Tuesday, July 31, 2012

emosi yang menggila

Salam.

Serabut kepala bagai. i wish i could stand patiently. Terus terang keadaan sekeliling buat saya begini. Memang environmental issue. saya berharap keadaan saya yang lemah begini, saya dapat stay dalam keadaan yang tenang, tapi sebaliknya.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya sekarang. Betapa ketidakbolehan saya menerima keadaan itu. Rasa seakan mahu menangis sebab diri tak cukup kuat terima dugaan Allah kasi.sob sob.

Saya simply to get mad kalau rumah bersepah, dapur tunggang langgang, kain tak berbasuh dan berjemur, argh. Masalah kalau duduk sebumbung tapi tak reti reti nak agih kerja. Mak ni balik kul 4.30 dr kerja, sampai rumah dekat2 pukul 5. Kalau rumah bersepah, pinggan mangkuk tak clear lagi, mak ambik masa at least 30 minit nak clear. Tu belum tengok mak muntah tengok sisa makanan yang basi ke ape kan, campur ler situ masa dihabiskan untuk muntah.

Pastu mak nak masak lagi. mak bukan chef masak laju giler. Katakan ler mak tak masak, mak beli je. Senang mudah kerja, balik kerja terus guling. mak kan pemaisuri.hoh.

Hidup saya memang senang dipengaruhi oleh emosi. Emosi sekarang tengah menggila, sebab tu saya asyik nak jadi singa. Pantang nampak apa yang tak kena mula nak melenting marah.

sori la emo kat sini sebab tahu takde siapa baca.

Sunday, July 29, 2012

entah ler nak letak tajuk apa?

Last thursday, pergi jumpa Dr Aiani untuk scan. Husband pick up dari rumah ma terus ke klinik.

Kami sedikit suspen dengan soalan doc.hihi. Berdebar-debar nak scan, harap2 takde apa-apa. Bila dah nampak gambaran rahim, saya terus tanya doc "mana nyer doc?"

"sabar..sabar, nanti la dr tunjuk".. Langsung tak sabar.

"Haa ini dia nampak tak? ni kepala nya, kaki kanan, kaki kiri, tangan kanan, tangan kiri. Tengok-tengok dah start tendang-tendang lagi ha. Ni jantung nya berdegup." terang Dr. Aiani, excited. Saya terdiam, ye lah macam tak percaya. it's in my tummy. Husband tersenyum-senyum. Suka tengok husband tersenyum:)

Tapi sayang printer kat klinik rosak, jadi suami snap je gambar.

otw dalam perjalanan balik, suami tak putus-putus duk senyum sorang-sorang dalam kete. Dia cakap "baru rasa confirm".hihi. Dan tak habis-habis gosok perut saya.haha. kelakar la awak, abang.

It's a long time to go. Doc cakap my EDD is on 25/2/2013 tapi depends on ukuran baby jugak, nanti checkup lagi mungkin EDD akan berubah lagi. Takpe, yang penting semua selamat. Masih terlalu jauh lagi perjalanan kami. Tempoh alahan pun tak berakhir lagi. Berat badan saya dah turun dari 53.2 kg ke 51.8 kg. Mungkin sebab puasa.

Satu lagi masalah, saya tak tahu apa makanan yang sesuai untuk diri saya. Means, asalkan berselera dan tak muntah. Setiap kali rasa mual, saya akan cari asam/ jeruk. Hari tu sempat pergi cari buah mangga dan mintak mak mertua buatkan jeruk. Memang tak bagus untuk kandungan, tapi entahlah.huhu. Takpe kot jeruk buatan sendiri sebab tak campur pengawet.

Sekarang mual lagi. Sahur tadi makan 3 biji kurma dan segelas air sebab nasi goreng tok buat tak sedap.huhu. Very picky one.heheheh.



Wednesday, July 25, 2012

what about now?

Salam Ramadhan:)

Alhamdulillah, masuk hari ni dah lima hari kita berpuasa. Saya pun masih berpuasa walaupun bermacam-macam cabaran sepanjang tempoh ini. Syukran Ya Allah.

Masuk hari ke-5 puasa, baru saya dapat makan nasi ketika sahur. Sebelum ni, hanya makan kurma atau cococrunch atau pisang je. Langsung takde selera nak makan nasi. Husband ada tanya ''syg rasa boleh cukup x puasa tahun ni?'' Emmm saya rasa insyaAllah dapat berpuasa penuh. Tapi bila dah buka puasa dah macam nak collapse. tak larat. Hanya dua malam je saya pergi tarawikh, tu pun suami dah bimbang takut tak mampu.

Cerita pasal alahan. Dasyat. Saya langsung tak boleh bau asap rokok. Sangat busuk. Kadang-kadang bau husband pun saya tak boleh bau sangat. Bau ridsect lagi tak boleh. Rasa macam nak muntah kat situ jugak.

Satu hal lagi, saya tak boleh makan kat rumah saya sekarang ni. Apa jenis alahan entah. Bila saya terpikirkan nasi, mee goreng, nasi goreng saya rasa macam nak muntah. Tengok cili boh pun nak muntah dan jemu habis-habisan. Kalau kat rumah mak saya atau mertua boleh pulak saya makan. pelik. sedih juga keadaan diri mcm ni.

