Tuesday, October 23, 2012

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang




Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.





•Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

•Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

•Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

•Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

•Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

•Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

•Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

•Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

•Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

•Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Melayukini.net - Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

p/s: tadi mak mertua saya accompany nenek ke klinik untuk rawatan. Doctor suspect kemungkinan buah pinggang nenek gagal berfungsi. that's why i'm doing a short research about dis.

Monday, October 22, 2012

love to be a mother :)

my dream is that every woman, every where, will know the joy of a safe, satisfying  for both baby and herself - one she'll no need to forget.

Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik. Last week, saya muntah-muntah, terus lembik. Bila dah muntah teruk sgt, ma suruh pergi klinik dan dapat MC. Nasib baik malam tu suami ada, beliau la yang bersusah payah menengok saya yang dah terbongkang atas katil.

dalam 3 hari jugak, saya xsihat. sampai satu tahap, perut menegang sampai saya pun cakap kat suami 'abang, dah nak beranak ke ni?' haha. koya sangat awok ni cik puan aimi.

baby is soo active before this. tapi bila dah tak sihat tu, pergerakan baby slow sikit. mungkin mengerti mommy nya tengah sakit.hee.

tak sabar nak tgu 7 months, nak beli barang baby. Tapi buat masa sekarang, jom pergi cari baju mengandung sbb baju kurung dah tak sesuuuuaaai sangat nak dipakai okey. Ma pesan, wanita pregnant, kena pakai cantik-cantik, nanti baru anak jadi bersemangat.hehehe.

tak sabarnya nak bergelar ibu. husband dah tanya nak deliver kat mana, so i decide to deliver my baby soon di Pakar Perubatan MUIP je. kalau dulu dikenali klinik al-farabi. lagipun my aunt cakap service lagi bagus dari KMC, dah la mahal. Walaupun ING cover, tapi still we want the best kan. takkan la nak pilih yang mahal tapi service bad kan. emm, pape pun semuanya perancangan. Actually beranak kat mana-mana pun saya tak kisah, orang kata kat mana sempat la.heheheh..

what shud i do since masa semakin hampir ye? Pembacaan yang gemilang, of course. jom google website yang bermanfaat dan berilmiah sket:p

sekian.wslm.

Wednesday, October 10, 2012

my little sweet beans:)

it's 5 months already. Syukur alhamdulillah. tinggal 4 bulan je lagi. Rasa lambatnya masa berlalu. Baby sekarang sangat aktif, menendang perut mommy nya. Bila masuk makanan, bila tidur mengiring, bila solat, terasa bayi menendang-nendang.

Dulu, selalu tertanya-tanya macam mana baby tendang dalam perut. Boleh ke saya tersedar kalau baby tendang sebab segala impact memang lambat datang kepada saya. tak pun saya abaikan je:p Tapi sekarang baru dapat tau, ooo rupanya inilah gaya dan rasa bila bab tendang perut. Teruja.

Semalam pergi klinik. Sesaja nak tengok si kecil:) Sebenarnya kami teruja nak tahu gender bayi:))) Baby sangat aktif, susah jugak doktor nak tengok, tapi akhirnya dapat jugak.hehe.. jeng jeng jeng.. Saya rilek je sebab saya tak kisah sangat boy or girl asalkan sihat walafiat. Tapi husband excited gila-gila. Dalam kereta asyik ulang ulang sebut 'baby ...... '. hehe. i'm so happy to see his smiling face. Alhamdulillah.

Tapi part yang tak bestnya, berat saya naik mendadak. Sekarang dah 57 kg, memang tidak patut berat saya mcm ni. Tapi badan saya kecik je, takde gemuk gedempol. Huhu. The problem is, boleh ke turunkan berat badan ni atau pendek kata diet sedangkan selera makan membuak buak. haish.

hmm rasa tak percaya akan menjadi ibu. Kalau dulu asyik monyok je bila period datang, sekarang tak lagi. rezeki Allah nak bagi kan, akan tiba bila-bila masa dikehendakiNya. kita tak boleh nak sangkal. Allah bagi, alhamdulillah. Tak bagi, usaha lagi, minta lagi. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

i am sooo excited to be a mommy. Nanti nak beli barang-barang baby since dah masuk bulan ke tujuh insy.  Sekarang masih awal. Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya ketika ini. i'm happy mom to be. Dulu, baca blog orang pasal pregnancy, sekarang dapat menulis sendiri pasal pregnancy.

