cepat atau lambat sahaja. Orang kata, cinta tidak semestinya bersama-sama dengan jodoh, tetapi jodoh sentiasa berada di samping cinta. Sejak saya berkawan dulu, saya tidak mengimpikan hubungan serius dengan mana-mana lelaki sebab saya punyai bad perception tentang lelaki tetapi berubah selepas saya berjumpa tunang saya. Alhamdulillah.

Kini, saya bersedia menjadi suri hidup beliau. Azam saya ingin menjaga kebajikan seorang suami as the part of wives do. Makan minum pakai, everything. He do as his part :)

Semoga kami melayari kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, tolak ansur dan memahami tanggungjawab masing-masing.

Pray for us.

Wassalam.

p/s: Dear abang, i love u so much.

No comments:

Post a Comment