Showing posts with label p/s i love you.. Show all posts
Showing posts with label p/s i love you.. Show all posts

Monday, September 26, 2011

kehidupan selepas bergelar isteri.

ALHAMDULILLAH. Kini sudah 4 hari saya bergelar isteri kepada seorang suami yang sangat saya cintai. Alhamdulillah Allah menghadirkan dia dalam hidup saya dan memberi peluang kepada saya bergelar seorang isteri. Syukur sangat-sangat.

Bertarikh 22hb September 2011 bersamaan 24 Syawal 1432H jam 10 pm, saya bergelar isteri kepada Md.Zullaimi Mohd dengan sekali lafaz.Syukur. Rasa macam tidak percaya sudah mempunyai suami. hehe. Kami kini suami isteri. Jangan lepas ni tersasul sebut tunang sudahlah.

Saya gembira dengan status baru ini. Puan Nur Aimi Nasihah Bt Zainudin. Isteri kepada seorang lelaki yang saya sayangi dan cintai. Perasaan setelah bergelar isteri sangat berlainan dengan saaat bergelar tunangan. Kini saya punyai suami untuk fokus, makan minum pakai segala-galanya.

Sekarang saya menetap di rumah parents saya sementara majlis bertandang khamis ini. Bangun pagi, solat subuh, sediakan sarapan, makan sama-sama. Wonderful!

Pagi tadi, selepas saya siapkan diri, terus kejutkan suami untuk bangun. Sediakan pakaian, siapkan sarapan sementara menunggu dia mandi. Usai mandi, dia menjenguk saya di dapur, dia tolong bancuhkan tea'o dan menunggu makanan siap. Bestnya saat itu. Saya rasa hidup saya semakin teratur dengan adanya suami. Masa lapang saya penuh dengan tugasan rumahtangga yang sedia menanti.

Paling seronok, nak pergi mana-mana pun dengan suami dan tak perlu risau lagi parents marah ke tidak kalau pulang lewat sebab semuanya saya kini dengan suami.

Alhamdulillah atas nikmat ini, semoga keluarga kami diceriakan dengan cahaya mata pula sebagai pelengkap kehidupan kami sebagai suami isteri;-p. Amin.

Ya Allah, tetapkan lah hati-hati kami menyayangi antara satu sama lain, permudahkanlah segala urusan rumahtangga kami, kurniakan lah kami zuriat yang soleh serta solehah dah panjangkan jodoh kami hingga ke syurgaMu, Ya Allah.

Amin.

Wassalam.

Tuesday, September 20, 2011

2 days before solemnization

SALAM.



2 days before my solemnization day!

And the title Cik will turn to Puan. ehehe. i'm truly excited to become my fiance's wife, of course i will. Perkahwinan bukanlah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada hidup yang lebih bermakna. Mempunyai keluarga sendiri, suami dan anak-anak adalah satu perkara yang berharga bagi seorang wanita.

Kita flashback balik. Masih ingat entry saya kisah andartu? Klik sini. Entry ini ditulis pada 22hb April 2010. Jika tak silap saya, entry kedua saya di url yang baru. Entry ini juga dikarang tak sampai sebulan saya mulai rapat dengan tunang saya.

Memang, dulu takut sangat-sangat bila tak ada orang istimewa dalam hidup. Just imagine kalausaya tak kahwin-kahwin sampai umur 40 tahun. Sesuatu yang sangat menggerunkan.

Dan kini saya yakin semua telah ditentukan oleh-Nya. Cepat atau lambat sahaja. Orang kata, cinta tidak semestinya bersama-sama dengan jodoh, tetapi jodoh sentiasa berada di samping cinta. Sejak saya berkawan dulu, saya tidak mengimpikan hubungan serius dengan mana-mana lelaki sebab saya punyai bad perception tentang lelaki tetapi berubah selepas saya berjumpa tunang saya. Alhamdulillah.

Kini, saya bersedia menjadi suri hidup beliau. Azam saya ingin menjaga kebajikan seorang suami as the part of wives do. Makan minum pakai, everything. He do as his part :)

Semoga kami melayari kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, tolak ansur dan memahami tanggungjawab masing-masing.

Pray for us.

Wassalam.

p/s: Dear abang, i love u so much.