Sunday, August 26, 2012

tawar air boleh tambah gula, tawar hati mau bikin macam mana?

Salam Aidilfitri.

Cepatnya Ramadhan meninggalkan kita. Puasa tahun ini saya diuji dengan alahan, ya Rabbi hanya tuhan yang tahu. Pertama kali bangun awal pagi untuk siapkan makanan bersahur, siapkan makanan untuk berbuka walopun kadang-kadang beli je sebab tak larat. tapi kira sediakan juga la kan.hihi.

Tahun ni saya raya di rumah family sebelah suami. Kelengkapan 100% memang kena sediakan. Tahun ni raya bagi saya sangat horrible disebabkan perangai pihak tertentu yang spoilkan semangat raya. tapi takpe, Allah itu satu, tiada dua tiga. Lambat laun kebenaran akan muncul juga.

..............................................................

Adalah so bad berdepan dengan pihak yang tak reti nak berterima kasih pada orang lain, tidak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan di depan mata dan tak reti-reti nak merungut itu ini kononya perfect sangat.

Jenis saya memang kalau tak boleh nak ngam, saya akan senyap dan bercakap bila perlu. memang akan obvious kalau saya tak suka atau tension dengan seseorang. terus terang i can't stand anymore with the person, perangainya amat menyakitkan hati.

Semoga Allah berikan saya hidayah supaya tidak terus berperasaan begini.

tapi hal ini buatkan saya tawar hati.

tawar air boleh tambah gula, tawar hati mau bikin macam mana?

Thursday, August 9, 2012

teladan dan tauladan

semalam saya tidur awal. selepas migrain satu hari, kepala otak dah rasa sebu dan penuh bagai nak pecah. sabar je lah.

balik rumah, ada pula dugaan menanti. memang dugaan. nak senang bukannya mudah kan. disebabkan itu lah, saya kagum dengan sikap suami yang sangat penyabar dan tidak pernah merungut. Malah selalu bagi saya nasihat dan tegur mana yang tak kena. syukran atas nikmat ini ya Allah.

"syg bangga ada suami mcm abang" kata saya selepas sahur pagi tadi. husband tanya kenapa, saya diam je. takperlu lah nak cakap, tapi cukup la dia tahu saya berbangga ada suami macam beliau.

"abg pun bangga ada isteri mcm syg." huhu. sayu nye hati tak terkata.

betul la org kata. perkahwinan itu banyak hikmahnya. tak kira wktu senang atau waktu susah. kadang-kadang saya mengeluh juga tapi suami banyak ingatkan saya supaya jangan mengeluh. suami banyak mengajar saya tentang hidup, tentang tanggungjawab. semakin banyak saya persoalkan, semakin bernas jawapan yang diberikan suami sampai saya tak mampu menolak kesahihannya.

apa yang saya lakukan untuk husband belum cukup untuk menyamai apa yang husband lakukan untuk saya.

amanat dan harapan suami, insyaallah saya akan tunaikan sebaik mungkin tanda cinta saya kepada nya.

Suami yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai bagi seorang isteri.

love you abang.

Tuesday, August 7, 2012

...

Suami adalah orang yang terapat selepas emak:) dan kini suami mendahului carta segala-galanya.

Alkisah dua hari lepas. mood saya bulan puasa tambahan tengah pregnant adalah sangat tidak menentu. Ada saja yang tak kena dan tertekan sebab tak dapat makan banyak.hihi. Saya juga kerap buat perangai sebab tension dengan keadaan rumah. rupanya husband perasan sangat sangat perubahan sikap isteri.

Suami menegur suatu malam kepada si isteri. Subhanallah, sangat berhemah tutur kata husband. sampai saya yang keras hati boleh jadi lembut hati. Yelah, hati perempuan ibarat kerak nasi. Atas beberapa kes, husband mintak saya cuba beralah. "Asyik syg je yang kena beralah". Terkeluar jugak sebijik dari mulut saya. "Tak pelah, kali ni sayang cuba beralah. Macam abg selalu beralah dengan sayang." Huhu.

Saya akui, sejak getting pregnant, husband banyak beralah  dengan saya. Taknak masak, OK. Taknak kemas rumah, OK. Nak makan itu, OK. Nak pergi situ, OK. haha. Nak marah-marah, OK tak kena marah balik.hehe. Pembawakan budak.

Syukur, suami menegur. Adakalanya, kita tersedar tapi malas nak ubah sebab rasa orang tak perasan kita buat salah. So, let it go. Biar mood sendiri jadi okey. Tapi bila dipikirkan balik, selagi kita tak ubah, sampai bila-bila pun keadaan still sama.

Syukur, Alhamdulillah. Saya berharap saya istiqamah kali ini.:) Semua demi husband.

Kandungan baru menjengah usia 11 minggu. Next week dah masuk12 minggu bersamaan 3 bulan. cepatnya. Dan minggu depan ada appoinment pula. husband kerap letak telinga kat perut saya dan cakap-cakap dengan baby. sweet. Bila perut berbunyi dikatakan baby bergerak.haha.kelakar sungguh. tak de nak rasanya baby bergerak2 sekarang, tapi time scan hari tu, dah nampak baby bergerak. active sungguh kalahkan ibunya.

