Thursday, December 8, 2011

the pictures called back the memories:-)

Hai readers!

Pernah tak review balik gambar-gambar lama dan kemudian rindu-rindu pulak kenangan-kenangan silam? Hari ni saya mempunyai masa untuk update entry tentang itu.

Tak banyak kerja? Kerja hari ni tak banyak sangat tapi saya terasa stress pulak sebab tak dapat solve problem. jadi, saya update lah blog.:)

PICTURE 1: POCO-POCO DI OFIS

Gambar kat atas adalah aktiviti poco-poco di ofis lama. Ni termasuk dalam HSE aktiviti. Banyak lagi aktiviti kami seperti Monthly BMI Checking, 5S dsbgnya. Nampak tak saya yang berbaju kemeja hijau tu, yang kecik-kecik molek (suatu ketika dahulu). Sekarang saya dah tak muat dah baju kemeja tu, jadi faham-faham je lah. Rindunya saya pada zaman kurus dahulu. Time ni berat saya hanya 48 kg. (eh eh sama jugak sebelum berumahtangga, tapi kenapa dulu kecik sekarang besar). Bye bye baju kemeja.

PICTURE 2: MY CONVOCATION DAY

Gambar kat atas adalah 4hb Oktober 2009. Em abaikan date kat gambar, kamera suzi salah setting date. Yang tengah-tengah tu namanya Suzila Yanti dan yang tudung hitam tu Marsilla. Diorang ni roomate saya pada tahun akhir. Rindunya zaman belajar di utem, zaman layan movie, zaman main game, zaman berangan-angan dan zaman dapat ptptn..kahkah, itu pun nak masuk jugak.

PICTURE 3: SHORT HOLIDAY @ PULAU KAPAS

Seronoknya tengok gambar ni. Time ni dah kerja, so ada rezeki lebih sikit pergi bercuti dengan kawan-kawan. Nampak tak t-shirt putih yang saya pakai tu? Kalau sekarang JANGAN HARAP MUAT. sadis kan. Sekejap je saya dapat merasai zaman kurus saya. Dahlah kurus, ketinggian pun kurang, tak ke comel?haha tak pasal-pasal.

PICTURE 4: HANG OUT WITH MY LOVELY COUSIN

Rinduuuuu... i miss our old day...huhu. Sekarang tak dapat lagi kan hang out sama-sama kan. Dulu dapat tgk wayang same-sama, main boling sama-sama, main pool sama-sama. Gosip tak pernah miss kan? Miss you la..huhuhu.

PICTURE 5: BTN DI TESDEC

Kursus BTN yang paling sedikit ahlinya dan perempuan pun paling sikit. Boleh duduk dalam satu bilik je. 7 orang perempuan kot kalau tak silap. Lelaki concure kursus BTN kali ni. Best Best Best, Super Best.

PICTURE 6: MAKAN TIME

Look at my face:) tembam kan. Ni gambar lepas saya engaged kot. Rindu saat ini. Dulu kalau malas masak, selalu makan kat luar. Pakat ramai-ramai keluar ramai-ramai. Sekarang ni pun masih ada tradisi macam ni, cuma saya dah terkecuali.sob sob.

PICTURE 7 ; MY WEDDING DAY

Macam tak percaya pun ada sebab saya dah berjaya menamatkan zaman bujang. Dulu selalu tengok orang yang kahwin, sekarang saya pulak yang kahwin. Permulaan sesuatu yang baru dan challenging dalam hidup. hmmm...

p/s: i just miss my old days.

p/s/s: Masa hadapan tak tahu la mcm mane pulak. Nanti ada rezeki saya dan suami, saya come out pulak gambar baby iye..hehe. Amin.

Wednesday, December 7, 2011

bukan bebelan it just......

Assalamualaikum wbt.



Semalaman saya berfikir (macam masalah berat je kan). Sebenarnya tidak. Saya hanya bermuhasabah diri. Macam-macam dugaan perasaan yang saya terima sejak akhir-akhir ini.

Semalam, saya ke atm CIMB. Saya terlupa no pin. 3 kali saya try memang failed, terus kad saya di sekat. Saya takut nak duduk lama-lama kat situ sebab saya seorang tak pasal-pasal nanti kena kidnap. Oleh sebab itu, hari ni saya terpaksa ke bank pula nak selesaikan masalah ini.huhuhu.

before i'm getting married, i have a few diaries.Hahaha. Boleh tak ada beberapa diary. Nampak sangat banyak ler sangat rahsia kat dalam tu. Segala kesedihan saya tuliskan dalam diary saya, itulah pasal orang nampak saya happy sedangkan saya sedang dirudung masalah. Suami saya yang pada ketika itu hanya teman tapi mesra memarahi saya. "Buat apa nak tulis dalam diari, kalau nak marah orang, marah je lah."

Saya duduk berfikir juga kebenaran kata-katanya. Saya pun review balik semua diari, baca balik. mak aih mahu tergelak sebab nampak sangat saya tak matured waktu tulis diari tu. Saya decide untuk bakar semua sebelum saya kahwin.

