Tuesday, April 26, 2011

happening ke?

Assalamualaikum wbt.

WARGHHH! i have a great lunch treat today! sukeee sangat! Perutnya sangat kenyang dengan lauk kampung dan dikelilingi orang orang-orang tersayang. I love them (food of course!). Jelasnya, saya selalu tidak berehat di waktu rehat, sebab saya akan berehat senantiasa di waktu kerja.KAHKAHKAH! Apakah hilang kewarasan mengaku di sini? Semestinya saya bukan begitu. Waktu kerja, kita kerja, waktu rehat kita pun kerja, baru lah bagus. Seperti biasa saya jarang dapat makan enak-enak (maksud saya nasi berlauk macam-macam) di waktu tengah hari sebab konon nak diet dengan alasan kelak tak muat baju pengantin. Walhal, tak payah nak ukur baju pengantin, baju sekarang dah pun ketat-ketat. HAHAHA, sukanya berat badan dah naik. naik lah lagi, naik lah lagi.

Saya nak cerita. Pagi tadi, seekor pepatung telah melintas laju di depan saya. VROOOOM! boleh saya berkata, "nasib baik dok langgor hidung". Haha, dengan pepatung pun ambil kisah.Bercakap pasal hidung, En. Tunang selalu berkata bulu hidung saya terkeluar, tension. Sehinggalah pada satu hari saya dapat membela bulu hidung saya.

En Tunang: Bulu hidung syg asyik kuor je. tengok tu. dok malu ah.
Saya : Ye ke? (sambil pegang-pegang hidung) Mana ada. Nak tahu tak? Bulu hidung abang pun selalu kuor tapi tak nampak. Nak tahu sebab apa?
En Tunang: Nape?
Saya : Sebab hidung abang tiada cahaya keimanan. Gelap. Tu pasal, tak nampak bulu hidung tu. Hidung syg ada chya, tu pasal abang selalu nampak bulu hidung sayang terkeluar.KAHKAHKAH.
En Tunang: Tak dok point langsung...

KAHKAHKAH. padahal kalah!

Oleh sebab yang demikian, saya sedikit terpengaruh dengan beliau. Bila nak berjumpa dengan beliau, saya akan check awal-awal sama ada bulu hidung saya keluar atau tidak. hahahaha.
Aih, tak pasal-pasal. tadi bercerita pasal lunch hour yang happening (tak hapenning sangat kan, sbb anda tak tahu pun apa yang happening.HAHAHA) dan tetiba keluar cerita pasal bulu hidung. eiii... tak comel nye saya cerita pasal bulu hidung. Nanti sape-sape yang baca blog saya, jumpa dengan saya, mesti cek hidung saya. EIIIII...

Sebenarnya, itu bukan kisah sebenar saya, kawan saya punya. HAHAHA.

Sekian. Enjoy reading.

Monday, April 25, 2011

Day 2: PERMATA PINTAR and etc.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari ke-2 saya menjalankan Permata Pintar untuk Tahun 4. Saya sangat depress hari ini oleh sebab line internet sangat lah slow. Planning sayauntuk membuat dua session untuk test Permata Pintar gagal. Saya hanya berjaya membuat satu session sahaja. Dalam jadual saya, start jam 10.45 until 11.50. Tapi sebab internet slow, sampailah 1.15 tgh hari. Adoi.

Hari Rabu, insyaAllah saya akan ke kilang Top IT untuk urusan ebook budak. Sedang menikmati ABC dan keropok lekor tengah hari tadi bersama h2b, rakan sejawat sms bagitahu hari Khamis kena ke Tesdec Services untuk satu majlis. Sudahlah, hari Khamis saya ada hal penting hidup dan mati. tapi bila tengok balik, majlis start jam 2 - 5 petang.Maybe saya selesaikan pagi itu atau pun kalau tidak sempat, maybe hari lain. Apa yang dirancang gagal, disangkal pula oleh rancangan lain. Takpelah:(

Tadi seseorang bernama A buat kuih lompat tikam. Si B pun cakap-cakapla "nak beli kuali tembaga je baru sedap buat kuih ni". Sebagai manusia yang kurang sempurna, terus mengutuk dalam hati. Uh! Tak semestinya nak buat kuih sedap, kena beli kuali tembaga tu. Kuali biasa pun boleh. Kecuali memang tak pandai buat. Satu kes lagi,Si B pernah berkata,nak beli periuk jenis apa ntah baru sedap buat nasi lemak kukus. Cait.

Ni memang KES PANDAI CAKAP JE. hangin betul saya. padahal tak ada kena mengena pun dengan saya, cuma asyik dengar macam tu je, saya jadi boring dah nak dengar.hehe. Saya sedang serabut dengan cuti. Nak manage cuti betul-betul sebab nak simpan untuk masa depan:-)

sekian. dahnak balik. daaaa~

Sunday, April 24, 2011

settle-Day 1

Assalamualaikum.

Hari ni settle Permata Pintar untuk darjah 4- Day 1. Saya buat dua sessi untuk Day 1 ni. 12 orang sahaja. Mintak permission awal-awal untuk test dan tak perlu kacau diorang punya kelas Kafa. 2 days to go before settle hal ebook and cuti.

Go for it!

Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 19, 2011

pendek je.

1. Esok pergi baiki laptop. Dah o.k laptop ni, langsung tak mahu kasi orang pinjam. Biar kedekut asal tak rosak. PEDULI APA?

2. Dalam otak saya sekarang asyik ada quote "Peduli ape aku?". Ini terjadi bila saya sudah sampai satu tahap orang sekeliling asyik jaga tepi kain, then kita pulak asyik pikir apa orang cakap. So annoying, TAHU TAK?

3. Rasa nak pergi kerja jauh-jauh menempel kat tempat orang. Sudah bosan di tempat sendiri.

4. Tak tahu nak rasa apa, tapi merasakan apa yang ada disekeliling saya SANGAT ANNOYING.

5. Bekerja lah dengan ikhlas, barulah kerja kita diberkati. Amin.