Semalam saya masak mee rebus untuk berbuka. Husband puji sedap. Sebenarnya, husband tak suka mee sangat, maksudnya mee berkuah. Laksa-laksa tu tolak tepi la, same goes to me. tapi kalau makan dengan sup, still saya suka asalkan pedas.

omg, berat saya dah turun sekilo. Actually, situasi sekarang saya amat tidak gemar kalau berat saya turun. seolah-olah saya tak sihat. saya try untuk makan banyak, tapi at a same time im getting afraid kot2 nanti nak vomit balik. mindset mindset.

saya teringin nak minum air kelapa muda since 4 months ago. Since 4 months ago jugaklah, saya berpantang minum air kelapa, husband tak bagi sobsob. Dua tiga hari lepas, terliur tengok air kelapa kat rumah mak mertua. "Ma, kakngah boleh minum x air nyior?" tanya pada emak. "Boleh, takde pape." apa lagi minum la. tapi sikit je pun. boleh dalam seteguk. jadila. hari ni nak request husband belikan air kelapa. teringin nak minum.

Bercerita tentang persiapan raya, raya tahun ni biasa-biasa je. Baju raya suami dah siap semua. baju raya saya, NIL. blom beli lagi. tapi still ada beberapa helai baju yang belum dipakai lagi. Tahun ni raya kat rumah mertua, jadi kena prepare kuah kacang, satay dan sebagainya.hmmm....

k lah, nak buat kerja lain pulak. daaa~

Tuesday, July 31, 2012

emosi yang menggila

Salam.

Serabut kepala bagai. i wish i could stand patiently. Terus terang keadaan sekeliling buat saya begini. Memang environmental issue. saya berharap keadaan saya yang lemah begini, saya dapat stay dalam keadaan yang tenang, tapi sebaliknya.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya sekarang. Betapa ketidakbolehan saya menerima keadaan itu. Rasa seakan mahu menangis sebab diri tak cukup kuat terima dugaan Allah kasi.sob sob.

Saya simply to get mad kalau rumah bersepah, dapur tunggang langgang, kain tak berbasuh dan berjemur, argh. Masalah kalau duduk sebumbung tapi tak reti reti nak agih kerja. Mak ni balik kul 4.30 dr kerja, sampai rumah dekat2 pukul 5. Kalau rumah bersepah, pinggan mangkuk tak clear lagi, mak ambik masa at least 30 minit nak clear. Tu belum tengok mak muntah tengok sisa makanan yang basi ke ape kan, campur ler situ masa dihabiskan untuk muntah.

Pastu mak nak masak lagi. mak bukan chef masak laju giler. Katakan ler mak tak masak, mak beli je. Senang mudah kerja, balik kerja terus guling. mak kan pemaisuri.hoh.

Hidup saya memang senang dipengaruhi oleh emosi. Emosi sekarang tengah menggila, sebab tu saya asyik nak jadi singa. Pantang nampak apa yang tak kena mula nak melenting marah.

sori la emo kat sini sebab tahu takde siapa baca.

Sunday, July 29, 2012

entah ler nak letak tajuk apa?

Last thursday, pergi jumpa Dr Aiani untuk scan. Husband pick up dari rumah ma terus ke klinik.

Kami sedikit suspen dengan soalan doc.hihi. Berdebar-debar nak scan, harap2 takde apa-apa. Bila dah nampak gambaran rahim, saya terus tanya doc "mana nyer doc?"

"sabar..sabar, nanti la dr tunjuk".. Langsung tak sabar.

"Haa ini dia nampak tak? ni kepala nya, kaki kanan, kaki kiri, tangan kanan, tangan kiri. Tengok-tengok dah start tendang-tendang lagi ha. Ni jantung nya berdegup." terang Dr. Aiani, excited. Saya terdiam, ye lah macam tak percaya. it's in my tummy. Husband tersenyum-senyum. Suka tengok husband tersenyum:)

Tapi sayang printer kat klinik rosak, jadi suami snap je gambar.

otw dalam perjalanan balik, suami tak putus-putus duk senyum sorang-sorang dalam kete. Dia cakap "baru rasa confirm".hihi. Dan tak habis-habis gosok perut saya.haha. kelakar la awak, abang.

It's a long time to go. Doc cakap my EDD is on 25/2/2013 tapi depends on ukuran baby jugak, nanti checkup lagi mungkin EDD akan berubah lagi. Takpe, yang penting semua selamat. Masih terlalu jauh lagi perjalanan kami. Tempoh alahan pun tak berakhir lagi. Berat badan saya dah turun dari 53.2 kg ke 51.8 kg. Mungkin sebab puasa.

Satu lagi masalah, saya tak tahu apa makanan yang sesuai untuk diri saya. Means, asalkan berselera dan tak muntah. Setiap kali rasa mual, saya akan cari asam/ jeruk. Hari tu sempat pergi cari buah mangga dan mintak mak mertua buatkan jeruk. Memang tak bagus untuk kandungan, tapi entahlah.huhu. Takpe kot jeruk buatan sendiri sebab tak campur pengawet.

Sekarang mual lagi. Sahur tadi makan 3 biji kurma dan segelas air sebab nasi goreng tok buat tak sedap.huhu. Very picky one.heheheh.