Tuesday, September 20, 2011

2 days before solemnization

SALAM.



2 days before my solemnization day!

And the title Cik will turn to Puan. ehehe. i'm truly excited to become my fiance's wife, of course i will. Perkahwinan bukanlah satu pengakhiran kepada sebuah kehidupan, malah ia adalah satu permulaan kepada hidup yang lebih bermakna. Mempunyai keluarga sendiri, suami dan anak-anak adalah satu perkara yang berharga bagi seorang wanita.

Kita flashback balik. Masih ingat entry saya kisah andartu? Klik sini. Entry ini ditulis pada 22hb April 2010. Jika tak silap saya, entry kedua saya di url yang baru. Entry ini juga dikarang tak sampai sebulan saya mulai rapat dengan tunang saya.

Memang, dulu takut sangat-sangat bila tak ada orang istimewa dalam hidup. Just imagine kalausaya tak kahwin-kahwin sampai umur 40 tahun. Sesuatu yang sangat menggerunkan.

Dan kini saya yakin semua telah ditentukan oleh-Nya. Cepat atau lambat sahaja. Orang kata, cinta tidak semestinya bersama-sama dengan jodoh, tetapi jodoh sentiasa berada di samping cinta. Sejak saya berkawan dulu, saya tidak mengimpikan hubungan serius dengan mana-mana lelaki sebab saya punyai bad perception tentang lelaki tetapi berubah selepas saya berjumpa tunang saya. Alhamdulillah.

Kini, saya bersedia menjadi suri hidup beliau. Azam saya ingin menjaga kebajikan seorang suami as the part of wives do. Makan minum pakai, everything. He do as his part :)

Semoga kami melayari kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, tolak ansur dan memahami tanggungjawab masing-masing.

Pray for us.

Wassalam.

p/s: Dear abang, i love u so much.

Monday, September 19, 2011

senin

Monday, 19 Sept 2011

1) having a date with ex-ofismate Kak fiza tonight, location: my home sweet home. nak masak apa ye???

2) spring cleaning lagik lagik dan lagik dalam bilik.

more job un-expectedly comes to me..haiya!

Wednesday, September 14, 2011

perkara-perkara yang bakal dirindui.


things dat i'll miss to do:

pertama. bermain dan bermanja-manja dengan anak buuah terchenta. Kalau kat rumah, malam-malam boleh main dengan dia, tapi nanti jarangjarang sudah. bermain-main llap lap li tam plon dgn suami pulak.

kedua. bangun tidur lambat-lambat sikit daripada biasa. Tak perlu nak komitmen sangat. Berehat-rehat di katil, guling sana, guling sini. am i lazy lady?? semua org pun mcm tu, so ada saya kisah? haha

ketiga. masakan ibu. Walaupun jarang makan pagi, tapi i'll miss my mom's cooking.

keempat. pegi anywhere dengan ma. huhu, tak boleh sangat lah pasni.

huh, apa lagi ni. takkan empat je. kalau empat je, baik tak payah buat entry ni.hoh.

sekian:p

Sunday, September 11, 2011

a bride-to-be

hai!

11 days to go i'll be someone's wife. heee~ Secara jujurnya kali ini saya sangatlah happy sebab akan bergelar isteri kepada lelaki yang saya cintai. Syukur alhamdulillah. Saya berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Saya selalu risaukan bagaimana lah kehidupan saya selepas bergelar isteri, takut akan sakiti hati suami, takut tidak dapat jadi isteri yang solehah. Macam-macam. Tapi saya percaya setiap wanita yang berkahwin mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. InsyaAllah. yakin boleh, saya pasti boleh.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh persiapan perkahwinan, segala urusan berjalan dengan lancar. Ketiadaan abah di sini kerana bertugas di pelantar sedikit sebanyak memberi saya dan ma saya cabaran. Semua terpaksa diuruskan oleh kami. Nasib baik ma saya seorang planner merangkap akauntan peribadi yang bagus. A big clap to her.. pap pap pap pap!!!

Entah macam mana kehidupan saya selepas kahwin dan punyai suami. Mungkinkah saya akan rindui zaman bujang atau pun cakap 'rugi tak kahwin awal-awal..' hehe.

Semoga jodoh kami berkekalan hingga akhirat, diberi kebahagiaan rumahtangga serta dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah. Amin.

Love you soooo much, my future husband.

Wednesday, September 7, 2011

saya doktor cinta.

Saya dokter cinta.*wink*


urhm. What is the suitable title for this entry? Urhm.


Alkisahnya sekarang saya sedang free, jadi ambil kesempatan untuk update blog. Tiada tempat nak mengarut since tunang saya pun sedang bekerja, kalau tak, boleh mengarut mengadu itu mengadu ini bercerita itu bercerita ini. Lagi 14 hari kami akan diijabkabulkan insyaAllah, entah tak tahu nak rasa apa. Yang pasti saya dah tak tahu nak rasa apa-apa, kosong. Nak buat itu tak kena, nak buat ini tak kena. Kalau drive pun saya perasan, saya dah tak macam normal. Nasib baik abah ada, jadi boleh hantar dan ambil adik-adik dari sekolah.


Preparation dah settle sikit sebanyak, tapi paling kurang pun dah 70%. the rest is on the event day lah.huahua. Saya sedar banyak yang perlu saya persiapkan, dulang hantaran dah siap sikit-sikit, saya buat sendiri saja nak tempah pun mak aiii mahal nyer. jadi, saya ambil pendekatan untuk gubah sendiri:) Weekend ni dah kena kemas-kemas bilik danmasuk doorgift dalam pack (paling malas nak buat actually). Next week jugak dah kena ambil borang nikah dan serahkan kepada tok kadi. *Serahkan kepada tunang untuk uruskan memandangkan saya tak cuti dan malas bebnor nak ambil cuti since cuti dah nak balik. haih, kenapa la company takde bagi cuti ehsan kahwin.tak acilah.

Honestly, sekarang saya sangat-sangat letih. Kepala dah mula sakit dan mata dah penat. Badan letih. Rasa macam tak percaya dah nak jadi isteri orang dan akan ada kepentingan lain dalam hidup. Saya takut saya terbiasa hidup bujang, nak pergi mana-mana ikut kaki je. Tapi lepas kahwin tak lagi, saya ada suami yang perlu diberi keutamaan dalam setiap hal. Di saat saya sedang letih, saya sering teringatkan tunang saya yang cukup-cukup sabar melayan kerenah saya. Kadangkala saya seakan mahu menangis bila lihat kesabaran yang ada dlm diri beliau. Kalau saya jadi lelaki dan punyai tunang yang seperti saya, mahu hempuk je, *maleh aku nak layan*.hahaha.



Saya sedar, diri saya tak punyai rehat yang cukup. Even kerja tak berat, namun masa beristirehat kurang. kadang-kadang saya tengok disiplin saya terhadap hidup saya dah tunggang terbalik. HAHAHA. semua gara--gara nak kahwin.