Saya selalu tanya mak saya, sakit tak nak beranak. Ma saya mesti ckp 'emm, ramai yang mati kat kubur tu sbb beranak laa..' when my mom mention ayat tu, maknanya takla sakit mana, jgn takut. Sakit tu datang bila contraction, nak kumpul air ketuban banyak2 kot. entah tak tahu sangat. Bila dah jalan terbuka, hanya push saja, masa tu terpikir nak keluarkan baby je. Dan automatik sakit hilang bila baby dah keluar.

emmm... insy, saya pun akan merasa keadaan yang sama mcm mak saya nak beranakkan saya dulu.

oklah, dah banyak sgt tulis. penat la jari montel ni. daaaaa~



Saturday, September 22, 2012

happy 1st anniversary

Alhamdulillah, genap setahun kami menjadi suami isteri yang sah. Semoga ikatan suci ini sentiasa dilimpahi rahmat dan dipanjangkan jodoh kami hingga syurga.

love you so much, abg.
xoxo.

Thursday, September 20, 2012

didikan yang bagaimana?

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya saya agak runsing akhir-akhir ini. rungsing memikirkan kehidupan bila ada anak nanti i mean, dalam soal mendidik anak. takut sangat kalau tak mampu nak didik anak dengan cara yang sepatutnya.

Rakan sejawat yang rata-ratanya pangkat kakak-kakak sering kali bercerita mengenai anak-anak masing-masing yang bermacam-macam ragam. gerun pulak saya. Mengandung 9 bulan 40 hari satu pengalaman yang bermakna dan penuh dengan cabaran. Tiba pula saat melahirkan, berpantang. semuanya ada tempoh tertentu. Bila dah habis temoh tu, fuh boleh menarik nafas lega. Tapi bagaimana pula nak didik anak nanti?
Saya tak rasa tempoh mendidik anak selesai bila anak berumah tangga, walhal sepanjang hayat dikandung badan.

saya sendiri telah berumah tangga, tapi ma saya masih mendidik saya menjadi seorang isteri yang baik untuk suami. tak boleh buat itu, kena buat ini. Tidakkah ibu berperanan disitu? cuma  mungkin berkurang sikit sbb tanggungjawab suda berganti ke tangan suami.

saat baby berada di dalam rahim saya, saya berfikir bagaimana saya mendidik anak ini nanti? husband dan saya kerja, cukupkah masa kami untuk anak? insy, tidak ada apa yang akan kurang. Since anak masih bayi, nak pergi kerja kenalah tinggal kat rumah pengasuh. Bila dah besar sikit, nak hantar pergi sekolah, for sure lah kena pilih sekolah yang betul-betul ada pengisian yang seimbang.

i wish one day i will be a fulltime housewife, insy bila dah stabil sikit. :)

Saya bukan takut sebab tak mampu mendidik anak, tapi takut tersasar dari yang sepatutnya.Saya takut saya lebih manjakan anak. Tapi saya yakin dengan kemampuan suami dalam mendidik. Beliau sedikit tegas, lihat sajalah beliau dengan adik-adiknya, semua gerun.

Orang kata, emosi ibu ketika mengandung mempengaruhi bayi di dalam kandungan. eem takut saya, yela, saya bukannya perfect, ada ketika rasa nak marah dan sebagainya kan. moga-moga perangai yang buruk tu tak berjangkit pada baby. nauzubillah.

usia kandungan dah menjejak 18 bulan. 2 weeks to go dah masuk 5 bulan. kejapnye, tup tup nanti dah nak bersalin. gerun jugak kalau dengar cerita orang nak bersalin ni. em kalau duk pikir cmtu, tak terberanaklah saya kan kan.haha. Semoga dipermudahkan segala urusan, insyaallah.

saya pernah tanya suami 'abang, happy dok nak dapat baby?'

'happy la syg.'
'happy yang macam mana?'
'happy yang macam dapat hadiah, tapi hadiah tu memang tu satu je, takde dah kat dunia ni'..
'ooo. cenggitu'

saya tanya lagi,

'abg sayang syg?'
'sayangla.'
'habis tu nanti ada baby?'
'ada baby, laaagi abang syg syg'

terharunya, rasa nak melompat atas katil time tu jugak. naseb pregnant, tak boleh nak melompat.

Indah la pulak bila dah berkahwin, nanti nak ada anak.hmm. Semoga hubungan kami berkekalan hingga syurga, dilindungi Allah sentiasa. Ameen.

p/s: lagi dua hari genap setahun perkahwinan kami. lorr, sekejap je...