Adik ipar saya cakap, "Ya kelihatan macam orang putus cinta bila bakar diari"

Hahahaha. Teruk sangat ke rupa saya. Setahu saya, saya bakar diari-diari tu dengan gembira sekali. Dan sekarang saya hanya punyai satu diari yang dikongsi bersama =) Suami selalu sangat baca and it more to describe that as 'love letter' kepada suami.

Semalam suami saya keja shif malam. I have no one to spoke out. Saya keluarkan diari dari laci, saya baring dan start menulis.

Sejak akhir-akhir ni saya kerap merungut (hanya dalam hati) tentang apa yang berlaku pada saya. Kenapa perjalanan saya sukar? Kenapa banyak sangat yang perlu saya tanggung. Mungkin sikap saya kah? Kenapa Allah tak anugerahkan kepada saya tetapi kepada orang lain. Saya seolah-olah seperti menyalahkan takdir.

Semalam saya seperti sedar diri. Apa yang berlaku ada hikmahnya, yang saya tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Saya perlu sedar akan hakikat itu. Berdosanya saya kan. Kalau Allah tak makbulkan doa kita, bukan bermakna Allah tak sayangkan kita. Saya perlu sabar dan terus berusaha dan berdoa.

Kalau tentang kerja, ada seorang hamba Allah selalu menceritakan pasal anak beliau pada saya. itu lah ini lah, kadang-kadang sampai saya naik rimas. what for? Kalau sekali dua takpe, tapi kalau dah setiap kali org duk bercerita pasal anak dia pun nak bercerita pasal anak, saya agak itu dah lain macam. lebih kepada menunjuk-nunjuk pulak. eiii tak suka lah. Bukan saya dengki ke apa, tapi saya tak suka dan rimas. tak penting pun bagi saya okey. Janganlah ganggu saya nak buat kerja. Pergilah cerita pada yang suka bercerita jugak tu. Baru buku bertemu ruas, paling penting not me.

emosional ke?

Tak pun. Cuma meluahkan apa yang saya rasa.

sekian wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

wow, today i make Nasi Minyak ( Hebat dah ke??)

bukan hebat, tapi rekod terbaik diri sendiri yang harus dibanggakan. ye x?

Today i made Nasi Minyak for our breakfast. Suami kerja shif malam, so next morning mestilah siapkan sarapan best best untuk suami makan (kalau rajin:p). Saya pasang alarm 5.30 pagi untuk bangun, at last saya bangun jam 6.00 entah masa mana saya off alarm tu. Saya tidur lebih kurang jam 12 lepas siap2 kemas pakaian, potong ayam dan kemas-kemas apa bagai yang patut lah kan.

Terjaga jam 6 pagi, siapkan diri apa yang patut, terus ke dapur. On washine machine, thats your work machine!!! i just leave you alone inside there. DO YOUR JOB.

Bila teringatkan suami yang sedang kerja, saya tak sampai hati nak biarkan dia pulang rumah tapi takde makanan atau tak plan nak masak apa-apa. Saya pun bukan reti sangat nak masak best-best, sekadar yang termampu je untuk suami. Kalau suami kerja malam, saya kerja siang, pasti saya balik lunch hour seboleh-bolehnya, just to make sure suami makan. Saya yang dah kenyang pun kenalah makan sekali teman suami=p tak ke gemuk cenggini. heheh.

Malam ni pasar malam. aci tak kita beli je kat pasar? Menu hari ni kita simpan untuk esok esok ye dak barulah best. (pandai lah kau best aimi!)

sekian saya sudahi kemerepekan saya dengan wassalam.

Monday, December 5, 2011

i have time to blogging, so what to waiting for?

Mission to accomplish. macam hebat je. Actually, there are several task to do. tapi yang sedikit kecewa satu pun tak menjadi lagi maybe sebab malas kot.hah.

JAHIT LANGSIR

saya nak buat langsir dlm bilik tidur saya dan juga bilik solat. Bilik tidur dah ada langsir, cuma nak buat persalinan je. Yang mustahak dalam bilik solat. Kain dah ada cuma belum jahit je lagi. Bilanya lah mood rajin ni nak datang, cepatlah datang. Asyik mood malas je dalam setahun nih.haha, tipu je.

JAHIT BANTAL

Actually bukan bantal. sampul bantal. yang ini, kain tak pergi cari lagi. Kalau yang ini mestilah kain cotton ala ala vantage, mesti cantik kan. InsyaAllah akan buat. sebenarnya, kalau dah start tu memang boleh buat punye, nak boleh start tu yang problemetonya.alahai cik aimi. eh eh, silap. call me Puan.:p

eh eh ada lima minit lagi nak balik. saya kena kemas barang cepat-cepat dan pulang cepat. Saya terlalu merindui rumah yakni suami saya. Balik kena masak untuk beliau bawa bekal kerja shif malam.

love you husband, it not just a sentences, i'd REALLY DO LOVE YOU.

:)

"Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai umur tua dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'uh' (perkataan kasar) dan janganlah kamu membentak mereka, sebaliknya ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia" (Al-Isra:23)

Sayangi ibu bapa anda, hargailah sementara mereka masih ada:)