Disebabkan keadaan saya yang ketara, saya minta izin suami untuk balik rumah mak selama seminggu. Alhamdulillah, saya boleh makan seperti biasa walaupun tak berselera mana, tapi cukuplah sekadar boleh makan. Kalau tak kesian yang dalam perut ni.sob sob sob.

Sekarang usia kandungan dah mencecah 10 weeks.

husband ajak pergi scan. Dulu dah scan sekali tapi tak nampak apa cuma rahim nampak membengkak je. Doc cakap ler, tapi tak tahu pulak keadaan rahim before tu camne.hihi. InsyaAllah next week pergi scan dan tengok rupa kat dalam ni.hihi. can't wait.

Ni saya copy paste during 10 weeks pregnancy. Check it out.

How your baby's growing:

Baby, fetus at 10 weeks - BabyCenter

this is what we called kumquat.

Though he's barely the size of a kumquat — a little over an inch or so long, crown to bottom — and weighs less than a quarter of an ounce, your baby has now completed the most critical portion of his development. This is the beginning of the so-called fetal period, a time when the tissues and organs in his body rapidly grow and mature.
He's swallowing fluid and kicking up a storm. Vital organs — including his kidneys, intestines, brain, and liver (now making red blood cells in place of the disappearing yolk sac) — are in place and starting to function, though they'll continue to develop throughout your pregnancy.
If you could take a peek inside your womb, you'd spot minute details, like tiny nails forming on fingers and toes (no more webbing) and peach-fuzz hair beginning to grow on tender skin.
In other developments: Your baby's limbs can bend now. His hands are flexed at the wrist and meet over his heart, and his feet may be long enough to meet in front of his body. The outline of his spine is clearly visible through translucent skin, and spinal nerves are beginning to stretch out from his spinal cord. Your baby's forehead temporarily bulges with his developing brain and sits very high on his head, which measures half the length of his body. From crown to rump, he's about 1 1/4 inches long. In the coming weeks, your baby will again double in size — to nearly 3 inches.

Monday, July 16, 2012

update sikit

am not feeling well today. Batuk dan selsema.

Pagi-pagi buta tadi dah muntah hijau. Bukan keluar makanan sangat pun tapi seolah-olah syarat setiap pagi. Kadang-kadang menyeksakan tapi ini dugaan pregnant. Redha jelah. Pagi-pagi takde selera makan sangat. Muka pun toya semacam lesu dan tak bermaya. Tapi bila dah masuk tengahari dah okey sikit.

Tapi dalam satu hari tetap boleh bilang makan banyak mana. Tak makan vitamin untuk selera makan sbb doctor cakap it cause sembelit. Dah ler susu pun kurang minum. Loya.

Alhamdulillah have a husband yang pandai masak.

Bila saya cakap tak larat nak masuk dapur masak, husband mesti cakap 'syg cakap je ape nak makan, abg masak'. Bab masak memang saya tabik spring kat husband. Kalau nak masak kari ikan tenggiri, asam pedas ikan merah, sweet sour, sambal tumis petai, husband lah orangnya.

Untung jugak ada suami pandai masak.

Sebabnya, saya akan jadi pandai masak sebab ikut selera husband. Demand tinggi kalau hal makanan. But i don't mind tapi time sihat lah.hehe.

btw, dah pukul 5. need to go back.

babai.

Thursday, July 12, 2012

harapan setinggi gunung.

Salam.

Semalam saya tak boleh tidur. Suami kena masuk kerja petang tapi tak stay sampai pagi. Jam 2 pagi dah balik. Saya stay tengok tv macam macam cerita nengok last last tertidur tapi terjaga balik sebab dengar enjin kereta suami. Borak-borak dengan suami kejap, tanya suami dah makan ke belum n tengok tv kejap. Terang benderang pulak mata tapi since pukul berapa dah terlelap.

Fenomenanya begini;

Sudah terlelap, tapi bila terjaga seolah-olah tak tidur sangat, orang kata tidur-tidur ayam. Sampai satu tahap saya rasa ayam lebih lena tidur dari saya. Tidur, terjaga, tidur balik, bunyi ayam berkokok tapi tutup mata sebab taknak tengok jam berapa. for sure dah masuk pagi. Matilah kalau tak dapat tidur jugak.

Alhamdulillah saya terjaga balik 6.15 am, tapi sempat sambung tidur balik sekejap.hihihi. Bangun, mandi dan muntah. Morning sickness lagi. Muntah pahit.

Memang kalau ofis tu syarikat sendiri, mahu cuti alahan sebulan, nasib baik bukan kalau tak bankrap.

Awal pagi dah breakfast karipap 4 biji, masih lapar. Pergi canteen, makan kuih, at last tengok nasi best, ambik sesenduk, makan. habis licin tapi tak lama kemudian muntahkan balik. sedihnya. Memang tak boleh makan nasi.sobsob.

Keadaan begini menyukarkan saya fokus pada kerja. Tambahan, rasa mengantuk sebab malam tadi tak dapat tidur.nak buat macam mana. Dengan harapan cepatlah masa berlalu, biar cepat2 kul 1 nak pergi baring dan tidur sekejap.

Dengan harapan yang tak pernah pudar dan setinggi gunung. Cepatlah masa berlalu:)